Back To Sharifah Aini Homepage

 

DENGAR VOKAL DAN LAGU-LAGU MERDU SHARIFAH AINI

Dengar Playlist PUJAAN KLASIK 4 DEKAD

 

BIDUANITA 3S - Semalam, Kini & Esok

(Seleksi Irama Malaysia alunan
'Permata Seni Negara' bersama
Saloma & Siti Nurhaliza)

Dengar Playlist BIDUANITA 3S - Semalam, Kini & Esok

(17 Oktober 2009)

Pangkal nama 'S' seakan memberi tuah kepada ketiga-tiga penyanyi tersohor ini untuk menguasai persada seni tanahair dalam jangkawaktu yang panjang.  Siapa yang tidak kenal Saloma, Sharifah Aini & Siti Nurhaliza.  Ketiga-tiganya mempunyai aura tersendiri dan begitu perkasa mengharungi arus perjalanan muzik tanahair yang tidak ketentuan ini tetapi mempunyai misi yang sama untuk memartabatkan lagu-lagu Melayu ke landasan yang sewajarnya.  Kejayaan dan pengiktirafan yang diterima oleh mereka sudah cukup untuk mengangkat mereka sebagai khazanah yang paling berharga dalam sejarah industri muzik tanahair.  Aset mereka bukan sahaja bergantung kepada vokal yang hebat tetapi lengkap dengan pakej sebagai seorang Biduanita yang versatile.   Mereka mampu melagukan pelbagai 'genre' lagu dan mampu menghiburkan khalayak peminat.  Mungkin ini adalah salah satu sebab mereka boleh menguasai industri muzik tanahair dalam tempoh yang agak lama.  Anda tidak boleh menafikan kehebatan mereka malah kehadiran mereka telah memberi impak yang besar terhadap hiburan tanahair.  Amat tidak adil jika kita cuba memperbandingkan kemampuan mereka sesama sendiri atapun mengistilahkan Sharifah Aini adalah pengganti Saloma atapun Siti Nurhaliza bakal menggantikan Sharifah Aini.  Ini kerana mereka adalah wakil daripada setiap zaman yang berbeza dan mempunyai kelompok peminat yang tersendiri.

Saloma telah diiktiraf sebagai BIDUAN NEGARA, pengiktirafan Sharifah Aini sebagai 'BIDUANITA NEGARA' juga tiada siapa yang boleh menafikannya dan Biduanita Muda Siti Nurhaliza juga pasti akan diiktiraf suatu masa nanti, kerana kita juga tidak boleh menolak ketokohan dan ke'versatile'an beliau sebagai artis masa kini yang sukar ditandingi oleh penyanyi sezamannya.  Saya juga tidak mahu memperkatakan kehebatan mereka secara individu kerana sejarah hiburan tanahair telah cukup mezahirkan mereka sebagai yang terbaik. 

Dengarkan playlist istimewa lagu-lagu Irama Malaysia pelbagai rentak alunan BIDUANITA 3S, Saloma (yang pernah dipuja), Sharifah Aini (tetap dipuja untuk 4 dekad) dan Siti Nurhaliza (yang dipuja hari ini).  Pastinya mereka adalah kebanggaan negara.  

Playlists: BIDUANITA 3S - Semalam, Kini & Esok
(Saloma, Sharifah Aini & Siti Nurhaliza)

  Mengapa Di Rindu (Saloma) 
     (1974, Ahmad Wan Yet / Zain Mahmood)

  Bunga Tanjung (Sharifah Aini) 
     (1977, Ahmad Jaffar)

  Cindai (Siti Nurhaliza) 
     (1997, Pak Ngah/Hairul Anuar Harun)

  Zapin Budaya (Saloma) 
     (1974, P Ramlee)
 

  Patah Hati (Sharifah Aini) 
     (1974, Tradisional)

  Bulan Yang Mesra (Siti Nurhaliza)
     (2009
, Khairil Johari Johar / Zubir Ali)

  Alunan Biola (Saloma)
     (1974, P Ramlee / S Sudarmaji)

  Burung Pungguk (Sharifah Aini) 
     (1978, Sheikh Omar Bagushir)

  Jangan Di Tanya (Siti Nurhaliza) 
     (2007, Ismail MZ)

  Kain Songket (Saloma)  
     (1974, M Sidin)

  Kalam Jauhari (Sharifah Aini) 
     (2003, Bong / Azam Dungun)

  Walinong Sari (Siti Nurhaliza)
     (1999, Copyright Control)

  Jauh Di Mata (Saloma)  
     (1974, Copyright Control / S Sudarmaji)
 

  Gunung Banang (Sharifah Aini)  
     (1982, Tradisional)
   

  Pawana Sampaikan Salam (Siti Nurhaliza)  
     (1999, Arid / Lokgha)
 

  Bunga Tanjung (Saloma)  
     (1974, Tradisional)

  Di Pinggir Kayangan (Sharifah Aini)  
     (1994, Raja Kobat)
   

  Joget Senyum Memikat (Siti Nurhaliza)  
     (2002, S Atan / Nurul Asyiqin)