Selamat datang ke lelaman PENA ILMUWAN.  Lelaman ini memaparkan info ringkas senarai buku-buku ilmiah yang menjadi koleksi peribadi saya.  Walaupun dengan sedikit info sahaja, mudah-mudahan ia dapat menarik minat anda untuk mendapatkannya di pasaran.  Tajuk buku disusun berdasarkan tahun edarannya.


 

 

 

Page 01

Page 02

Page 03

 

 

 

 

3 TOKOH BAKAL MENAKLUK DUNIA

3 TOKOH BAKAL MENAKLUK DUNIA: Dajjal, Imam Mahdi & Nabi Isa
Ustaz Jaafar Bin Salleh

Sebelum dunia ini dikiamatkan, Islam pasti menjadi agung semula setelah sekian lama Islam bersama penganutnya diperkecilkan oleh umat lain.  Kini kita berada di suatu zaman di mana musuh Islam menjadikan umat Islam mangsa kerakusan dan kejahatan mereka.

Kita diibaratkan bagai telur di hujung tanduk.  Tiada pembela dan tiada siapa yang mempedulikannya.  Itulah cabaran yang besar ke atas umat Islam yang mempertahankan keimanan dan keyakinan mereka kepada Allah Azawajallah.

Inilah proses yang ditempuh oleh umat Islam bagi mengembalikan keyakinan mereka kepada hari kebangkitan dan adanya Allah yang maha berkuasa.  Allah pasti tidak akan biarkan Islam ini terus dirobek oleh musuh-musuhnya.

Ini tidak akan terjadi sehingga Allah datangkan kepada kita, Al-Mahdi dan Nabi Isa Al-Masih.  Sesungguhnya saat itu semakin hampir untuk meletakkan Islam dan umatnya gemilang dan terbilang.

Penerbit: Pustaka Azhar

Cetakan Pertama 2013

Cetakan Kedua 2014

ISBN 978-967-0506-10-4

150mm x 228mm

RM49.00

ABU AYUB AL-ANSARI - Syahid Kota Konstantinopel

ABU AYUB AL-ANSARI - Syahid Kota Konstantinopel
Abdul Latip Talib

Abu Ayub Al-Ansari atau nama sebenarnya Khalid Bin Zaid Bin Kulaib.  Berasal daripada Bani An-Najjar.

Selain daripada keistimewaan, rumahnya pernah menjadi persinggahan Nabi Muhammad saw semasa peristiwa hijrah ke Madinah.  Beliau juga dikurniakan dengan umur yang panjang.

Semasa khalifah Muawiyah melancarkan kempen bagi menakluki kota Konstantinopel, beliau dengan penuh semangat tampil ke hadapan bagi ikut sama berjihad ke kota Konstantinopel, kota yang akhirnya menjadi tempat syahid beliau.

Penerbit: PTS Litera Utama Sdn Bhd

Cetakan Pertama 2013

Cetakan Keempat 2014

ISBN 978-967-408-115-7

140mm x 215mm

RM24.00

RAHSIA YAHUDI DALAM FILEM

RAHSIA YAHUDI DALAM FILEM
Penyusun:  Ibnuyaacob

"Filem adalah senjata saraf paling berkesan untuk mempengaruhi pemikiran manusia.  Melalui filem, keseluruhan budaya dan corak berfikir masyarakt sesebuah negara dapat dikawal dan dimanipulasi selama beratus-ratus tahun. Ia adalah agenda utama Illuminati.  Ia adalah rancangan rahsia Dajjal."

  Simbol mata dan piramid Dajjal yang tersembunyi dalam pelbagai filem

  Projek besar Dajjal untuk mengawal minda dirancang melalui filem

  Filem-filem Alien yang dirancang khusus oleh ahli-ahli freemason

  Pirates of the Caribbean dan kisah Nabi Khidir yang berumur panjang

  Dajjal dan agenda pembinaan komputer gergasinya untuk mengawal manusia

seluruh dunia

  Bagaimana Hollywood mendidik penonton bersikap anti kewujudan Tuhan

  Lord of the Rings dan peristiwa kehilangan cincin Nabi Sulaiman a.s.

