Diskografi 1                                    

Sharifah Aini mengikat kontrak dengan EMI pada tahun 1969 dan EP pertamanya SERI DEWI MALAM diterbitkan dan diedarkan pada tahun berikutnya.  Beliau merupakan artis paling lama bernaung dengan sebuah syarikat rakaman dan bersama EMI, Sharifah Aini merupakan artis yang paling produktif menghasilkan album.  Dan untuk itu namanya telah diabadikan didalam The Malaysian Book Of RecordsDISKOGRAFI 1 hanya akan menyenaraikan album dan info ringkas album solo dan kompilasi Sharifah Aini yang dirakam dari tahun 1970-1988 secara kronologi termasuk album khas atau kompilasi yang menampilkan Sharifah Aini dengan lagu baru.  Ketika itu album Sharifah Aini kebanyakannya diterbitkan dalam format piringhitam (EP & LP), kaset dan kartridge.  DISKOGRAFI 1 mengutamakan album-album yang diterbitkan dalam format piringhitam (EP: biasanya mengandungi 4 lagu & LP: lebih dari 10 buah lagu) dan kaset (sekiranya tiada dalam format piringhitam).

SHARIFAH AINI

EMGS 5001

Format Album:

LP (1976) / Kaset (1976)

SHARIFAH AINI

(EMI, 1976)

Side 1:

  Sayangku (I Do)

    (Benny Anderson / Stig Anderson / Bjőrn Ulvaeus)  Lirik:  Sharifah Aini

    Versi Inggeris nyanyian asal Abba (I Do, I Do, I Do, I Do)

  Pengorbanan

    (Ahmad Nawab / Sharifah Aini)

  Kau Tahu Mana Kau Pergi

    (Mike Masser / Gerry Goffin)  Lirik:  Sharifah Aini

    Versi Inggeris nyanyian asal Diana Ross (Do You Know Where You're Going To - theme from 'Mahogany')

  Hiburkanlah Hatiku

    (Ahmad Nawab / M Habib)

    Versi asal nyanyian Rahim Omar

  Pengertian

    (Ellya M Harris)

    Versi asal nyanyian Ellya M Harris tetapi versi Sharifah Aini lebih dipengaruhi daripada nyanyian Emillia Contessa

    yang uga telah merakam semula lagu tersebut di pertengahanl 70an dan menjadi popular.

  Sri Mersing

    (Tradisional)

Side 2:

  Jatuh Cinta

    (Rinto Harahap)

    Versi asal nyanyian Broery Marantika

  Di Mana

    (Benny Anderson / Stig Anderson / Bjőrn Ulvaeus)  Lirik:  Sharifah Aini

    Versi Inggeris nyanyian asal Abba (S.O.S)

  Kau Membuat Ku Gembira

    (Reggie Verghese / Sharifah Aini)

  Lama Tak Jumpa

    (Conway Twitty)  Lirik:  Sharifah Aini

    Versi Inggeris nyanyian asal Conway Twitty (Hello Darling)

  Tiba Tiba Rindu

    (Akbar Nawab / Sharifah Aini)

  Tinggallah

    (Johar Bahar)

    Versi asal 'tidak diketahui'

REKOD DAN BUKU CERPEN EMI

EMES 3501

Format Album:

LP (1976)

rekod dan buku cerpen emi: PAK BELANG KENA TEMBERANG & KANCIL MENOLONG KERBAU Various Artist

(EMI, 1976)

Side 1: Sang Kancil Menolong Kerbau

Watak Utama:  Noraini Hashim (Sang Kancil), Ali Abdul Rahman (Sang Kerbau) & Ahmad Rashidi Yusof (Sang Buaya)

  Sang Kancil Dengan Buaya (Sharifah Aini)

    (Johar Bahar)

Side 2: Pak Belang Kena Temberang

Watak Utama:  Noraini Hashim (Sang Kancil), Ali Abdul Rahman (Sang Harimau) & Ahmad Rashidi Yusof (Sang Kambing)

  Sang Kancil Dengan Harimau (Sharifah Aini)

    (Johar Bahar)

Jarang sekali album yang pengisiannya merupakan lakonan cerita pendek (cerpen) yang dikhaskan untuk kanak-kanak diterbitkan.  EMI mengambil inisiatif menerbitkan album REKOD DAN BUKU CERPEN yang menampilkan 2 buah cerita rakyat Malaysia yang popular dengan watak Sang Kancil yang bijak menipu musuhnya dalam misi menyelamatkan diri sendiri ataupun menolong haiwan lain yang ditindas.  Cerpen diceritakan oleh Wan Chik Daud.  Penyanyi terkenal Sharifah Aini turut tampil menyampaikan 2 buah lagu bagi memperindahkan lagi cerpen-cerpen yang dipersembahkan.  Susunan muzik oleh Ahmad Nawab. 

