![]() |
|
Sebagai pelakon Sharifah Aini hanya melibatkan diri dalam 3 buah filem sahaja. Pencapaian dalam bidang lakonan boleh dikatakan sederhana sahaja dan sebagaimana yang diketahui sebenarnya Sharifah juga kurang berminat dalam bidang ini. Mungkin bersandarkan populariti yang dikecapinya ketika itu menyebabkan ramai produser dan pengarah filem 'mengejarnya' (kerana trend menjadikan penyanyi popular sebagai pelakon memang wujud sejak dulu). Kesempatan ini dipergunakan oleh Sharifah dan ternyata kemunculannya sebagai pelakon tidaklah menghampakan kerana kesemua filemnya ditayangkan lebih daripada 30 hari (tahap box-office ketika itu). Populariti Sharifah Aini juga telah menarik perhatian pengarah Jins Shamsuddin untuk menampilkan beliau sebagai penyanyi undangan menyampaikan lagu 'Bunga Tanjung' dalam filem TIADA ESOK BAGIMU (1979). Bagaimanapun setelah berlakon dalam filem BINTANG PUJAAN, Sharifah terus menyepi dalam dunia lakonan, sehinggalah setelah 25 tahun barulah beliau bersetuju menerima tawaran daripada pengarah Erma Fatimah untuk muncul sebagai penampilan istimewa menerusi filem DIVA POPULAR. |
|
|
HAPUSLAH AIRMATAMU
Pengarah: M. Amin Produser: Deddy M. Borhan Terbitan: Sabah Film Production
Pelakon:
Sharifah Aini, Broery
Marantika, Soundtrack Film: Diedarkan oleh EMI Singapura terlebih dahulu sebelum filem ditayangkan pada tahun yang sama VCD - diedarkan semula oleh Music Valley |
|
|
Sinopsis - Mengisahkan seorang penyanyi yang berasal dari kampung, Aini (lakonan Sharifah Aini) lupa daratan setelah terkenal sebagai artis rakaman. Aini seorang gadis kampung yang bersopan santun serta berbudi tinggi. Atas galakan Adi (lakonan Latiff Ibrahim), kekasihnya yang sedang menuntut di universiti dia berjaya menjadi seorang penyanyi yang diminati ramai. Pengurus syarikat piringhitamnya memberi peluang dia berpadu suara dengan penyanyi terkenal Indonesia, Broery (lakonan Broery Marantika), yang menyebabkan namanya semakin terkenal dan menjadi rebutan syarikat piringhitam. Kelab-kelab malam telah menawarkan pembayaran yang tinggi. Semasa Aini dengan Broery di Indonesia, dia berubah menjadi angkuh dan sombong. Dia melupai janji-janjinya yang lalu, terutama kepada ibu dan kekasihnya. Lebih menyedihkan apabila ibunya pergi ke kelab untuk menemuinya, dia memarahi serta menghina ibunya, menyebabkan ibunya merajuk lalu jatuh sakit. |
|
|
SUMBER ILHAMKU
|
|
|
Pengarah: Aziz Jaafar Produser: Datuk Syed Kechik Syed Mohamed Terbitan: Datuk Syed Kechik Syed Mohamed
Pelakon:
Sharifah Aini, Latiff
Ibrahim, Soundtrack Film: Diedarkan terlebih dahulu oleh WEA (kini Warner) pada tahun 1979 sebelum filem ditayangkan pada awal tahun 1980. |
||
|
TIADA SINOPSIS |
|
|
BINTANG PUJAAN -
SUPERSTAR
Karya & Arahan: Shahrom Md Dom Produser: Datuk Syed Kechik Syed Mohamed Pengeluar: Syed Kechik Film Productions Pelakon: Sharifah Aini, Latiff Ibrahim, Rubiah Suparman & Nancie Foo VCD - diedarkan semula oleh Music Valley |
|
|
TIADA SINOPSIS |