DISKOGRAFI          VCD/MTV/Karaoke          PLAYLIST          ARKIB ARTIKEL          LIRIK LAGU

Diskografi 1                                    

Sharifah Aini mengikat kontrak dengan EMI pada tahun 1969 dan EP pertamanya SERI DEWI MALAM diterbitkan dan diedarkan pada tahun berikutnya.  Beliau merupakan artis paling lama bernaung dengan sebuah syarikat rakaman dan bersama EMI, Sharifah Aini merupakan artis yang paling produktif menghasilkan album.  Dan untuk itu namanya telah diabadikan didalam The Malaysian Book Of RecordsDISKOGRAFI 1 hanya akan menyenaraikan album dan info ringkas album solo dan kompilasi Sharifah Aini yang dirakam dari tahun 1970-1988 secara kronologi termasuk album khas atau kompilasi yang menampilkan Sharifah Aini dengan lagu baru.  Ketika itu album Sharifah Aini kebanyakannya diterbitkan dalam format piringhitam (EP & LP), kaset dan kartridge.  DISKOGRAFI 1 mengutamakan album-album yang diterbitkan dalam format piringhitam (EP: biasanya mengandungi 4 lagu & LP: lebih dari 10 buah lagu) dan kaset (sekiranya tiada dalam format piringhitam).

SERI DEWI MALAM

S-EGEP 692

Format Album:

EP (1970)

SERI DEWI MALAM

(EMI, 1970)

Side 1:

  Seri Dewi Malam

    (Osman Ahmad)

    Versi asal nyanyian Normadiah

  Dari Masa Hingga Masa

    P Ramlee / S Sudarmaji)

    Versi asal nyanyian P Ramlee

Side 2:

  Kini Hatiku Telah Tertawan

    (Johar Bahar)

    Versi asal nyanyian Rohani B

  Jasa Ninda

    (Kassim Masdor / Sharifah Aini)

Cukup menarik, di belakang kulit album pengenalan Sharifah Aini ini ada catatan ringkas dari penulis lirik tersohor Yusnor Ef tentang Sharifah Aini "Muncul kini seorang lagi bakat baru yng mempunyai masa depan dengan penuh cemerlang.  Suara lunak lantang yang menyayat hati adalah gaya nyanyian Sharifah yang agak luar biasa dengan penyanyi-penyanyi sebelumnya.  Sharifah yang telah mendapat tempat ketiga dalam peraduan Johan RTS 69, kini telah menunjukkan kebolehannya dengan merakam lagu lagu yang sudah pasti akan menjadi pujaan ramai.  Diharapkan usaha dan giatnya dalam lapangan seni suara akan membawa Sharifah Aini ke arah yang akan menempatkannya di puncak kejayaan."

KEKASIH PUJAAN

S-EGEP 705

Format Album:

EP (1970)

KEKASIH PUJAAN

(EMI, 1970)

Side 1:

  Kekasih Pujaan

    (Sharifuddin Majid / Wan Ahmad Kamal)

    Versi asal nyanyian Asiah Tuah (tajuk asal 'Kekasih Ku Sayang')

  Ayam Den Lapeh

    (Pak Hamid)

    Versi asal nyanyian Oslan Husin

Side 2:

  Kenangan

    (Ismail Md Taib / Sharifah Ain)

  Sejak Berpisah

    (Copyright Control)

    Versi asal 'tidak diketahui'

AKU DAN DIA

S-EGEP 719

Format Album:

EP (1971)

AKU DAN DIA

(EMI, 1971)

Side 1:

  Hasrat Bertanya Hati Memuja

    (Ahmad Nawab / Din Osman)

  Aku Dan Dia

    (Ahmad Jaffar)

    Versi asal nyanyian Rubiah

Side 2:

  Temanku

    (Kassim Masdor / Yusnor Ef)

  Kasih Berjauhan

    (Ismail Md Taib / Sharifah Aini)

PERASAANKU

S-EGEP 733

Format Album:

EP (1972)

PERASAANKU

(EMI, 1972)

Side 1:

  Kisah Yang Terjadi

    (Ahmad Nawab / Yusnor Ef)

  Takkan Ku Lupa

    (Kassim Masdor / Yusnor Ef)

Side 2:

  Janji Di Ikat

    (Osman Ahmad / Jamil Sulong)

    Versi asal nyanyian Normadiah

  Yang Mula Dan Akhir

    (Ahmad Nawab / Yusnor Ef)

PAHIT MANIS

S-EGEP 1005

Format Album:

EP (1972)

PAHIT MANIS

(EMI, 1972)

Side 1:

  Pahit Dan Manis 

    (Akbar Nawab / Nordin Che Din)

  Selimut Putih

    (Ahmad Bakqi)

    Versi asal nyanyian Orkes El Surayya

Side 2:

  Di Malam Persandingan*

    (Rahbani Brothers)  Lirik:  Yusnor Ef

    Versi Arab nyanyian asal Fairuz (Nihna Wel Qamar Jiran)

    * Nota: Jika diteliti pada lirik, lagu ini sepatutnya bertajuk 'Di Malam Pernikahan'.