OST HAPUSLAH AIRMATAMU

SREG 9847

Format Album:

LP (1976) / Kaset (1976) /

CD (2000)

HAPUSLAH AIRMATAMU (ost) Various Artist

(EMI, 1976)

Side 1:

  Hapuslah Airmatamu (Sharifah Aini)

    (Ahmad Nawab / Sharifah Aini)

  Haruskah Kita Berpisah (Broery Marantika)

    (Ahmad Nawab / Broery Marantika)

  Perasaan Hati (Sharifah Aini & Broery Marantika)

    (Ahmad Nawab / Sharifah Aini)

  Hatiku Hatimu (Sharifah Aini)

    (Ahmad Nawab / Sharifah Aini)

  Harapan Hampa (Deddy M Borhan)

    (Ahmad Nawab / Deddy M Borhan)

  Regent Club (Instrumental)

    (Ahmad Nawab)

Side 2:

  Hapuslah Airmatamu (Broery Marantika)

    (Ahmad Nawab / Sharifah Aini)

  Yang Di Tunggu Tak Tiba (Sharifah Aini)

    (Ahmad Nawab / Haron Abdullah)

    Versi asal nyanyian Saloma

  Seiring Jalan (Sharifah Aini & Broery Marantika)

    (Ahmad Nawab / Broery Marantika)

  Kau Di Sayang (Junainah M Amin)

    (Ahmad Nawab / Junainah)

  Sabar Menanti (Broery Marantika)

    (Ahmad Nawab / Broery Marantika)

HAPUSLAH AIRMATAMU merupakan album runut terbaik yang pernah dihasilkan.  Gabungan tiga nama besar ketika itu, Ahmad Nawab, Sharifah Aini & Broery Marantika menjadikan album ini bukan saja gah di zamannya tetapi menjadi album sepanjang zaman kerana sering dicetak semula dalam pelbagai siri.  Kesemua lagu dalam album ini (killer album) menjadi popular dan mendapat kedudukan teratas dan terbaik dalam senarai carta lagu-lagu popular.  Gabungan 3 nama besar ini yang juga terlibat dalam filem HAPUSLAH AIRMATAMU menjadikan ia filem pecah panggung yang buat pertama kalinya menampilkan Sharifah Aini sebagai pelakon utama.

ASEANEKA II

LPM-137 & 138 (RTM)

Format Album:

LP Berkembar (1977)

aseanEKA ii (Live) Various Artist

(RTM, 1977)

Piringhitam 1

Side 1: Indonesia

  Jatuh Cinta (Bob Tutupoly & Grace Simon)

  Widuri (Bob Tutupoly)

  Cinta Putih (Grace Simon)

Side 2: Filipina

  Medley Lagu Lagu Filipina (Ding Mercado, Ann Marie Santos & Lirio Vital)

  Ang Pipit (Lirio Vital)

  Come Back To Me (Ann Marie Santos)

Piringhitam 2

Side 3: Singapura

  Singapore (Joe Chandran, Rahimah Rahim, Lena Lim, Han Kee Juan & Yoh Soo Khim)

  Chee Ee Pai Yuin (Lena Lim)

  Medley Lagu Lagu Popular (Joe Chandran, Rahimah Rahim, Lena Lim, Han Kee Juan & Yoh Soo Khim)

Side 4: Malaysia

  Sabar Menanti (Sharifah Aini)

  Tanah Pusaka (Julie Sudiro)

  Gadis Idaman (Rahim Othman)

  Mas Merah (Andre Goh)

KAU TINGGI DI AWAN BIRU

S-EGEP 1032

Format Album:

EP (1977)

KAU TINGGI DI AWAN BIRU

(EMI, 1977)

Side 1:

  Kau Tinggi Di Awan Biru 

    (Ahmad Nawab / Sharifah Aini)

  Kuda Ku Lari

    (A Harris)

    Versi asal nyanyian Hasnah Tahar tetapi versi Sharifah Aini lebih dipengaruhi dari nyanyian Emillia Contessa yang

    juga telah merakam semula lagu tersebut di awal 70an dan menjadi popular.

Side 2:

  Hatiku Di Curi Lagi

    (Ahmad Nawab / Sharifah Aini)

  Surat Dari Seberang

    (Copyright Control)  Lirik:  Sharifah Aini

    Versi Jepun nyanyian asal Aizaki Shinya (Kimi No Hato Ni Hi O Tsukete)

EP ini telah meletakkan Sharifah Aini sebagai penyanyi wanita no. 1 ketika itu dan kemudiannya muncullah album trilogi INILAH LAGUKU yang terus mengukuhkan kedudukannya sebagai penyanyi yang disegani.  KAU TINGGI DI AWAN BIRU adalah album terakhir Sharifah Aini yang diterbitkan dalam format EP.  Selepas ini kesemua album Sharifah Aini muncul dalam format LP (sekurang-kurangnya mengandungi 10 lagu). 

