TIDAK BETAH DUDUK DIAMoleh Zaidi Mohamad (Berita Harian - Jumaat, 15 Januari 2010) |
|
Sepanjang tahun lalu, Biduanita Negara, Datuk Sharifah Aini antara yang tidak betah duduk diam melakukan persembahan termasuk konsert dalam skala besar di Singapura. Menutup tirai pada Disember lalu ialah siri persembahan amal Datuk Sharifah Aini and Friends membabitkan Anuar Zain dan Adibah Noor. Akui penyanyi lagu Jatuh Cinta itu, 2010 juga sebolehnya mahu diisi dengan kerja menyanyi. Pada masa yang sama beliau yang mesra membahasakan diri sebagai kak Pah ini, akan terus melaksanakan berkongsi sedikit kesenangan dengan mereka yang memerlukan.
Menurut Kak Pah, siri persembahan Datuk Sharifah Aini and Friends masih diteruskan lagi. Cuma untuk permulaan tahun ini, kak Pah memulakannya dengan persembahan solo menerusi Up Close and Personal. Persembahan ini juga masih atas tujuan beramal untuk disalurkan kepada anak yatim dan sekolah tahfiz di Subang Jaya pula. "Persembahan makan malam ini akan diadakan pada 17 April di Grand Ballroom Hotel Concorde. Ia dibuat bagi memenuhi permintaan peminat yang tak puas mendengar suara kak Pah ketika persembahan bersama Anuar dan Adibah sebelum ini. Insya-Allah, kak Pah akan menyanyikan sekitar 25 buah lagu dalam tempoh dua jam setengah. Persembahan ini lebih bersifat intim dan mesra. Tempat juga terhad kerana penonton yang dijangka hadir dalam 350 orang. Menu makanan yang akan disajikan terarah kepada gaya Inggeris. Tiket atau jualan meja dijual pada harga RM5,500 dan 3,500. Untuk yang berminat boleh menghubungi pihak Lime Event di talian 019-3488054 atau 012-9332373. Ataupun e-melkan pertanyaan ke limeevent@gmail.com," ungkap kak Pah yang dijangka membuat persembahan bersama Anita Sarawak menerusi persembahan Datuk Sharifah Aini and Friends pada hujung tahun ini atau tahun depan.
"Apa yang kak Pah
lakukan ini sebagai pelaburan untuk akhirat. Kak Pah suka
melakukannya. Ia sebagai 'saham' jangka panjang. Anak murid
dari sekolah ini juga antara yang rapat dengan kak Pah dan mereka semua
sudah seperti anak. Selepas ditolak bayaran kepada artis, pemuzik,
penyanyi latar, sistem bunyi, sewa studio untuk sesi latihan dan
termasuk beberapa hal lagi, kak Pah serahkan semuanya kepada sekolah ini.
Kiranya malam itu kak Pah menyanyi tanpa dibayar," kata kak Pah tulus.
|
|
Senangi Kak Pah
|
Untuk membaca lain-lain artikel yang berkaitan dengan 'Up Close and Personal with Datuk Sharifah Aini' sila klik tajuk berikut |
|
|