![]() |
SEJARAH PERJALANAN SENI ZIANA ZAIN Ziana Zain sememangnya cukup gah di persada seni, meskipun ramai penyanyi dan pelakon baru yang tumbuh bak cendawan, namun kehadiran mereka tidak langsung menggugat populariti beliau. Kegiatan seninya bermula apabila sering mengikut ayahnya menyanyi bersama kombo polis PDRM. Bermula dengan album kombo polis PDRM berjudul KAU IBARAT LILIN dan ketika itulah bakatnya dihidu oleh komposer Rahim Othman, seorang penerbit album. Kemudian menyertai BMG Music pada tahun 1991 dengan album pertama berjudul MADAH BERHELAH dan dari situlah bermulanya detik Ziana Zain sebagai seorang penyanyi rakaman. Percubaan Ziana Zain �menjadi� apabila lagu �Madah Berhelah� menjadi popular. Namun begitu kemunculannya di ketika itu dan kegagalan menyanyi secara langsung untuk lagu �Madah Berhelah� dalam sebuah pertandingan lagu dipertikaikan banyak pihak yang mengkirtik Ziana Zain tidak boleh menyanyi secara langsung dan Ziana Zain bukan menyanyi tetapi lebih kepada �menjerit�. Bagaimanapun Ziana Zain mempunyai sikap kesungguhan untuk memperbaiki kelemahannya demi keazaman beliau untuk menjadi penyanyi yang terbaik. Akhirnya keunikan �jeritan vokal� Ziana Zain diterima oleh peminat dan aksi beliau �mengangkat kening� ketika membuat persembahan nyanyian menjadi identiti yang akan sentiasa diingati oleh peminat.
Pada tahun 1996, Ziana sekali lagi mengharumkan negara apabila berjaya meraih Anugerah Melodi Emas di dalam Festival Muzik Tokyo di Jepun. Tahun tersebut juga Ziana Zain melancarkan konsert solo pertamanya ΖIANA ZAIN�S UNPLUGGED CONCERT yang 'sold out'. Konsert tersebut berlangsung di Life Centre, PWTC dan konsert ini kemudiannya di albumkan dan diedarkan dengan tambahan 2 buah lagu rakaman studio, �Gerhana� dan �Dekat Tapi Jauh� berduet dengan biduan dari seberang, Broery Marantika. Kedua lagu-lagu tersebut menjadi hit. Pada tahun 1997, PUNCAK KASIH album ke 4 Ziana Zain dilancarkan dan telah terjual melebihi 150,000 unit dan telah mencacat kenangan manis apabila diangkat sebagai ALBUM TERBAIK di AIM 1998. Lagu hit dari album inilah ialah �Puncak Kasih�, �Berpisah Jua�, �Satu Detik� dan �Kalau Mencari Teman�. Pada 1999, Ziana Zain muncul dengan album ke 5 yang hanya menggunakan namanya sebagai tajuk album dengan mempertaruhkan hit utama, �Syurga Di Hati Kita� dan �Penawar Semalu�. Selepas album ini Ziana Zain menyepi seketika dari bidang rakaman dan hanya muncul pada tahun 2001 untuk album kelima, AKU CINTAKAN MU. Walaupun album tersebut dikategorikan laris dipasaran tetapi ianya tidak sebaik penjualan album Ziana Zain sebelumnya dan mungkin salah satu faktor ketika itu adalah kerana keadaan pasaran album yang tak menentu yang menyebabkan bukan sahaja album Ziana Zain tetapi ramai penyanyi lain yang turut terkesan penjualan album yang agak lembab. Album ini juga merupakan album studio terakhir Ziana Zain dibawah label BMG Music kerana kemudiannya beliau telah berhijrah ke EMI sekitar penghujung 2002. Nasib Ziana Zain sebagai artis rakaman di bawah label EMI kurang menjadi dan beliau hanya berpeluang menghasilkan sebuah album NO. 1s 'LIVE' (2003) dan single DINGIN (2008). NO. 1s 'LIVE' menghimpunkan seleksi lagu lagu nyanyian live dari 2 buah konsert beliau ZIANA ZAIN ... IN THE PARK CONCERT yang telah diadakan di World Tarde Centre (WTC) pada tahun 2001 dan ZIANA ZAIN UNPLUGGED CONCERT yang diadakan di Brunei pada tahun 2002. Sebagai bonus diselitkan 2 buah lagu baru rakaman studio, �Di Lembah Asmara� dan �Bukan�. Manakala single DINGIN memuatkan 2 buah lagu baru, �Dingin� dan 'Melara Jiwa'. 