  Pelakon Harry Potter tidak percaya kewujudan Tuhan

  Steven Spielberg adalah ahli mesyuarat tetap organisasi elit Yahudi

  Tanda-tanda peristiwa 11 September 2001 di dalam filem yang tidak disedari

masyarakat seluruh dunia.

Penerbit: Moon Media Enterprise

Cetakan Pertama 2012

Cetakan Kelima 2013

ISBN 978-967-5989-01-8

138mm x 215mm

RM24.00

ROTHSCHILD YAHUDI KEPERCAYAAN DAJJAL

ROTHSCHILD YAHUDI KEPERCAYAAN DAJJAL
Penyusun:  Ibnuyaacob

Di dunia ini ada satu keturunan Yahudi yang sentiasa dipelihara Dajjal bagi menjalankan kerja-kerja fitnahnya, mereka ialah Rothschild.

  Manusia terkaya di dunia sebenarnya ialah Rothschild, kekayaan melebihi

megatrillion tetapi fakta kekayaan disembunyikan media antarabangsa

  Rothschild punca sebenar tercetusnya revolusi Eropah, Asia, Perang Dunia Pertama,

Kedua dan semua konflik perang pada hari ini

  Presiden Amerika, Israel dan negara-negara Eropah lain hanya mengikut arahan

Rothschild

  Keluarga Diraja Saudi adalah berketurunan Yahudi dan dipilih sendiri oleh Rothschild

  James Bond sebenar adalah agen Rothschild

  Rothschild penaja utama organisasi penyembahan syaitan terbesar di dunia iaitu

Illuminati

  Bukti hadith-hadith Rasulullah saw telah memberi amaran tentang kewujudan

Rotschild pada akhir zaman.

"Mana-mana penulis, guru, pensyarah atau ahli politik yang cuba menyembunyikan nama Rotschild boleh dianggap menipu, hipokrit atau melakukan jenayah."

- Jeneral Cherep Spiridovich, 1926

Penerbit: Moon Media Enterprise

Cetakan Pertama 2012

Cetakan Kelima 2013

ISBN 978-967-5989-01-8

138mm x 215mm

RM24.00

RAHSIA SIMBOL YAHUDI

RAHSIA SIMBOL YAHUDI
Penyusun:  Ibnuyaacob

Antara perkara-perkara yang didedahkan di dalam buku bertemakan Teori Konspirasi ialah:

  Rahsia simbol Yahudi pada watak utama filem Harry Potter

  Rahsia tali merah pada tangan Michael Jackson dan penasihatnya yang berbangsa

Yahudi

  Kebenaran pendedahan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat berkaitan organisasi

Yahudi di Malaysia

  Rahsia peristiwa 11 September 2001 di Amerika Syarikat yang dirancang dalam

wang kertas Dollar Amerika.

"Kadang-kadang orang Islam berkata, tipu daya musuh sangat hebat tetapi apa yang patut kita ingat ialah tipu daya itu bukannya muncul pada hari ini atau kelmarin, ia telah pun muncul sejak empat belas kurun yang lampau yakni semenjak agama Islam diturunkan."

