PANGGILAN HAJI

(Seleksi Lagu Berkonsepkan 'Falsafah Haji')

(Pertama kali diperdengarkan 23 November 2008)

Suasana sambutan hari raya Aidiladha di negara kita agak berbeza jika dibandingkan dengan Aidilftri.  Keadaan ini juga berlaku dalam industri muzik tanahair (terutamanya syarikat rakaman) yang dirasakan kurang memberi ruang kepada lagu-lagu yang berkaryakan 'sirah pengorbanan' ataupun 'falsafah haji' dijadikan santapan halwa telinga setiap tahun berbanding dengan lagu raya Aidilfitri yang saban tahun dihasilkan tidak kiralah lagu baru atau 'kerja mudah' dengan merakam semula lagu-lagu raya evergreen yang kita boleh agak hasilnya tidak sebagus mana.  Impaknya, terpaksalah kita bergantung lagu-lagu raya 'Haji' yang dihasilkan persekitaran tahun 70-an yang kebanyakannya dipopularkan oleh artis-artis Indonesia (kategori lagu malar segar).  Seingat saya, hanya kumpulan nasyid tempatan dari Singapura, kumpulan Hidayah, yang pernah melahirkan album studio penuh berkonsep 'sirah pengorbanan' ini, HARI MULIA HARI BAHGIA (LP edaran dan terbitan EMI - 1979) dan tahun sebelumnya kumpulan Hijjaz mengorak langkah positif dengan melahirkan album berkonsepkan sedemikian melalui PELITA HIDUP V.

Dengar playlist PANGGILAN HAJI yang menghimpunkan seleksi lagu lagu berfalsafahkan haji iaitu rakaman lagu dari era penghujung 70an hingga terkini.



Senarai lagu:

  Haji Menuju Allah – Raihan
     (2000, Nazrey Johani / Azhari Ahmad / Abu Nasrullah / Farihin Abdul Fatah) 

  Haji – Opick
     (2007, Opick)

  Panggilan Haji – Nur Asiah Jamil
     (1974, Nur Asiah Jamil) 

  Rukun Yang Kelima – Hidayah
 
    (1978, S Atan / Haron Abdul Majid)

  Perjalanan Hidup – Ramli Sarip
     (1987, Dr Wan Zawawi)

  Ke Tanah Suci – A Romzi & The Hooks
 
    (1968, A Romzi / T Hashim)

  Raudhah – Wann, Hawa & Wan Shamirah
     (1995, Copyright Control)

  Panggilan Kaabah – Orkes El Surayya Medan
     (1976, Copyright Control)

  Haji – Sweet Charity
     (1982, Munif)

  Haji Rukun Ke 5 – Hijjaz
     (2007, Nazrey Johani)

  Manusia Dan Tuhannya – Pedoman (menampilkan Syed Sobrie)
     (1996, Deddy Dhukun)

  Kota Mekah – Amaluddin, As Saufee, Aliff Ila Ya, Najwan & Hazwani
     (2004, Nazrey Johani / Ito Lara)

  Qasidah Di Jabal Rahmah – Sharifah Aini
  
   (2003, M Nasir / S Amin Shahab)

  Hari Mulia Hari Bahgia – Hidayah
     (1979, Copyright Control / Haron Abdul Majid)

  Satu Qiblat Yang Sama – Rabbani
  
 
(2002, Edry Abdul Halim)

  Selamat Pulang Jemaah Haji – Ayati Tasrip
 
   (1995, Copyright Control)

(semua lagu di laman web ini adalah Hak Cipta Terpelihara.  Penggunaanya di laman ini sekadar untuk hiburan semata-mata tanpa mengambil sebarang keuntungan daripadanya.  Sila sokong artis yang anda gemari dengan membeli CD original)