INILAH LAGUKU

EMGS 5506

Format Album:

LP (1977)

INILAH LAGUKU

(EMI, 1977)

Side 1:

  Kau Sumber Ilham Seniku (lagu baru)

    (Ahmad Nawab / Sharifah Aini)

  Kuda Ku Lari

  Joget Gembira (lagu baru)

    (Akbar Nawab / Sharifah Aini)

  Hatiku Di Curi Lagi

  Mama (lagu baru)

    (Titiek Puspa)

    Versi asal nyanyian Titiek Puspa

  Keluhan Hatiku (lagu baru)

    (Rahbani Brothers)  Lirik:  Sharifah Aini

    Versi Arab nyanyian asal Fairuz (Akher Eyam Al Syafieh)

Side 2:

  Bunga Tanjung (lagu baru)

    (Ahmad Jaffar)

    Versi asal nyanyian Rubiah tetapi dipopularkan semula oleh Saloma

  Surat Dari Seberang

  Kau Tinggi Di Awan Biru

  Oh Di Mana (lagu baru)

    (Ahmad Nawab / Hamidon Zain)

    Versi asal nyanyian Sugiman Jahuri (tajuk asal 'Di Mana')

  Terserahlah Padamu (lagu baru)

    (Copyright Control)  Lirik:  Sharifah Aini

    Versi Jepun nyanyian asal Pedro & Capricious (Hikageri No Machi)

  Yatim Piatu (lagu baru)

    (Akbar Nawab / Sharifah Aini)

Gabungan 8 lagu baru yang dicipta dan digubah oleh komposer tersohor Ahmad Nawab dan disulami vokal merdu Sharifah Aini mengkelaskan album ini sebagai salah satu album terbaik Sharifah Aini.  Siapa sangka lagu rakaman semula 'Bunga Tanjung' menjadi popular dan menguasai carta lagu di Singapura (ketika itu program carta lagu dikenali sebagai 'PPMI' (Penyanyi Pujaan Minggu Ini).  Persembahan vokal yang bertenaga Sharifah Aini menjadikan 'Bunga Tanjung' sebagai 'trademark' dan sajian wajib beliau ketika membuat persembahan di khayalak.  Ramai yang menyangka lagu ini adalah 'milik' Sharifah Aini.  Album ini juga menampilkan semula 4 lagu dari EP terakhir Sharifah Aini KAU TINGGI DI AWAN BIRU.

BERGEMBIRA DI HARI RAYA

EMGS 5508

Format Album:

LP (1977) / Kaset (1977) /

CD (1994)

bergembira di hari raya Various Artist

(EMI, 1977)

Side 1:

  Bisikan Hati Di Pagi Raya (Sharifah Aini) (lagu baru)

    (Ahmad Nawab / Sharifah Aini)

  Dialog (Sharifah Aini & Ali Abdul Rahman)

  Seloka Hari Raya (Uji Rashid & Hail Amir) (lagu baru)

    (Ahmad Nawab / Erna)

  Dialog (Sharifah Aini, Uji Rashid, Hail Amir & Ali Abdul Rahman)

  Doa Di Hari Mulia (Uji Rashid) (lagu baru)

    (Ahmad Nawab / Erna)

  Dialog (Hail Amir & Ali Abdul Rahman)

  Bila Takbir Bergema (Rafeah Buang)

  Dialog (Sharifah Aini, Hail Amir & Ali Abdul Rahman)

  Selamat Hari Raya (Saloma)

Side 2:

  Dialog (Sharifah Aini & Ali Abdul Rahman)

  Suasana Hari Raya (Sharifah Aini) (lagu baru)

    (Ahmad Nawab / Sharifah Aini)

  Dialog (Sharifah Aini, DJ Dave, Hail Amir & Ali Abdul Rahman)

  Menjelang Hari Raya (DJ Dave) (lagu baru)

    (Ahmad Nawab / Erna)

  Selamat Hari Raya (Ahmad Jais)

  Dialog (Sharifah Aini, DJ Dave & Ali Abdul Rahman)

  Hari Yang Mulia (Sharifah Aini)

  Dialog (Sharifah Aini, DJ Dave, Uji Rashid, Hail Amir & Ali Abdul Rahman)

  Selamat Hari Raya (Sharifah Aini, Uji Rashid & Hail Amir & DJ Dave) (lagu baru)

    (Zubir Said / Kamalihudi)

Album raya paling berjaya dalam sejarah muzik tempatan.  Ia bukannya album raya yang mengandungi seratus peratus lagu baru tetapi amat menarik apabila diselang-selikan dengan dialog DJ Dave, Uji Rashid, Hail Amir dan Ali Abdul Rahman bertandang ke rumah Sharifah Aini.  Penerbit dan susunan muzik album ini ditangani oleh komposer Ahmad Nawab.

FOREVER AND EVER

EMGS 5511

Format Album:

LP (1977) / Kaset (1977)

 

FOREVER AND EVER

(EMI, 1977)

Side 1:

  Forever And Ever

    (Stylianos Vlavianos / R Constandinos)

    Versi asal nyanyian Demis Roussos

  I Know

    (Yvonne Elliman)

    Versi asal nyanyian Yvonne Elliman

  You Make Me Feel Like A Woman

    (Paul Layton / Marty Kristian / Danny Finn)

    Versi asal nyanyian The New Seekers

  My Broken Souvenirs

    (Werner Theunissen)

    Versi asal nyanyian The Pussycat

  Help Is On Its Way

    (Glenn Sharrock)

    Versi asal nyanyian Little River Band

  Midnight Blue

    (Carole Bayer Sager / Melissa Manchester)

    Versi asal nyanyian Melissa Manchester

Side 2:

  Will You Still Love Me Tomorrow / A Little Bit More

    (Gerry Goffin-Carole King / Bobby Gosh)

    Versi asal nyanyian The Shirelles / Bobby Gosh

  I'd Never Find Another You

    (Gerry Goffin / Carole King)

    Versi asal nyanyian Tony Orlando

  Without You

    (Peter Ham / Tom Evans)

    Versi asal nyanyian Badfinger

  Nothing To Hide

    (Eddy Hilberts)

    Versi asal nyanyian The Pussycat

  Groovy Kind Of Love

    (Carole Bayer Sager / Toni Wine)

    Versi asal nyanyian Diane & Annita

  Kisses In The Rain (original track)

    (Tony Yeong)

  Angel Of The Morning

    (Chip Taylor)

    Versi asal nyanyian Evie Sands

Perkhabaran Sharifah Aini untuk menghasilkan album Inggeris mendapat liputan meluas.  Ramai yang tidak berkeyakinan bahawa penyanyi yang berpendidikan Melayu-Arab ini akan berjaya dengan album Inggeris.  Tetapi kecekalan hati beliau yang sanggup menempuh segala cabaran demi kerjaya yang diminatinya ini, EMI telah menaruh sepenuh kepercayaan dalam memperluaskan bakat seni suaranya itu.  Terbukti bintangnya bersinar ... album ini berjaya mencapai penjualan melebihi 25,000 unit.  Malah sambutan album beliau mengatasi jualan album Inggeris penyanyi-penyanyi tempatan lainnya.

INILAH LAGUKU II

EMGS 5519

Format Album:

LP (1978) / Kaset (1978)

inilah laguku ii: Tiada Maaf Bagimu

(EMI, 1978)

Side 1:

  Tiada Maaf Bagimu

    (Ahmad Nawab / Sharifah Aini)

  Percayalah

    (Copyright Control)

    Versi Hindi nyanyian asal Mohamad Rafi ('Aaj Ki Raat Yeh Kaisi Raat', dari filem Aman; 1967)

  Burung Pungguk

    (Sheikh Omar Bagushir)

    Versi asal nyanyian Saloma

  Joget Usik Mengusik

    (Akbar Nawab / Sharifah Aini)

  Inilah Laguku

    (Charlie Chaplin)  Lirik:  Sharifah Aini

    Versi Inggeris nyanyian asal Petula Clark (This Is My Song)

  Masa

    (Ahmad Nawab / Sharifah Aini)

Side 2:

  Cinta Dari Pandangan Mataku

    (Ahmad Nawab / Sharifah Aini)

  Bunga Mawar

    (Fred Spielman-Janice Torre)  Lirik:  Sharifah Aini

    Versi Inggeris nyanyian asal Marie Osmond (Paper Roses)

  Tidurlah Intan

    (R Soetedjo)

    Versi asal 'tidak diketahui' tetapi pernah dipopularkan oleh Ivo Nila Kresna

  Ku Dan Peminat

    (Ahmad Nawab / Sharifah Aini)

  Sri Andalas

    (Tradisional)

  Ku Pohon Keredhaanmu

    (Copyright Control)  Lirik:  Sharifah Aini

    Versi Arab nyanyian asal 'tidak diketahui'

Sebuah lagi album studio terbaik Sharifah Aini dan merupakan buah tangan terakhir Ahmad Nawab sebagai penerbit album Sharifah Aini.  Pemilihan lagu-lagu dalam album ini memang terbaik dan ia menonjolkan kebolehan Sharifah Aini yang mampu membawa pelbagai genre lagu tradisional seperti asli, keroncong, joget dan beberapa lagu-lagu saduran Inggeris, Hindi dan Arab.  Sudah tentu irama balada ciptaan Ahmad Nawab menjadi tarikan album ini tetapi lebih istimewa apabila lagu klasik yang berkarakter 'Burung Pungguk' dapat disempurnakan oleh Sharifah Aini dengan versinya yang tersendiri ... cukup hebat!

LELA MANJA

EMGS 5533

Format Album:

LP (1979) / Kaset (1979)

CD (1991)

LELA MANJA (Sharifah Aini diiringi Hamah Dolmat)

(EMI, 1979)

Side 1:

  Lela Manja

    (Tradisional)

  Ratapan Kamarulzaman

    (Tradisional / Hamzah Dolmat)

  Serampang Laut

    (Tradisional / Hamzah Dolmat)

  Pasir Roboh

    (Tradisional / A Rahman)

  Sri Tambak

    (Tradisional / Hamzah Dolmat)

Side 2:

  Sri Sarawak

    (Tradisional / Hamzah Dolmat)

  Dodoi Si Dodoi

    (Tradisional)

  Mega Mendung

    (Tradisional / Hamzah Dolmat)

  Bentan Telani

    (Tradisional / Hamzah Dolmat)

  Gambus Palembang

    (Tradisional / Hamzah Dolmat)

  Damak Ku Sayang

    (Tradisional / Hamzah Dolmat)

Lagu lagu tradisional bukanlah satu perkara asing buat Sharifah Aini.  Album beliau sebelumnya pasti akan diselitkan satu atau dua lagu bergenre tradisional.  Bagaimanapun penghasilan album LELA MANJA cukup istimewa kerana ia sebuah album tradisional 100% dan Sharifah Aini berganding dengan penggesek biola handalan Hamzah Dolmat.  Manakala komposer Alfonso Soliano dipilih sebagai penerbit.  LELA MANJA sebuah album yang memartabatkan seni pusaka bangsa dan Sharifah Aini satu-satunya penyanyi solo yang bertuah ketika itu kerana diberi peluang menghasilkan album tradisional.

INILAH LAGUKU III

EMGS 5534

Format Album:

LP (1979) / Kaset (1979)

inilah laguku iIi: Rintihan Hati Perjuang Seni

(EMI, 1979)

Side 1:

  Ku Pergi Ke Mana Saja Kau Pergi

    (Copyright Control)  Lirik:  Sharifah Aini

    Versi asal 'tidak diketahui'

  Engkau Pendusta

    (S Atan / Haron Abdul Majid)

  Jangan Berduka Hati

    (S Atan / Haron Abdul Majid)

  Ku Curah Kasih Dalam Lagu

    (Copyright Control)  Lirik:  Haron Abdul Majid

    Versi Hindi nyanyian asal Kishore Kumar & Lata Mangeshkar ('Bhool Gaye Sab Kuch', dari filem Julie; 1975)

  Jatuh Cinta Lagi

    (George Weiss-Luigi Creatore-Hugo Peretti)  Lirik:  Sharifah Aini

    Versi Inggeris nyanyian asal Elvis Presley (Can't Help Falling In Love)

  Cinta Mewangi

    (Bob Khalil / Sharifah Aini)

Side 2:

  Engkaulah Harapan Hidupku

    (S Atan / Haron Abdul Majid)

  Rintihan Hati Pejuang Seni

    (S Atan / Sharifah Aini)

  Joget Mengenang Budi

    (S Atan / Haron Abdul Majid)

  Senandung Rindu

    (A Riyanto)

    Versi asal nyanyian Tetty Kadi tetapi versi Sharifah Aini lebih dipengaruhi dari nyanyian Broery Marantika yang

    juga telah merakam semula lagu tersebut.

  Jalan Pulang Ke Desa

    (Bill Danoff)  Lirik:  Haron Abdul Majid

    Versi Inggeris nyanyian asal John Denver (Take Me Home, Country Roads)

  Jauh Di Mata

    (S Effendy)

    Versi asal nyanyian S Effendy

Setelah berpindahnya Ahmad Nawab ke WEA, tugas penerbitan album Sharifah Aini iaitu siri terakhir trilogi INILAH LAGUKU digalas komposer hebat dari Singapura, S Atan.  Terdapat sebuah lagu istimewa yang liriknya ditulis oleh Sharifah Aini sendiri 'Rinthan Hati Perjuang Seni' yang menceritakan perjalanan seninya sedekad yang lalu.  Pada tahun album ini diedarkan, RTM telah mewartakan kesemua stesen RTM seluruh negara tidak dibenarkan menyiarkan lagi lagu-lagu saduran dalam usaha mempergiatkan lagu-lagu ciptaan komposer tempatan.  Album INILAH LAGUKU III juga terkena tempiasnya.  Mujurlah dalam album ini masih ada lagu ciptaan komposer tempatan yang merdu.  Agak pelik walaupun RTM telah mewartakan arahan tersebut, lagu Hindi versi Melayu 'Ku Curah Kasih Dalam Lagu' boleh didengar di sesetengah corong radio stesen daerah RTM.

WOMAN IN LOVE

EMGS 5539

Format Album:

LP (1979) / Kaset (1979)

WOMAN IN LOVE

(EMI, 1979)

Side 1:

  Woman In Love

    (Dominic Bugatti / Frank Musker)

    Versi asal nyanyian Three Degreess

  Chiquitita

    (Benny Anderson / Bjõrn Ulvaeus)

    Versi asal nyanyian Abba

  Raining In My Heart

    (Felice Bryant / Boudleaux Bryant)

    Versi asal nyanyian Buddy Holly

  Love You Inside Out

    (Barry Gibb / Robin Gibb / Maurice Gibb)

    Versi asal nyanyian Bee Gees

  Lotta Love

    (Neil Young)

    Versi asal nyanyian Neil Young

  I Know 'll Never Love This Way Again

    (Richard Kerr / Will Jennings)

    Versi asal nyanyian Dionne Warwick

Side 2:

  Save Me

    (Doug Flett / Guy Fletcher)

    Versi asal nyanyian Clodagh Rodgers

  I Have A Dream

    (Benny Anderson-Bjõrn Ulvaeus)

    Versi asal nyanyian Abba

  Let Me Teach You How To Dance (original track)

    (Steven Joseph)

  Sorry Doesn't Always Make It Right

    (Michael Masser-Pamela Joan Sawyer)

    Versi asal nyanyian Diana Ross

  One Way Ticket

    (Hank Hunter-Jack Keller)

    Versi asal nyanyian Neil Sedaka tetapi versi Sharifah Aini lebih dipengaruhi daripada nyanyian Eruption yang juga

    telah merakam semula lagu tersebut di pertengahan tahun 70an dan amat popular.

  Dreams Of You (original track)

    (Reggie Verghese)

    Versi asal juga nyanyian Sharifah Aini 'Kau Membuat Ku Gembira' dari album SHARIFAH AINI (1976).

WOMAN IN LOVE merupakan album Inggeris terbaik Sharifah Aini.  Pemilihan lagu, penghayatan dan sebutan bahasa Inggeris Sharifah Aini bertambah baik.  Cara penyampaian tersendiri Sharifah Aini mungkin menjadi pengukur kejayaan album ini yang begitu laris penjualannya.  Sharifah Aini tetap Sharifah Aini - tak perlu menjadi penyanyi Barat apabila menyanyikan lagu Barat.

SUMBER ILHAMKU

WEA M93421

Format Album:

LP (1979) / Kaset (1979) /

CD (2011)

 

 

SUMBER ILHAMKU (ost) Various Artist

(WEA, 1979)

Side 1:

  Sumber Ilhamku (Sharifah Aini)

    (Ahmad Nawab / Rahmat Zaki)

  Dunia Cintaku (Sharifah Aini & Latiff Ibrahim)

    (Ahmad Nawab / Rahmat Zaki)

  Tangisan Hati Yang Derita (Khadijah Ibrahim)

    (Ahmad Nawab / Rahmat Zaki)

  Aku, Dia Dan Malam (Instrumental)

    (Ahmad Nawab)

Side 2:

  Duniaku Duniamu (Sharifah Aini & Latiff Ibrahim)

    (Ahmad Nawab / Rahmat Zaki)

  Ku Gembira Di Sampingmu (Khadijah Ibrahim)

    (Ahmad Nawab / Rahmat Zaki)

  Usah Kau Rayu Padanya (Latiff Ibrahim, M Rizal & S Rohani)

    (Ahmad Nawab / Rahmat Zaki)

  Nora (Latiff Ibrahim)

    (Ahmad Nawab / Rahmat Zaki)

  Bertemu Bercinta (M Rizal)

    (Ahmad Nawab / Rahmat Zaki)

Selain OST HAPUSLAH AIRMATAMU, sebuah lagi album runut yang dikategorikan yang terbaik ialah SUMBER ILHAMKU.  Ia juga diterbitkan oleh komposer tersohor Ahmad Nawab.  Album runut ini terlebih dahulu dapat dinikmati sebelum filemnya menjengah di pawagam.  Banyak lagu dari album ini menjadi hits dan secara tidak langsung telah mengangkat filem SUMBER ILHAMKU (arahan allahyarham Aziz Jaafar) yang turut dilakonkan oleh Sharifah Aini sebagai filem pecah panggung.  Album runut terbitan dan edaran WEA Records pernah di'beku' seketika pengedarannya apabila EMI Malaysia menyaman WEA Records kerana telah menampilkan Sharifah Aini tanpa kebenaran.

LAGU LAGU PUJAAN (KOLEKSI 10 TAHUN)

EMGS 5541

Format Album:

LP (1980) / Kaset (1980) /

CD (1997)

LAGU LAGU PUJAAN (KOLEKSI 10 TAHUN)

(EMI, 1980)

Side 1:

  Suara Hati (lagu baru)

    (S Atan / A Samad Said)

  Seri Dewi Malam

  Tiada Yang Kekal (Melainkan Allah) (lagu baru)

    (S Atan / Haron Abdul Majid)

    Versi asal nyanyian Hidayah

  Kau Tinggi Di Awan Biru

  Impian Tercapai

  Percayalah

Side 2:

  Teratai (lagu baru)

    (Lily Suhairy)

    Versi asal nyanyian Rubiah

  Dondang Sayang

  Kisah Yang lalu

  Kekasih Pujaan

  Yang Mula Dan Akhir

Album khas sebagai penghargaan EMI ke atas Sharifah Aini yang telah menjadi artis rakaman untuk tahun  ke 10.  Lagu istimewa dalam album khas ini ialah 'Suara Hati' ciptaan S Atan dan lirik/sajak hasil nukilan penyajak tersohor A Samad Said yang menceritakan rentetan kisah hidup dan perjalanan seni Sharifah Aini.  Setelah kejayaan merakam lagu klasik 'Bunga Tanjung' dan 'Burung Pungguk', Sharifah Aini tampil pula dengan sebuah lagi lagu klasik yang bukan calang-calang penyanyi yang boleh melagukannya 'Teratai'.  Dan semua orang tahu dan dapat mengagak hasilnya apabila lagu ini diserahkan kepada Sharifah Aini!