'Dingin' kembali mempopularkan semula nama Ziana Zain. Ketika di bawah tempoh penghijrahan bersama EMI, Ziana Zain ada juga menghasilkan beberapa single baru untuk album runut SEMBILU 2005, MAGIKA dan lagu-lagu raya terbitan EMI. Manakala syarikat rakaman lamanya menerbitkan satu demi satu album kompilasi dengan pelbagai tajuk. Ziana Zain bukan sahaja berbakat dalam bidang nyanyian tetapi bakat lakonannya terserlah apabila dipilih oleh Yusuf Haslam untuk membintang filem SEMBILU yang kemudiannya menjadi filem lakonan pertamanya yang pecah panggung. Lakonan Ziana Zain memberi impaknya yang tersendiri dan telah melayaknya dirinya meraih gelaran Pelakon Pembantu Wanita Paling Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian 1998. Langkah Ziana Zain menjadi penyanyi dan pelakon memang �seiring sejalan�. Bukan sahaja menghasilkan album studio yang laris di pasaran tetapi banyak filem yang telah dilakonnya mencapai kutipan pecah panggung. Antara filem-filem tersebut ialah SEMBILU II (1995), MARIA MARIANA & MERAH (1996), MARIA MARIANA II (1998) dan MAGIKA (2010). Selain daripada berlakon dalam filem, Ziana Zain juga banyak muncul dalam drama televisyen. Ziana Zain merupakan anak sulung dari 5 orang adik beradik dan salah seroang adiknya juga merupakan penyanyi lelaki popular Anuar Zain. Sebelum terjun ke dalam bidang seni pernah berkerja sebagai pramugari MAS. Ziana Zain bukan sahaja dikenali kerana memiliki vokal yang mantap tetapi juga pesona personaliti yang menarik minat penaja untuk menjadikan sebagai model antaranya syarikat pengeluar jam antarabangsa Omega untuk pasaran di Malaysia. Ziana Zain berumahtangan dengan pasangannya Armin Zaharin pada Mei 1998 dengan mendapat liputan meluas media massa tetapi akhirnya akur dengan kehendak takdir apabila mereka terpaksa bercerai dan meleraikan ikatan perkahwinan setelah 20 tahun berumahtangga dan dianugerahkan 5 orang cahayamata. Terbaru pada penghujung Jun 2023, Ziana Zain telah melancarkan single terbaru �Waktu� berkolaborasi dengan artis sosial media, Hasif Upin. Diskografi lengkap ZIANA ZAIn (menyenaraikan diskografi lengkap Kaset/CD Ziana Zain termasuk album yang memasukkan lagu baru dalam album kompilasinya sendiri ataupun dalam album kompilasi pelbagai artis)
Album pelbagai artis yang menampilkan lagu lagu ciptaan baru @ rakaman baru diterbitkan sempena Sukan Sea ke 15 yang mana Malaysia menjadi tuan rumah. Album khas ini merupakan detik detik awal Ziana Zain menjadi artis rakaman. Beliau diberi peluang merakam sebuah lagu karya Akbar Nawab dan lirik oleh Talha Tukimin, 'Lukisan Wajah Kasih' .
Senarai lagu;
Kini Saatnya (Jay Jay)
Album ini menglibatkan
anggota-anggota polis yang berbakat dalam seni suara dengan diiringi oleh kombo
PDRM. Penerbitan album ini diharap dapat menjalinkan kemesraan di antara
polis dengan masyarakat. Hasil jualan dari album ini akan disalurkan ke
dalam Tabung Kebajikan PDRM. Ziana Zain, anak kepada pesara polis Zain
Abdullah turut terpilih untuk menyanyikan sebuah lagu karya penuh Saari Amri, 'