Genre 'extreme music' tidak disukai ramai pendengar

Kembali Ke Menu Utama Info Muzik

Tahukah anda, muzik melampau (extreme music) adalah istilah yang biasa digunakan untuk menjelaskan pelbagai variasi dalam gaya muzikal termasuk subgenre seperti extreme metal, hardrock punk, harcore, techno, industrial, noise dan juga free jazz.

Extreme music dikategorikan sebagai muzik yang mengandungi satu atau lebih elemen yang amat tidak disukai oleh pendengar biasa (hinggakan ada pihak mempertikaikan sama ada hasil seni artis boleh dianggap sebagai muzik).  Elemen ini termasuk: tempo yang luarbiasa (sangat rancak atau sangat perlahan); impak bunyi kuantiti bunyi luarbiasa yang kasar dan tajam seperti distortion gitar atau kesan gate noise juga white noise, bunyi yang berlebihan; lirik yang terlalu ganas dan lucah (biasanya adalah kombinasi gaya vokal yang luarbiasa seperti jeritan, nyalakan atau mengeram), sumbang atau tanpa skala nada dan pelik; kerap bertukar tempo dan juga genre juga struktur lagu dan durasi yang luarbiasa.

Antara gaya muzik extreme yang biasa antaranya Avantgrade.  Biarpun tidak semua artis jatuh dalam kategori extreme music tetapi kebanyakannya termasuk dalam kategori ini.  Arnold Schoenberg dan Alban Berg seringkali memperkatakan subjek yang dahsyat dan mengerikan dalam gaya sumbang; sifatnya yang tanpa nada juga agak menyukarkan pendengar.

Hasil kerja Krzysztof Penderecki dan Lannis Zenakis juga dianggap antara yang paling mencabar dan agak keras untuk halwa telinga.  Sementara karya Polystylistic oleh John Zorn dan lain-lain kadangkala kedengaran meminjam elemen extreme music lain.

Black metal: Adalah subgenre extreme metal yang dibentuk sifatnya oleh tempo yang extreme, bernada tinggi, vokal menjerit atau mengeram, lirik ganas yang sering memperkatakan mengenai syaitan dan kematian, mengenakan mekap yang sering dikenakan kumpulan black metal untuk menggambarkan diri sebagai mayat yang sedang mereput.

Nama genre ini juga diambil dari album kumpulan Venom berjudul 'Black Metal'.

Sementara itu, ada beberapa kumpulan yang bersependapat bahawa mereka bertanggungjawab dalam memberikan kesan signifikan dalam membentuk dan memulakan gaya extreme music.  kebanyakan kumpulan muzik ini dianggap ketinggalan oleh gaya baru yang kini lebih biasa dikenali sebagai extreme music.

Kumpulan separa ekstrim ini adalah Bathory, The Berzerker, Celtic Frost, Death, Earth, Suffocation, Napalm Death dan Merzbow.

Sumber:  Bintang Popular (Berita Minggu - 29 March 2009, oleh Suzan Ahmad)

 

Lagu Latar: Forever - The Berzerker