|
Tarian gelek amat eksotik |
Tahukah anda, tarian gelek adalah nama Melayu yang diberikan untuk sejenis tarian Arab yang diperkenalkan di Asia Barat. Di Eropah, ia kadang-kadang digelar tarian oriental. Dalam bahasa Turki pula ia dirujuk sebagai oryantal dans atau Tarian Timur. Sesetengah pemuja tarian ini di Amerika merujuknya sebagai Tarian Timur Tengah manakala di Hong Kong, ia dikenali sebagai shimpoli carmi (Tarian Matahari). Dalam bahasa Arab, ia dikenali sebagai raqs sharqi (tarian timur) atau kadangkala raqs baladi (tarian kebangsaan atau rakyat). Istilah raqs sharqi juga dipercayai berkemungkinan berasal dari Mesir. Bentuk persembahan tarian ini digelar di Barat sebagai tarian gelek berasaskan pada satu tarian masyarakat tertua dalam sejarah dunia iaitu asli Afrika Utara, Asia dan Asia Barat. Kebanyakan teori ini disokong dan berakar dari kemiripan antara karya seni Mesir purba dan tarian moden. Di Palestin dan Iraq, tarian masyarakat ini digelar raks baladi, dipersembahkan semua lapisan usia dan jantina sewaktu majlis perayaan, seperti perkahwinan dan pesta untuk tujuan bersuka ria. Versi tarian raks sharqi seolah-olah berteater, dipersembahkan penari lelaki dan wanita adalah yang termasyhur di Amerika pada masa kini. Di tanah kelahiran tarian cukup eksotik ini, ia dipelajari sejak dari kecil lagi. Seperti dengan banyak tarian masyarakat lain, ia dipelajari melalui pemerhatian dan gaya penari yang lebih berpengalaman sewaktu perayaan keluarga dan masyarakat, dan juga ketika berkumpul dengan sahabat handai. Asal usul bentuk tarian ini didebatkan secara aktif di kalangan peminat dan pengikutnya, terutama melalui kajian akademik yang memfokus pada topik ini. Kebanyakan penyelidikan dalam bidang ini dilakukan penari yang cuba untuk memahami asal usul tarian mereka. Memandangkan tarian ini sering diperlihatkan penari di kelab malam profesional, ia membawa salah faham pada keseleruhannya sifat sebenar tarian itu. Sesetengah teori menyatakan bentuk tarian ini adalah berasal dari Greece, Mesir, Rom, Banjara di Rajasthan, Barat Laut India dan Uzbekistan. Penari tarian ini biasanya mengenakan fitted top atau bra (biasanya dengan juraian manik atau duit syiling), tali pinggang fitted hip (juga dengan juraian manik atau duit syiling), penutup kaki seperti seluar atau kain. Pada 1940-an, Raja Farouk dari Mesir menugaskan Rusia Ivanova seorang guru tarian ballet untuk mengajar anak perempuannya. Dialah orang pertama yang mengajar penari hebat Samia Gamal untuk menggunakan tudung bagi memperbaiki gaya dan aksi lengannya. Sumber: Bintang Popular (Berita Minggu - 23 November 2008, oleh Suzan Ahmad) |