  Jangan Ku Di Salahkan

    (Akbar Nawab / Sharifah Aini)

JANGAN TINGGALKAN DAKU

S-EGEP 1006

Format Album:

EP (1972)

JANGAN TINGGALKAN DAKU

(EMI, 1972)

Side 1:

  Tangisan Di Malam Hari

    (Copyright Control)  Lirik:  Sharifah Aini

    Versi Hindi nyanyian asal Mohamad Rafi ('Pukarta Chala Hoon Main', dari filem Mere Sanam; 1965)

  Jangan Tinggalkan Daku

    (A Riyanto)

    Versi asal nyanyian Muchsin (tajuk asal 'Jangan Tinggalkan')

Side 2:

  Dusta

    (S Omar Osman)

  Pantun Kasih

    (S Omar Osman)

JANGAN TINGGALKAN DAKU

SREG 9538

Format Album:

LP (1972)

DARI HATI KE HATI

(EMI, 1972)

Side 1:

  Jangan Tinggalkan Daku

  Kasihku Yang Dulu (lagu baru)

    (Kassim Masdor / Yusnor Ef)

  Pahit Dan Manis

  Jangan Ku Di Salahkan

  Takkan Ku Lupa

  Janji Di Ikat

  Di Malam Pernikahan

Side 2:

  Kisah Yang Terjadi

  Temanku

  Hasrat Bertanya Hati Memuja

  Dari Masa Hingga Masa

  Kekasih Pujaan

  Yang Mula Dan Akhir

  Selimut Putih

Album kompilasi pertama Sharifah Aini yang menghimpunkan lagu lagu hits dari EP sebelumnya dan sebagai bonus ditambah sebuah lagu baru 'Kasihku Yang Dulu'.

S-EGEP 1007

Format Album:

EP (1973)

SHARIFAH AINI dAN m sani

(EMI, 1973)

Side 1:

  Adat Lama Jangan Di Lupa

    (Ahmad Nawab / Abdullah Haron)

  Dapat Sudah Tempat Bermanja

    (Ahmad Nawab)

    Versi asal nyanyian Mariam Ahmad & Abdullah Haroun tetapi dengan tajuk dan lirik lagu yang berbeza

    (tajuk asal 'Jangan Dipikat Kalau Terikat')

Side 2:

  Jangan Adik Angan Angan

    (P Ramlee)

    Versi asal nyanyian P Ramlee & Normadiah

  Mengapa Riang Ria

    (P Ramlee)

    Versi asal nyanyian P Ramlee & Normadiah

Awal 70an, EMI berjaya melahirkan ramai pasangan duet yang amat diminati antaranya Rafeah Buang & Ahmad Jais, Ismail Haron & Anita Sarawak, Kartina Dahari & Sugiman Jahuri.  Seterusnya EMI menggandingkan penyanyi lelaki popular M Sani sebagai rakan duet terawal Sharifah Aini.  Ada keserasian antara Sharifah Aini & M Sani terutamanya apabila mereka mengalunkan lagu klasik lama dan lagu-lagu berunsur keMelayuan.

SREG 9549

Format Album:

LP (1973) / Kaset (1973) /

CD (1991)

ASLIRAMA Various Artist

(EMI, 1973)

Side 1:

  Patah Hati (Sharifah Aini) (lagu baru)

    (Tradisional)

  Bunga Melor (Kartina Dahari) (lagu baru)

  Gunung Banang (R Ismail)

  Menanti Jodoh (Sanisah Huri)

  Sekapur Sirih Seulas Pinang (Saloma)

  Joget Hitam Manis (Sarena Hashim)

Side 2:

  Halimun Malam (Sharifah Aini) (lagu baru)

    (A Chalik)

    Versi asal nyanyian Hasnah Tahar

  Jauh Di Mata (Kartina Dahari) (lagu baru)

  Kuala Sedeli (Saloma)

  Ratapan Hati (M Rosila)

  Timang Banjar (Kamariah Noor)

  Joget Gembira (MJB) (Ismail Haron)

Album kompilasi genre tradisional ini menampilkan 4 lagu baru (tidak pernah diterbitkan dalam mana-mana album) termasuk dua buah lagu dendangan Sharifah Aini, 'Patah Hati' dan 'Halimun Malam'.  Lenggok vokal Sharifah Aini terutama dalam menghayati lagu 'Patah Hati' cukup mengasyikkan dan siapa sangka seawal usia yang begitu muda beliau mampu menyerlahkan bakat sebagai penyanyi lagu-lagu tradisional yang baik.

