MASIH GAGAH

(Harian Metro: Isnin, 30 September 2002)

Kasihan dengan rakan seperjuangan, Datin Rafeah Buang yang tidak sempat menerima anugerah ketika hayatnya.  "Saya bersyukur kerana tahun ini penggiat seni yang masih sihat dan juga aktif diberi pengiktirafan dan seharusnya ia menjadi satu tradisi.  Selalunya apabila mereka uzur ataupun meninggal dunia, barulah dihargai.  Saya dengan rendah hati menerima anugerah ini dan saya tidak tahu apakah saya layak menerimanya atau tidak tetapi saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada Radio Era.  Sharifah Aini tidak akan berada di sini tanpa peminat dan stesen radio," katanya menerima anugerah itu daripada penyanyi Jay Jay.

Sharifah Aini yang tampil dengan gagah ke pentas dengan jubah hitam yang dibeli di Mekkah baru-baru ini, bakal muncul dengan album terbaru iaitu album ke-75 sempena 35 tahun dalam seni pada awal tahun depan.  Kejayaan ini seharusnya memberi semangat kepada generasi muda mencontohi kegigihan beliau kerana dalam usia hampir mencapai 50 tahun, vokalnya masih hebat dan paling mahal sekali mampu menyanyikan pelbagai rentak lagu asli, pop, nasyid malah muzik hip-hop apabila muncul dalam lagu Too Phat, Anak Ayam.