|
Spiritual irama Blues |
Tahukah anda, Blues adalah
bentuk muzik berasaskan kepada penggunaan blues notes.
Blue notes adalah karakter tipikal atau biasa melodi jazz dan
blues di mana pitching blues hampir pada kerendahan darjah
ketiga dan ketujuh dalam skala major seperti B flat dan Genre ini mula mempengaruhi kehidupan komuniti Afrika-Amerika di Amerika Syarikat menerusi cara spiritual antaranya lagu bekerja, laungan semangat di ladang, jeritan dan dikir juga balada naratif dalam bahasa Inggeris dan Scot-Irish yang berima. Penggunaan blue notes dan peranan penting bentuk muzik dan lirik jenis memanggil dan memberi maklum balas, ia cukup membuktikan betapa kuatnya pengaruh Afrika. Muzik ini kemudian mempengaruhi muzik popular Barat yang mana ia berperanan menjadi asas kepada jazz, bluegrass, rhythm and blues, rock & roll, hip-hop dan banyak lagi bentuk muzik popular. Frasa perkataan the blues bermaksud seseorang yang diganggu syaitan biru, bermaksud semangat yang lemah, tertekan dan kesedihan. Biarpun penggunaan frasa itu sudah lama diguna pakai di dalam muzik Afrika-Amerika, ia diterima secara rasminya sejak 1912, ketika Dallas Blues ciptaan Hart Wand yang cukup popular menjadi komposisi blues yang diiktiraf hak ciptanya. Sementara dalam lirik, frasa itu sering digunakan untuk menggambarkan kemurungan. Instrumen yang biasa mengiring muzik blues ialah gitar, piano, harmonika, bass, dram, saksafon, vokal, trumpet dan trombone. Satu-satunya kumpulan muzik blues rock yang cukup terkenal di negara kita ialah Blues Gang. Mengenengahkan irama blues dan rock yang segar dengan memasukkan unsur kenegerian seperti lagu Apo Nak Di Kato yang menggunakan bahasa loghat Negeri Sembilan. Kumpulan ini pernah muncul di layar perak di dalam filem kontroversi arahan pengarah Nasir Jani, Kembara Seniman Jalanan lebih kurang 20 tahun yang lalu. Kumpulan Blues Gang sudah berpecah namun ahlinya masih lagi aktif di kelab malam di sekitar ibu kota. Anggota Blues Gang terdiri daripada Ito Mohd (vokal/harmonika); Julian Mokhtar (gitar utama); Ghani Datuk Abu Talib (gitar kedua/keyboard); Jim Madasamy (bass/vokal) dan Shaik Karim dram/vokal). Sumber: Bintang Popular (Berita Minggu - 2 Disember 2007, oleh Suzan Ahmad) |
|
|
Lagu Latar: Apo Nak Di Kato - Blues Gang |