|
Tugas DJ bukan hanya main lagu |
Tahukah anda, istilah disc jockey atau DJ adalah individu yang bertanggungjawab memilih dan memutarkan muzik yang dirakamkan terdahulu (prerecorded music) kepada pendengarnya. Terdapat beberapa jenis disc jockey. DJ Radio memperkenalkan dan memutarkan atau memainkan muzik yang disiarkan dalam gelombang AM, FM, gelombang pendek atau stesen radio berkonsep digital. DJ kelab memilih dan memainkan muzik di bar, kelab, disko, rave atau stadium. Disc jockey hip hop memilih, memainkan dan menghasilkan muzik menggunakan beberapa turntable, selalunya untuk menyokong dan membantu kerja MC. Dalam muzik reggae, disc jockey (deejay) adalah vokalis yang menyanyi rap, menyampai ucap selamat atau bersembang dibantu muzik dan trek yang dirakamkan terdahulu, sementara individu yang memilih, menyusun dan memutarkan lagi dikenali sebagai pemilih (selector). Mobile disc players atau DJ bergerak pula bergerak bersama kelengkapan dan sistem bunyi mudah alih dan menghiburkan pengunjung serta pendengar di pelbagai lokasi. Tahukah anda, peranan dan tanggungjawab memilih dan memainkan muzik yang dirakamkan terdahulu buat khalayak pendengar tertentu tidak banyak berbeza antara seseorang DJ dengan DJ lain. Muzik yang dipilih, khalayak pendengar, setting, medium digunakan, juga tahap kecanggihan manipulasi DJ terhadap bunyi adalah antara faktor yang membezakan antara jenis DJ tertentu.
DJ radio antarabangsa yang cukup tersohor dan menjadi idola generasi DJ masa kini ialah Casey Kasem, manakala di Malaysia sendiri DJ radio yang dikira otai dan cukup dihormati ialah seperti Zainal Din Zainal dan Normain. Sumber: Bintang Popular (Berita Minggu - 6 April 2008, oleh Suzan Ahmad) |