S-EGEP 1009

Format Album:

EP (1973)

SHARIFAH AINI

(EMI, 1973)

Side 1:

  Inikah Manusia

    (S Omar Osman / Sharifah Aini)

  Dalam Keluhan Dara

    (Ahmad Nawab / Sharifah Aini)

Side 2:

  Ingatan Manis Bulan September

    (Don Black / Mark London)

    Versi Inggeris nyanyian asal Lulu (Come September)

  Kenang Daku Dalam Doamu

    (Ahmad Wan Yet / M Bakri)

    Versi asal nyanyian M Bakri

'Ingatan Manis Bulan September' merupakan lagu saduran Inggeris.  Tetapi versi Sharifah Aini lebih dipengaruhi lagu yang dinyanyikan oleh penyanyi popular Indonesia, Muchsin yang popularitinya ketika itu melangkau ke Nusantara termasuk Malaysia dan Singapura.  Versi Ingggeris ini terlebih dahulu diMelayukan oleh Muchsin dengan tajuk 'September'.  Tetapi kerana kehebatan Sharifah Aini dalam memperindahkan lagu rakaman semula menyebabkan ramai menyangka lagu ini adalah lagu asal beliau.

SREG 9808

Format Album:

LP (1973) / Kaset (1973)

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI Various Artist

(EMI, 1973)

Side 1:

  Selamat Hari Raya (Saloma) (lagu baru, rakaman semula)

  Hari Yang Mulia (Sharifah Aini) (lagu baru)

    (S Omar Osman)

  Aidilfitri (Sanisah Huri) (lagu baru)

  Bila Takbir Bergema (Rafeah Buang)

  Suasana Riang Di Hari Raya (Junainah M Amin)

Side 2:

  Dendang Perantau (P Ramlee) (lagu baru, rakaman semula)

  Bersabarlah Sayang (Sanisah Huri)

  Selamat Hari Raya (Fazedah Joned)

  Manusia Miskin Kaya (EddyNor Ali)

  Selamat Hari Raya (Ahmad Jais)

Salah satu album kompilasi raya terbaik terbitan EMI yang menyandarkan nama-nama besar artis-artis EMI ketika itu.  Taruhan album ini memperkenalkan 4 buah lagu raya baru nyanyian Sharifah Aini & Sanisah Huri termasuk rakaman semula lagu raya popular nyanyian P Ramlee & Saloma.  Kesemua lagu raya dari album ini menjadi lagu raya pujaan sepanjang zaman (malar segar) dan sering dimuatkan dalam album kompilasi raya terbitan EMI ataupun syarikat-syarikat lain.

S-EGEP 1012

Format Album:

EP (1973)

dia terlupa

(EMI, 1973)

Side 1:

  Dia Terlupa

    (Lobo)  Lirik:  Sharifah Aini

    Versi Inggeris nyanyian asal Lobo (I'd Love You To Want Me)

  Pengajian Di Seberang Lautan

    (Kunihiko Murai-Kazumi Yasui)  Lirik:  Sharifah Aini

    Versi Jepun nyanyian asal Mari Henmi (Keiken)

Side 2:

  Dekatlah Padaku

    (Copyright Control)  Lirik:  Sharifah Aini

    Versi asal 'tidak diketahui'

  Kasihnya Ibu

    (P Ramlee / Jamil Sulong)

    Versi asal nyanyian P Ramlee

SREG 9811

Format Album:

LP (1973) / Kaset (1973)

KENANGLAH DAKU

(EMI, 1973)

Side 1:

  Dia Terlupa

  Dekatlah Padaku

  Pengajian Di Seberang Lautan

  Kasihnya Ibu

  Ingatan Manis Di Bulan September

  Satria Abadi (lagu baru)

    (Akbar Nawab / Noordin Che Din)

Side 2:

  Perwira (lagu baru)

    (P Ramlee)

    Versi asal nyanyian Saloma

  Siti Payong (lagu baru)

    (Tradisional)

  Tarikan Nafas Yang Terakhir (lagu baru)

    (Hamiedan AC)

    Versi asal nyanyian Tetty Kadi

  Inikah Manusia

  Dalam Keluhan Dara

  Kenang Daku Dalam Doamu

Album ini menghimpunkan ksemua lagu dari 2 EP Sharifah Aini (SHARIFAH AINI & DIA TERLUPA) dan memperkenalkan 4 lagu baru.

S-EGEP 1013

Format Album:

EP (1973)

KAU TELAH DI SAMPINGKU

(EMI, 1974)

Side 1:

  Kau Telah Di Sampingku

    (Dondo)

    Versi asal nyanyian Tiar Ramon

  Pandangan Tentang Hidup

    (Akbar Nawab / Sharifah Aini)

Side 2:

  Inikah Balasannya

    (Rahbani Brothers)  Lirik:  Sharifah Aini

    Versi Arab nyanyian asal Fairuz (Fayiq Shou Hkina)

  Beban Asmara

    (Ellya M Harris)

    Versi asal nyanyian Ellya M Harris

S-EGEP 1016

Format Album:

EP (1973)

JANGAN PUTARKAN LAGUMU

(EMI, 1974)

Side 1:

  Jangan Putarkan Lagu

    (Ahmet Ertegun-Betty Nelson)  Lirik:  Sharifah Aini

    Versi Inggeris nyanyian asal Ben E King (Don't Play That Song - You Lied)

  Saat Hari Jadiku

    (Lucio Fulci-Piero Vivarelli)  Lirik:  Sharifah Aini

    Versi Latin nyanyian asal Adriano Celentano (24 Mila Baci)

Side 2:

  Cahaya Keinsafan

    (Jacques Brel-Rod McKuen)  Lirik:  Ismail Haron)

    Versi Inggeris nyanyian asal Terry Jack (Season In The Sun)

  Selamat Malam

    (Alfonso Soliano / Wan Ahmad Kamal)

    Versi asal nyanyian Asiah Tuah

SREG 9822

Format Album:

LP (1974) / Kaset (1974)

CAHAYA KEINSAFAN

(EMI, 1974)

Side 1:

  Cahaya Keinsafan

  Jangan Putarkan Lagu

  Kau Telah Di Sampingku

  Ke Mana Ku Kan Pergi (lagu baru)

    (Copyright Control)  Lirik:  Sharifah Aini

    Versi Hindi nyanyian asal Lata Mageshkar ('Mere Jeevan Saathi', dari filem Saathi; 1968)

  Pandangan Tentang Hidup

  Selamat Malam

Side 2:

  Saat Hari Jadiku

  Mak Inang Pulau Kampai (lagu baru)

    (Tradisional)

  Inikah Balasannya

  Sri Banang (lagu baru)

    (Tradisional)

  Beban Asmara

  Hanya Engkau (lagu baru)

    (Copyright Control)

    Versi asal 'tidak diketahui'

Album ini menghimpunkan ksemua lagu dari 2 EP Sharifah Aini (KAU TELAH DISAMPING KU & JANGAN PUTARKAN LAGUMU).  Dan sebagai pengiktirafan Sharifah Aini penyanyi yang versatile, 4 lagu baru bergenre keMelayuan diabadikan dalam album ini seperti irama keroncong (Hanya Engkau), tradisional (Sri Banang), inang (Mak Inang Pulau Kampai, liriknya ada menyentuh tentang Hari Raya) dan versi Hindi yang diMelayukan (Ke Mana Ku Kan Pergi).

S-EGEP 1017

Format Album:

EP (1974)

SEDANGKAN LIDAH LAGI TERGIGIT Sharifah Aini & M Sani

(EMI, 1974)

Side 1:

  Sedangkan Lidah Lagi Tergigit

    (P Ramlee)

    Versi asal nyanyian P Ramlee & Saloma

  Setangkai Bunga

    (A Riyanto)

    Versi asal nyanyian Favourite's Group (tajuk asal 'Seuntai Bunga Tanda Cinta')

Side 2:

  Pasangan Bahagia

    (Ahmad Nawab / Sharifah Aini)

  Joget Si Pinang Muda

    (P Ramlee / Jamil Sulong)

    Versi asal nyanyian P Ramlee & Normadiah

Album ini merupakan album duet terakhir antara Sharifah Aini & M Sani.  M Sani keluar dari EMI untuk menyertai syarikat lain, manakala Sharifah Aini kekal menyerlah sebagai artis yang sedang meniti ke kemuncak kemahsyuran.  Selepas album ini, tiada album duet Sharifah Aini dengan artis lelaki lain kecuali mengundang mereka untuk muncul dalam album solonya ataupun terlibat dalam album projek khas di bawah label EMI.

PERMINTAAN TERAKHIR

S-EGEP 1019

Format Album:

EP (1975)

PERMINTAAN TERAKHIR (OST)

(EMI, 1975)

Side 1: Permintaan Terakhir

  Cintaku Cintamu

    (Ahmad Nawab / Sharifah Aini)

  Permintaan Terakhir

    (Ahmad Nawab / Jamil Sulong)

Side 2: Rahsia Hatiku

  Rahsia Hati

    (Ahmad Nawab / Sharifah Aini)

  Kepulangan Ayah

    (Ahmad Nawab / Sharifah Aini)

Sharifah Aini yang sedang meningkat popularitinya berpeluang menghasilkan album runut yang pertama baginya.  Album ini mengandungi dua buah lagu bagi setiap filem.  Dalam filem PERMINTAAN TERAKHIR lagu 'Cintaku Cintamu' dinyanyikan oleh Uji Rashid, pelakon utama yang beraksi buat pertama kalinya.  Sebagai bintang baru Uji Rashid berjaya memperkenalkan labelnya dan seterusnya berpeluang menjadi artis rakaman EMI.  Pada tahun itu juga Uji Rashid mula dikenali sebagai penyanyi apabila album sulungnya terbitan Ahmad Nawab mendapat sambutan.

Untuk filem RAHSIA HATIKU, tiada pelakon yang menggunakan lagu Sharifah Aini.  Kedua-dua lagu dari filem ini digunakan sebagai lagu latar sahaja.

S-EGEP 1022

Format Album:

EP (1975)

MANIS MANIS

(EMI, 1975)

Side 1:

  Manis Manis (menampilkan A Kadir)

    (Benny & Stig Anderson-Bjőrn Ulvaeus)  Lirik:  Sharifah Aini

    Versi Inggeris nyanyian asal Abba (Honey Honey)

  Kisah Yang Lalu

    (Ahmad Nawab / Sharifah Aini)

Side 2:

  Singgahlah Sayang

    (Benny & Stig Anderson-Bjőrn Ulvaeus)  Lirik:  Sharifah Aini

    Versi Inggeris nyanyian asal Abba (Hasta Mańana)

  Kpulangan Ayah (rakaman semula)

    (Ahmad Nawab / Sharifah Aini)

SREG 10003

Format Album:

LP (1975) / Kaset (1975) /

CD (1997)

IRAMA CINTAKU

(EMI, 1975)

Side 1:

  Irama Cintaku (lagu baru)

    (Bob Morgan-Henry May)  Lirik:  Sharifah Aini

    Versi Inggeris nyanyian asal Bobby Vinton (My Melody Of Love)

  Laguku Malam Ini (lagu baru)

    (Copyright Control)  Lirik:  Sharifah Aini

    Versi asal 'tidak diketahui'

  Manis Manis (menampilkan A Kadir)

  Fatwa Pujangga (lagu baru)

    (S Effendy)

    Versi asal nyanyian S Effendy

  Singgahlah Sayang

  Hapuslah Airmatamu (lagu baru)

    (A Riyanto)

    Versi asal nyanyian Broery Marantika

Side 2:

  Impian Tercapai (lagu baru)

    (Jay Livingston-Ray Evans)  Lirik:  Sharifah Aini

    Versi Inggeris nyanyian asal Doris Day (Que Sera Sera)

  Pujaan Hatiku (lagu baru)

    (Copyright Control)

    Versi Hindi nyanyian asal Lata Mangeshkar & Mohd Rafi ('Mera Dil Ye Pukare Aaja', dari filem Nagin; 1954)

  Cemburu (lagu baru)

    (A Riyanto)

    Versi asal nyanyian Broery Marantika

  Kisah Yang Lalu

  Dondang Sayang (lagu baru)

    (Tradisional / Zainal Abas)

  Kepulangan Ayah (versi rakaman semula dari EP 'Manis Manis')

Album ini menampilkan 8 lagu baru dan 4 buah lagu dari EP MANIS MANIS.  Bagaimanapun pengisian lagu-lagu baru dalam album ini adalah lagu saduran (Inggeris & Hindi) dan rakaman semula lagu-lagu popular biduan dari Indonesia, Broery Marantika dan S Effendy.  Bukan sahaja mampu mendendangkan lagu Melayu asli dan tradisional dengan baik, kali ini Sharifah Aini menyerlahkan bakatnya yang hebat untuk ber'dondang sayang'.

Diskografi 1