DENGAR VOKAL DAN LAGU-LAGU MERDU PELBAGAI ARTIS

Dengar Playlist 'Barat 'd' Timur'Dengar Playlist 'Irama Dari Matahari Terbit'

Dengar Playlist 'Hit Klasik Bollywood' (versi Hindi vs Melayu)

(semua lagu
di laman web ini adalah Hak Cipta Terpelihara.  Penggunaanya di laman ini sekadar untuk hiburan semata-mata tanpa mengambil sebarang keuntungan daripadanya.
Sila sokong artis yang anda gemari dengan membeli CD original)

BARAT 'd' TIMUR 2: Setangkai Tak Sebau

[Koleksi Lagu Inggeris (versi original) vs Versi Melayu]

Pertama kali diperdengarkan
6 Mei 2017

Senarai lagu:

  Gimme! Gimme! Gimme! (A Man After

    Midnight) – Abba
     (1979, Benny Andersson / Björn Ulvaeus)

  Engkau Tampan (Jadi Rebutan) – Rosemaria
     (1980, lirik Haron Abdul Majid)

  Rasputin – Boney M  
     (1978, Frank Farian, Fred Jay, George Reyam)

  Shahrazad – Alleycats 
     (1979, lirik M Nasir)

  Crying In The Wind – Paul Anka
     (1963, Paul Anka)

  Aku Menangis – Rafeah Buang
     (1971, lirik Zainal Abidin Ali)

  California Dreamin' – the Mama's and the Papa's
     (1966, John Phillips / Michael Phillips)

  Ku Sambut Kau Pulang – Halil Chik
     (1977, lirik Haron Abdul Majid)

  Emotion – Samantha Sang
     (1978, Barry Gibb / Robin Gibb)

  Perasaan – Anita Sarawak
     (1979, lirik Haron Abdul Majid)

  One Way Ticket – Eruption
     (1979, Jack Keller / Hank Hunter)

  Menuju Ke Desa Permai – Quinary M
     (1980, lirik As)

  S.O.S – Abba
     (1975, Benny Andersson / Björn Ulvaeus / Stig

     Anderson)

  Di Mana – Sharifah Aini   Lirik 

     (1976, lirik Sharifah Aini)

  You've Got Your Troubles – the Fortunes 
     (1965, Roger Cook / Roger Greenaway)

  Kau Bermuram Ku Berduka – Junainah
     (1973, lirik Ismail Haron)

  Kiss And Say Goodbye – the Manhattans
     (1976, Winfred Lovett)

  Hatiku Luka Lagi – Black Dog Bone
     (1978, lirik Haron Abdul Majid)

  More Than I Can Say – Leo Sayer
     (1980, Jerry Allison & Sony Curtis)

  Kini Aku Sendiri – Rahim Maarof
     (1981, lirik Ben Teoh)

  Oh No He Don't – Sandie Shaw featuring

     Chris Andrews
     (1966, Chris Andrews)

  Kisah Dol Di Suatu Petang – Anita & Ismail
     (1972, lirik Ismail Haron)

  Kiss Me, Honey Honey, Kiss Me – Shirley

     Bassey
     (1958, Al Timothy / Michael Julien)

  Dua Kali Dua – Sarena Hashim
     (1976, lirik Sarena Hashim)

  Help Is On Its Way – Little River Band
     (1977, Glenn Shorrock)

  Jangan Marah – DJ Dave
     (1977, lirik Kamalihudi)

  Mona Lisa – Nat King Cole
     (1950, Ray Evan / Jay Livingston)

  Mona Lisa – Gary Gideon
     (1975, lirik Hamidon Zain)

  Hello Darling – Conway Twitty
     (1970, lirik Conway Twitty)

  Apa Khabar Sayang – Ismail Haron
     (1972, lirik Ismail Haron)

Playlist BARAT 'd' TIMUR: Setangkai Tak Sebau vol 2 mendedikasikan muzik retro kepada penggemarnya.  Seleksi lagu yang dipilih adalah lagu-lagu Melayu yang pernah popular pada dekad 70an yang asalnya adalah lagu-lagu Barat yang popular tetapi diterima oleh pendengar tempatan.  Tidak tahu mengapa syarikat rakaman ketika itu mengambil 'jalan mudah', menyelitkan lagu-lagu saduran (cover version) ke dalam album artis tempatan walhal perkembangan muzik tempatan ketika itu agak pesat, malah ada EP yang diterbitkan kesemua trek lagunya adalah lagu saduran atau rakaman semula lagu-lagu lama tempatan.  Ia berlaku bukan untuk artis-artis baru tetapi juga artis ternama seperti Anita Sarawak, Rahimah Rahim, Sarena Hashim, Ismail Haron dan ramai lagi. 

(Era 70an, piringhitam diterbitkan dalam format EP (mengandungi 4 lagu, kadang-kadang 3 lagu) manakala LP (sekurang-kurangnya 12 buah lagu.)

Tetapi jika dikira dari sudut positif ternyata ia juga memberi 'warna'  terhadap perkembangan muzik ketika itu.  Selain lagu-lagu ciptaan tempatan, irama lagu-lagu Melayu menjadi pelbagai kerana bukan hanya lagu Inggeris telah di'Melayu'kan tetapi juga lagu-lagu Jepun, Hindi, Arab, Latin.  

Playlist BARAT 'd' TIMUR: Setangkai Tak Sebau vol 2 menghimpunkan 15 buah lagi lagu Inggeris versi asal vs versi tempatan.  Berbanding dengan irama Jepun, pengaruh irama Barat memang tidak asing bagi penggemar muzik tempatan apatah lagi ia dipopularkan dan dinyanyikan oleh penyanyi tempatan yang ternama.