|
Muzik opera klasikal Barat |
Tahukah anda, opera ialah seni budaya masyarakat Eropah terutama orang Itali, Jerman, Perancis, Russia dan beberapa negara Eropah lain. Bagaimanapun, perlu diingatkan bahawa opera mempunyai banyak terminologi yang masih tidak ada di dalam bahasa Melayu dan juga boleh menyebabkan terjemahannya disalahtafsirkan. Perkataan opera bermaksud kerja dalam bahasa Itali. Ia menjelaskan bahawa opera menggabungkan seni nyanyian secara choral, deklamasi, lakonan dan tarian juga dalam adab pementasan. Antara penyanyi opera yang cukup terkenal di dunia ialah Luciano Pavarotti, The Three Tenors, Plácido Domingo, Josĕ Carreras, Maria Callas, Hildegard Behrens, Montserrat Caballé, Renée Fleming, Renata Scotto, Kiri Te Kanawa, Renata Tebaldi, Joan Sutherland, Raina Kabaivanska, Catherine Malfitano dan Mirella Freni. Opera adalah sebahagian daripada tradisi muzik klasikal Barat. Sesebuah persembahan opera mengandungi banyak elemen sepeti teater, bercakap seperti berlakon, pemandangan dan kostum serta ada kalanya mengandungi tarian. Persembahan itu pula akan berlangsung di rumah opera, dengan diiringi orkestra pertama, tetapi komposer pertama yang dianggap hebat dalam bentuk seni baru ini adalah Claudio Monteverdi (1567-1643), di mana hasil gubahannya masih dipersembahkan sehingga kini. Opera semakin lama semakin berkembang dari Venice dan Rome menerusi Itali dan keseluruhan Eropah termasuklah Schüit di Jerman, Lully di France dan Purcell di England - semuanya membantu mengangkat martabat dan kedudukan tradisi opera nasional pada abad ke-17. Bagaimanapun, pada kurun ke-18, opera Itali terus mendominasi kebanyakan genre seni itu di Eropah, kecuali di Perancis yang mengumpan dan memikat komposer asing seperti Handel. Opera seria adalah bentuk opera Itali yang paling berprestij sehinggalah Gluck mengambil tindakan terhadap unsur tiruan dalam pembentukan semula opera itu pada 1760-an. Penggiat opera yang paling berpengaruh lewat kurun ke-18 adalah Mozart, yang mula aktif dengan opera seria namun lebih dikenali menerusi komik opera Itali terutama The Marriage of Figaro, Don Glovanni dan Cosi Fan Tutte & Magic Flute. Sumber: Bintang Popular (Berita Minggu - 6 Januari 2008, oleh Suzan Ahmad) |
|
|
Lagu Latar: Wind Of Change - Jose Carerras featuring Klaus Meine (Scorpion) |