Teen pop cabang muzik pop

Kembali Ke Menu Utama Info Muzik

Tahukah anda, Teen Pop ialah subgenre muzik pop yang disasarkan dan berorientasikan kalangan remaja.  Teen pop juga meliputi genre dan gaya muzik seperti pop, dance, R&B, hip hop dan rock.  Mengikut sejarah perkembangannya, awal 1960-an adalah era yang dikenali sebagai Golden Age bagi idola remaja pop seperti Paul Anka, Fabian dan Frankie Avalon.  Gelombang pertama memberi impak terhadap kegilaan pada teen pop berlaku sekitar pertengahan ke akhir 1980-an, dengan kemunculan artis seperti Debbie Gibson, Tiffany dan New Kids On The Block.

Pada awal 1990-an, teen pop mendominasi carta muzik hit semasa sehinggalah kemunculan gelombang muzik grunge dan gangsta rap yang melanda muzik arus semasa gelanggang muzik Amerika Utara sekitar 1992.  Teen pop kekal popular di United Kingdom dengan kebangkitan boy band yang tidak asing lagi seperti Take That ketika itu, sehinggalah pertengahan 1990-an apabila demam Britpop pula merebak ke serata UK, gaya dan bentuk penularannya tidak jauh berbeza dengan cara muzik di Amerika Utara.

Pada 1996, kumpulan penyanyi wanita ternama, Spice Girls melancarkan single berjudul Wannabe, menjadikan mereka bintang pop kegilaan ramai di UK dalam sekelip mata, begitu juga di Amerika Syarikat.  Sejajar dengan kebangkitan itu, muncul pula beberapa lagi kumpulan teen pop bak cendawan tumbuh seperti Hanson, the Backstreet Boys, N' Sync dan All Saints.

Pada 1999, kejayaan bintang pop remaja Britney Spears dan Chrisrina Aguiler, menjadi penanda aras kepada satu lagi gelombang baru dalam industri muzik semasa yang dikenali sebagai ternd 'pop Lolita' yang sering dibandingkan dengan kejayaan Madonna. 

Kelompok penyanyi teen pop 1990-an mula memasuki fasa kejatuhan dan pra persaraan (N' Sync, Destiny's Child) atau menukar gaya muzik mereka seperti yang dilakukan Backstreet Boys.  Namun berbeza pula pencapaian artis remaja pada 2005 seperti Rihanna dan Chris Brown, memberikan gambaran dan pendekatan baru dalam perkembangan muzik berasaskan teen pop.

Sejak pertengahan 2000, ramai bintang remaja memperkembangkan kerjaya mereka menerusi pembabitan dengan produksi terbitan Disney - sebagai contoh barisan pelakon yang membintangi Disney Channel Original Movie High School Musical seperti Miley Cyrus dan the Jonas Brothers yang memiliki khalayak peminat begitu meluas impak dari pembabitan mereka dengan Disney iaitu Hannah Montana dan Camp Rock. 

Sumber:  Bintang Popular (Berita Minggu - 17 May 2009, oleh Suzan Ahmad)

 

Lagu Latar: Wannabe - Spice Girls