DENGAR VOKAL DAN LAGU-LAGU MERDU PELBAGAI ARTIS

Dengar Playlist 'Dua Insan: Bercinta'

Dengar Playlist 'Dua Insan: Saling Percaya'

(semua lagu
di laman web ini adalah Hak Cipta Terpelihara.  Penggunaanya di laman ini sekadar untuk hiburan semata-mata tanpa mengambil sebarang keuntungan daripadanya.
Sila sokong artis yang anda gemari dengan membeli CD original)

DUET WANITA vs DUET LELAKI
(Koleksi Lagu Duet Penyanyi Wanita vs Duet Penyanyi Lelaki)

Pertama kali diperdengarkan
22 Ogos 2020

Senarai lagu:

  Di Sini Sandii Suzuki & Aishah
   
(1993, Sandii Suzuki / Monique Se'ka / Aishah)

  Berkobar Kobar Vince & Yasin
   
(2005, Yasin)

  Jentayu Nora & Sheila Majid
   
(1995, Johan Nawawi / Usman Awang)

  Lagu Jiwa Lagu Cinta Mawi & M Nasir
   
(2005, M Nasir / Loloq)

  Hati Kama Siti Nurhaliza & Noraniza Idris
   
(1999, Pak Ngah / Hairul Anuar Harun)

  Gemuruh Awie & Search
   
(1992, M Nasir / Loloq)

  Secangkir Madu Merah Amelina & Sheeda
   
(1996, Muchtar B)

  Suatu Impian Sasi The Don & Amy Search
   
(2003, Sasi The Don)

  Cinta Misha Omar & Jaclyn Victor
    (2006, Melly Goeslaw)

  Bukan Kerana Nama Ramli Sarip & A Romzi
   
(1986, Mohd Bakri Johari)

  Suatu Saat Dulu Francissca Peter & Uji Rashid
    (2004, Francissca Peter / Julfekar)

  Satu SM Salim & Zainal Abidin
    (1992, Roslan Aziz / Nizam / Zainal Abidin)

  Pusaka Rimba Ziana Zain & Dayang Nurfaizah
    (1999, Azalea)

  Tak Mungkin Berpaling Mawi & Zamani
   
(2010, Saari Amri / Azam Dungun)

  Bakawali Siti Nordiana & Syura
   
(2001, Yusri / Affendy)

  Ghazal Untuk Rabiah Jamal Abdillah & M Nasir
    (1995, M Nasir / Jamal Abdillah / Cenderawasih)

 

DUET WANITA vs DUET LELAKI

Lagu paduan suara atau duet di era 70an dan 80an lebih menonjolkan pasangan penyanyi lelaki dan perempuan.  Di zaman tersebut ramai pasangan duet yang serasi berjaya ditonjolkan dan mempunyai kelompok peminat tersendiri antaranya, Fatimah Razak & M Daud, Ismail Haron & Anita Sarawak, Andre Goh & Suhaily Shamsuddin, R Ismail & Siti Aishah, Sharifah Aini & M Sani, Zaleha Hamid & Jasni, Rafeah Buang & Ahmad Jais, Fadzil Ahmad & S Fauziah dan Uji Rashid & Hail Amir.  Mereka juga mempunyai album duet sendiri.  Sepanjang dekad 70an & 80an, jarang kita menyaksikan duet sesama gender kecuali Ahmad Jais yang pernah berkolaborasi dengan bintang lagenda Indonesia, S Effendy untuk lagu 'Jumpa Mesra' & Khayal Penyair.

Perkembangan pesat industri muzik tanahair penghujung 80an juga telah merubah perspektif bahawa lagu duet bukan semestinya hanya menonjolkan pasangan penyanyi lelaki dan perempuan tetapi duet pasangan sesama gender juga akan menjadi menarik apabila ada kebersamaan atau keserasian.  Bagaimanapun kebanyakan penyanyi duet sesama gender ini hanya diselitkan sebagai penyeri sesebuah album.  Sungguhpun begitu ada juga di antara mereka yang mempunyai album sendiri seperti Noraniza Idris & Siti Nurhaliza dan Siti Nordiana & Syura tetapi tidak penyanyi duet lelaki walaupun kolaborasi mereka cukup menarik dan diminati contohnya seperti M Nasir & Jamal Abdillah, Ramli Sarip & A Romzi dan SM Salim & Zainal Abidin.

Untuk mengimbau kembali lagu lagu duet sesama gender yang pernah popular suatu waktu dahulu, dengarkan playlist DUET WANITA vs DUET LELAKI yang menyenaraikan 8 lagu duet sesama wanita dan 8 lagu lagi duet sesama lelaki.