JUST FOR YOU

EMGS 5547

Format Album:

LP (1980) / Kaset (1980)

JUST FOR YOU

(EMI, 1980)

Side 1:

  Could It Be Magic

    (Adrienne Anderson / Barry Manilow)

    Versi asal nyanyian Barry Manilow

  Just When I Needed You Most

    (Randy Van Warmer)

    Versi asal nyanyian Randy Van Warmer

  Dance With Me

    (John Hall /Johanna Hall)

    Versi asal nyanyian The Orleans

  You Decorated My Life

    (Debbie Hupp / Bob Morrison)

    Versi asal nyanyian Bob Morrison

  Love Pains

    (Steve Barri / Harvey Price / Don Walsh)

    Versi asal nyanyian Yvonne Elliman

Side 2:

  Reunited (menampilkan Mona Richardson)

    (Dino Fekaris / Frederick J Perren)

    Versi asal nyanyian Peaches & Herb

  Fire

    (Bruce Springsteen)

    Versi asal nyanyian Bruce Springsteen & E-Street Band

  Traces

    (Buddy Buie / James Cobb / Emory Gordy)

    Versi asal nyanyian Classic IV

  Where Did We Go Wrong

    (Ron Miller / Tom Baird)

    Versi asal nyanyian Diana Ross

  Goodbye My Love Goodbye

    (Mario Panas / Klaus Munro / Jack Lloyd)

    Versi asal nyanyian Demis Roussos

MALAM

EMGS 5549

Format Album:

LP (1980) / Kaset (1980)

 

MALAM

(EMI, 1980)

Side 1:

  Penyakit Cinta

    (Raja Kobat / Sharifah Aini)

  Malam

    (Khairil Johari Johar / Sharifah Aini)

  Cinta Di Musim Hujan

    (Domenico Modugno)  Lirik:  Haron Abdul Majid

    Versi Latin nyanyian asal Domenico Modugno  (Nel Blue Dipinto Di Blu / Volare)

  Kau Menguji Hatiku

    (Raja Kobat / Sharifah Aini)

  Joget Pusaka Bangsa

    (S Atan / Haron Abdul Majid)

Side 2:

  Bila Muzik Bergema

    (S Atan / Haron Abdul Majid)

  Cinta Dan Rumahtangga

    (Abbas Bakar / Sharifah Aini)

  Selamat Tinggal Oh Sayang

    (S Atan / Sharifah Aini)

  Rahsia Tangisanku

    (Rahbani Brothers)  Lirik:  Sharifah Aini

    Versi Arab nyanyian asal Fairuz (Habaytak Bisayf)

  Impianku Bersamamu

    (S Atan / Haron Abdul Majid)

RASA SAYANG (FEELING OF LOVE)

EMGS 5559

Format Album:

LP (1981) / Kaset (1981)

RASA SAYANG (FEELING OF LOVE)

(EMI, 1981)

Side 1:

  Rasa Sayang (menampilkan Patrick Teoh) (original track)

    (Traditional / Melvin Ferdinand)

  Trains And Boats And Planes

    (Burt Bacharach / Hal David)

    Versi asal nyanyian Dionne Warwick

  Let's Pretend

    (Paul Evans / Paul Parnes)

    Versi asal nyanyian Donna Loren

  Never My Love

    (Don Addrisi / Dick Addrisi)

    Versi asal nyanyian the Association

  All I Have To Do Is Dream

    (Felice Bryant / Boudleaux Bryant)

    Versi asal nyanyian The Everly Brothers

  Single Girl

    (Martha Sharp)

    Versi asal nyanyian Sandy Posey

Side 2:

  Runaway

    (Del Shannon -Max Crook)

    Versi asal nyanyian Del Shannon

  All My Love

    (Monti Arduini / Peter Callander)

    Versi asal nyanyian Cliff Richard

  The Night Has A Thousand Eyes

    (Benjamin Weisman / Dorothy Wayne / Marilyn Garret)

    Versi asal nyanyian Bobby Vee

  I Only Live To Love You

    (Giancarlo Colonnello / Norman Newell)

    Versi asal nyanyian Cilla Black

  Downtown

    (Tony Hatch)

    Versi asal nyanyian Petula Clark

  Don't Play That Song

    (Ahmet Ertegun / Betty Nelson)

    Versi asal nyanyian Ben E King

HARUM DALAM KENANGAN

EMGS 5566

Format Album:

LP (1981) / Kaset (1981) /

CD (2011)

HARUM DALAM KENANGAN

(EMI, 1981)

Side 1:

  Terbang Helang

    (Khairil Johari Johar / Habsah Hassan)

  Harum Dalam Kenangan

    (Raja Kobat)

  Terkenang

    (Khairil Johari Johar / Habsah Hassan)

