Back To Sharifah Aini Homepage

 

DENGAR
PLAYLIST
PELBAGAI
ARTIS

(semua lagu
di laman web ini adalah Hak Cipta Terpelihara.  Penggunaanya di laman ini sekadar untuk hiburan semata-mata tanpa mengambil sebarang keuntungan daripadanya.
Sila sokong artis yang anda gemari dengan membeli CD/kaset yang original)

SELEKSI IRAMA
MALAYSIA 2

(Koleksi 16 Lagu-Lagu Pilihan
Etnik Kontemporari)

(Pelbagai Artis)

(10 Ogos 2008)

 

Playlist SELEKSI IRAMA MALAYSIA vol 2 membawa anda menikmati lagu-lagu Etnik Kontemporari - Asli, Zapin, Inang, Keroncong yang dipermodenkan oleh pencipta dan penggubah baru yang berbakat seperti Manan Ngah, To'Ki, Ly, Salman Shariff, Eric Yeo disamping penggubah, pencipta dan pemuzik tersohor Ahmad Nawab dan S Atan.

Saya amat tertarik dengan lagu bertempo asli 'Puisi Untuk Sang Puteri', yang dicipta oleh komposer berbangsa Cina dan lontaran vokal David Arumugam menjadikan lagu ini agak unik.   Begitu juga dengan lagu klasik 'Gurindam Jiwa' cukup menarik apabila dikeroncongkan manakala intro lagu 'Mengapa Dirindu' cukup membuatkan saya teruja untuk mendengar lagu ini sehingga ke penghujungnya.  

Vokal penyanyi tersohor seperti Sharifah Aini, Siti Nurhaliza, Ramli Sarip (ketika itu menjadi vokal utama kumpulan rock Sweet Charity, tetapi berani mencuba sesuatu yang terkeluar daripada konsep atau genre muzik yang diperjuangkan) memang tidak perlu dipertikaikan dalam melaksanakan tugasan memperjuangkan irama sebegini.  Saya juga amat menyukai lagu-lagu etnik kontemporari ciptaan To'Ki tapi sayangnya, beliau kini dilihat kurang aktif !

Lagu-lagu irama Melayu sebegini memang menarik tetapi sayangnya medium untuk menonjol dan memperkembangkannya agak terhad kerana dikuasai oleh media elektronik yang lebih mengejar populariti dan keuntungan daripada memainkan peranan untuk memelihara atau memperkaya khazanah seni muzik bangsa apatah lagi untuk memartabatkannya ke posisi yang selayaknya.

Playlists: SELEKSI IRAMA MALAYSIA (ETNIK KONTEMPORARI)

  Syair Kamelia - Siti Nurhaliza
     (2002, S Atan / Nurul Ashiqin) 

  Apa Khabar Sayang - Sweet Charity
     (1982, Ramli Sarip / Rosli Mohalim / Husaini Ajmain)

  Resah Bersalam - Sharifah Aini
     (2000, Ly / Baiduri)

  Gurindam Jiwa - Ramlah Ram
     (1998, Wandly Yazid)

  Senandung Kasih - Jamal Abdillah
     (1980, Ahmad Nawab / Dalina)

  Srikandi - Mazleela
     (1995, To'Ki)

  Puisi Untuk Sang Puteri - Alleycats
     (1984, Eric Yeo / S Amin Shahab)

  Anggerik Rimba - Baharuddin Rahman
     (1985, Mohd Hatta)

  Di Ganggu Kenangan - Azlina Aziz
      (1984, Kesuma Booty / M Yusuff Ally)

  Suratan Hidup - Black Dog Bone
     (1979, S Atan / Haron Abdul Majid)

  Mak Inang - Anneke Gronloh
     (1964, Hamzah Dolmat)

  Pemergian - Jay Jay
     (1988, Manan Ngah / Habsah Hassan)

  Nandong Malinja - Uji Rashid
     (1999, Salman Shariff / Khalil Shariff)

  Mengapa Dirindu - Endang S Taurina
     (1991, Ahmad Wan Yet / Zain Mahmood)

  Seni Berzaman - To'Ki
     (1992, To'Ki)

  Tinggallah Pujaan Hati - Khadijah Ibrahim
     (1981, Ahmad Nawab / Dalina)