- Sayyid Muhammad Qutb

Penerbit: Moon Media Enterprise

Cetakan Pertama 2010

Cetakan Keduabelas 2013

ISBN 978-967-5989-00-1

138mm x 215mm

RM24.00

SULTAN MUHAMMAD AL-FATEH - Penakluk Konstantinopel

SULTAN MUHAMMAD AL-FATEH - Penakluk Konstantinopel
Abdul Latip Talib

"Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu kemenangan yang nyata." - Surah al-Fath: 1

"Konstantinopel akan jatuh ke tangan sorang ketua yang baik, tentera yang baik dan rakyat yang baik." - Nabi Muhammad saw

"... kalaulah dunia ini sebuah negara, maka Konstantinopel inilah yang paling layak menjadi ibu negaranya!" - Napoleon Bonapart

"Tidaklah kami pernah melihat ataupun mendengar hal ajaib seperti ini.  Muhammad al-Fateh sudah menukar darat menjadi lautan, melayarkan kapalnya di puncak gunung dan bukannya di ombak lautan.  Sesungguhnya Muhammad al-Fateh dengan usahanya ini telah mengatasi Alexander The Great!" -  Ahli Sejarah Byzantine.

Dalam salah satu kempen semasa zaman kerajaan Umayyah, seorang sahabat besar Nabi Muhammad saw, iaitu Abu Ayub al-Ansari syahid dan dimakamkan di bawah dinding kubu kota Konstantinopel atas wasiatnya sendiri.  Apabila ditanya mengapa beliau ingin dimakamkan di situ, beliau menjawab, "Kerana aku ingin mendengar derapan tapak kaki kuda sebaik-baik raja yang mengetuai sebaik-baik tentera semasa mereka membebaskan Konstantinopel."

Penerbit: PTS Litera Utama Sdn Bhd

Cetakan Pertama 2008

Cetakan Keenam Belas 2014

ISBN 978-967-5136-11-5

140mm x 215mm

RM24.00

SALAHUDIN AYUBI - Penakluk Jerusalem

SALAHUDIN AYUBI - Penakluk Jerusalem
Abdul Latip Talib

Apabila wafatnya Nabi Muhammad saw dan selepas perginya negarawan Islam yang ulung seperti Abu Bakar as-Siddiq dan Umar al-Khattab, umat Islam di seluruh dunia menjadi mangsa kerakusan dan kedurjanaan musuh-musuh Allah.  Mereka disembelih, diperkosa dan diusir dari tanahair sendiri.  Pada masa itu umat Islam memerlukan pemimpin yang berwibawa seperti khalifah ar-Rasyidin.  Mereka memerlukan kemunculan pahlawan seperti Khalid al-Walid bagi memulihkan martabat dan maruah umat Islam.  Ketika itulah muncul Salahudin al-Ayubi bagaikan mukjizat nabi.  Beliau mampu mengalahkan tentera Salib yang kelihatan gagah perkasa tetapi tandus dan kosong jiwanya.

Penerbit: PTS Litera Utama Sdn Bhd

Cetakan Pertama 2007

Cetakan Kelapan Belas 2014

ISBN 978-983-192-045-9

140mm x 215mm

RM26.90

SIRAH TERAGUNG MUHAMMAD

SIRAH TERAGUNG MUHAMMAD
Penyusun:  Dr Ahmad Hatta

Rujukan terlengkap hidup Rasulullah saw dari sebelum kelahiran hingga detik-detik terakhir.

Perjalanan hidup Rasulullah saw adalah sebuah kisah teragung, kerana setiap jejak langkah baginda dibimbing langsung oleh wahyu Ilahi.  Di dalamnya sarat dengan nilai-nilai kebaikan, hikmah dan pedoman hidup yang dapat membimbing dan menginspirasi manusia menuju kejayaan dunia dan akhirat.  Dan sungguh, sebuah kenikmatan tidak terhingga jika kita seakan-akan hidup bersama Rasulullah saw, 14 abad silam.

