|
Biodata Profesional Datuk Sharifah Aini
Nama Penuh
Sharifah Aini bte Tarikh Lahir 2 Julai 1953 Tempat Lahir
Singapura Kerjaya Memulakan kerjaya pada tahun 1968 dan menjadi penyanyi profesional setelah mendapat tempat ketiga pertandingan talentime anjuran Radio & Televisyen Singapura (RTS, kini dikenali sebagai TV Mediacorp) dan terus dilamar oleh EMI Singapura untuk menjadi artis rakaman (1969) Genre Muzik (Melayu, Inggeris & Arab) Pop, Balada, Soft Rock, Kontemporari, Pop Tradisional, Zapin, Ghazal, Deli, Asli, Irama Malaysia, Dangdut, Irama Klasik Melayu Pengalaman (selain menyanyi)
Pencapaian
Penguasaan dalam bidang seni
Dikemaskini 21 Mei 2011 |
BREAKING THE
SILENCE:
Autobiografi setebal 500 muka surat ini telah dilancarkan pertengahan September 2005. Selain Sharifah Aini, turut menulis dalam buku itu ialah 'Pakar Gerak Bahasa Badan', Jackson Yogarajah. Ditulis dalam bahasa Inggeris dan dijual dengan harga RM99. "Saya juga tidak takut sekiranya buku ini menimbulkan kontroversi kelak. Apa yang pasti, semua ditulis dalam buku ini adalah kisah sebenar." - Sharifah Aini. Selanjutnya ...
|
Di sebalik sinar matanya yang bercahaya serta suara emasnya yang cukup bertenaga, tentu ramai yang tidak menduga bahawa jauh di lubuk hatinya, penyanyi terkenal ini menyimpan pelbagai khazanah pengalaman yang sangat berharga. Setelah 30 tahun menghambakan diri dalam dunia seni, pengalaman dan ribuan peristiwa yang ditempuhnya sudah cukup untuk mematangkan dirinya. Hari ini tiada siapa yang mampu menyangkal keterampilan biduanita Sharifah Aini adalah antara yang terbaik dalam sejarah perkembangan dunia seni tanahair. Seawal pembabitannya dalam bidang seni sehingga mencapai tahap keselesaan yang dinikmatinya hari ini, banyak cerita lucu dan kisah suka duka yang ingin dikongsi bersama dengan artis lain yang 'tidak pernah lekang dek panas dan tidak lapuk dek hujan' ini. Justeru itu sebagai satu cara untuk para peminat mengenali dirinya dengan lebih dekat, Sharifah Aini bersedia untuk merakamkan kisah suka duka kehidupannya. Untuk itu beliau memberi kepercayaan kepada Pancaindera untuk merakamkan dalam bentuk tulisan. |