  Lukisan Perasaan

    (S Atan / Haron Abdul Majid)

  Di Sebalik Senyumanmu

    (Raja Kobat)

Side 2:

  Kenangan Indah (Yang Menyayat)

    (Copyright Control)  Lirik:  Haron Abdul Majid

    Versi Jepun nyanyian asal Toshio Kurosawa (Tokiniwa Shofu No Yo Ni)

  Jangan Hampakan Hatinya

    (S Atan / Haron Abdul Majid)

  Mawar Putih Untuk Mama

    (Syed Haron)

  Seri Dewi Malam (rakaman semula)

    (Osman Ahmad)

  Tanpamu Ku Sepi

    (Copyright Control)  Lirik:  Habsah Hassan

    Versi asal 'tidak diketahui'

HARUM DALAM KENANGAN merupakan produksi terbaik komposer S Atan sebagai penerbit album Sharifah Aini.  Banyak lagu menarik dan popular terdapat dalam album ini, seperti 'Terbang Helang', 'Mawar Putih Untuk Mama', 'Terkenang' dan 'Kenangan Indah (Yang Menyayat)'.  Malah lagu hit 'Terbang Helang' (karya Khairil Johari Johar & Habsah Hassan), walaupun tidak menjadi juara, posisinya menduduki tempat kedua selama lebih 3 bulan berturut-turut menerusi carta lagu popular di Singapura, 'Lagu Popular Minggu Ini' (LPMI) cukup membanggakan.

ALBUM HARI RAYA

EMGS 5561

Format Album:

LP (1981) / Kaset (1981) /

CD (1998)

ALBUM HARIRAYA Various Artist

(EMI, 1981)

Side 1:

  Ucap Selamat Hari Raya (Gaya Zakry)

    (S Atan / Haron Abdul Majid)

  Cahaya Aidilfitri (Black Dog Bone)

    (S Atan / Haron Abdul Majid)

  Nikmat Hari Mulia (Aziz Ahmad & Zaleha Hamid)

    (S Atan / Haron Abdul Majid)

  Senandung Hari Raya (Rosemaria, DJ Dave & Gaya Zakry)

    (S Atan / Haron Abdul Majid)

  Dari Jauh Ku Pohon Maaf (Sudirman)

    (S Atan / Haron Abdul Majid)

Side 2:

  Di Pagi Aidilfitri (Rosemaria)

    (Syed Haron)

  Hari Yang Mulia (Sharifah Aini)

    (S Omar Osman)

  Mekar Kasih Dikuntum Melati (DJ Dave)

    (Mahzan Manan / Amran Shariff)

  Pulang Di Hari Raya (Noor Kumalasari)

    (Syed Haron)

  Kepulangan Yang Di Nanti (Aman Shah)

    (Omar Taib / AS)

Sebuah lagi album raya yang menyenaraikan lagu-lagu baru raya yang kini menjadi evergreen.  Hanya Sharifah Aini tampil dengan lagu raya lamanya 'Hari Yang Mulia'.  Kesibukan Sharifah Aini menyebabkan penyanyi ini tidak dapat hadir dengan lagu baru walaupun kulit album raya ini telah sempurna siap dengan menampilkan beliau bersama artis EMI Malaysia lainnya.

RAHSIA HATI

EMGS 5571

Format Album:

LP (1982) / Kaset (1982) /

CD (2011)

RAHSIA HATI

(EMI, 1982)

Side 1:

  Putus Kasih

    (Ahamad Norddin / Haron Abdul Majid)

  Malam Dendangan Ria

    (Raja Kobat)

  Janji Di Malam Pertama

    (S Atan / Haron Abdul Majid)

  Kau Pergi Tanpa Pesan

    (Ellya M Harris)

    Versi asal nyanyian Ellya M Harris

  Sri Kedah / Sri Siantan

    (Tradisional)

Side 2:

  Rahsia Hati

    (Ahamad Norddin / Haron Abdul Majid)

  Kau Runtuhkan Istana Cinta

    (AR Ismail / Rina)

  Janji

    (Ellya M Harris)

    Versi asal nyanyian Ellya M Harris

  Hadiahku Di Hari Bahgiamu

    (S Atan / Haron Abdul Majid)

  Pra (Sebelum Ajal / Hidup)

    (Bagyo M)

    Versi asal nyanyian Hetty Koes Endang

Album ini dirakam ketika Sharifah Aini mengandungkan anak tunggalnya, Aliff Omar.  Ada yang berpendapat setelah berkahwin dan mempunyai anak, populariti Sharifah Aini akan merundum.  Ternyata jangkaan tersebut meleset kerana menerusi album ini Sharifah Aini masih mampu melahirkan lagu-lagu hit apabila lagu 'Putus Kasih' dan 'Rahsia Hati' mendapat sambutan, disamping lagu rakaman semula dari negara seberang, 'Janji' dan 'Kau Pergi Tanpa Pesan'.  Aura dan vokal istimewa Sharifah Aini menyebabkan beliau terus bertahan dan diminati.

Diskografi 1