Buku ini insya Allah akan memberikan kenikmatan tersebut kerana akan membawa kita seolah-olah merasakan dan melihat langsung perjuangan Rasulullah saw, 14 abad silam.  Merasakan kesedihan saat baginda ketika masih anak-anak dan remaja.  Merasakan kegigihan baginda saat berdagang.  Menyaksikan kebahagian baginda saat menikahi Khadijah.  Merasakan gementarnya baginda saat malaikat Jibrail turun membawa wahyu.  Merasakan berat, pahit dan getirnya perjuangan baginda menyebarkan risalah Islam kepada umat manusia.  Menyaksikan perjalanan hijrah baginda dari Mekah ke Madinah.  Menyaksikan kebahagian baginda ketika penduduk Anshar menyambutnya di Yatsrib (Madinah).  Merasakan suasana kemenangan saat mengalahkan musuh di Perang Badar.  Melihat saat-saat geitir yang baginda hadapi di Perang Uhud.  Menyaksikan tawadhunya baginda ketika membebaskan kota Mekah.  Dan merasakan perjuangan baginda menahan rasa sakit menjelang wafat.

Setelah membaca buku ini, insya Allah kita dapat mengambil insipirasi dari kisah agung Rasulullah saw.

Penerbit: Maghfirah Pustaka Sdn Bhd

Cetakan Pertama, April 2012

Cetakan Kedua, Februari 2013

ISBN 978-979-25-2595-3

213mm x 296mm

RM280.00

LUQMANUL HAKIM ADALAH SOCRATES BERKULIT HITAM

LUQMANUL HAKIM ADALAH SOCRATES BERKULIT HITAM
Muhammad Alexander

Buku ini buku pertama di dunia yang berjaya membongkar misteri sosok Luqmanul Hakim dalam sejarah.  Daripada kajian yang dijalankan oleh penulis, ternyata Luqmanul Hakim adalah ahli falsafah Athens, iaitu Socrates (469-366 SM).

Tradisi hadith menyatakan Luqmanul Hakim merupakan lelaki berkulit hitam (keturunan negro) dan bekas hamba sahaya.  Tetapi Socrates yang selama ini dikenal sebagai pencetus atau bapa falsafah barat, dipercaya berketurunan kulit putih Eropah.  Jelas sekali perkara ini bertentangan dengan fizikal Luqmanul Hakim.

Menerusi kaedah perbandingan Sinkronik-Diakronik, analisis bingkai dan analisi komponen semantik, Muhammad Alexander @ Wisno Sasongko menemukan adanya dua persamaan:

Pertama - Bentuk fizikal Socrates sama 100% dengan Luqmanul Hakim, iaitu berkulit hitam.

Kedua - Ajaran falsafah Socrates memilikitematik sama 100% dengan nasihat Luqmanul Hakim dalam al-Quran, menerusi surah Luqman.

Penerbit: PTS Islamika Sdn Bhd

Terbitan Pertama, April 2013

ISBN 976-967-366-172-5

152mm x 228mm

RM40.00

BIJAK TAJWID

BIJAK TAJWID
Yanuar Arifin

Allah swt berfirman di dalam al-Quran yang menyuruh kita membaca kitabNya secara tartil (betul dan baik mengikut hukum & kaedah tajwid).  Justeru, mempelajari Ilmu Tajwid adalah fardu kifayah.  Tetapi mengamalkannya ketika membaca al-Quran adalah fardhu 'ain.

"Sebaik-baik di kalangan kamu adalah orang yang belajar al-Quran dan mengajarkannya kepada manusia."

(hadis riwayat Bukhari)

Buku Bijak Tajwid ini sangat sesuai sebagai panduan dan rujukan bagi mereka yang baru bertatih untuk belajar al-Quran dan ilmu tajiwd.  Persembahannya yang ringkas tetapi padat menjadikannya sesuai untuk semua golongan dan lapisan pembaca samada kanak-kanak, dewasa atau warga tua.  Buku ini menyajikan penerangan yang jelas berserta contoh bagi memudahkan pembaca untuk mengenal hukum tajwid, memahami serta mengamalkannya di dalam bacaan al-Quran.

Penerbit: Inteam Publishing Sdn Bhd

Cetakan Kedua, Oktober 2011

ISBN 978-967-0326-00-9

175mm x 240mm

RM25.00

 

Dikemaskini 1 Mei 2014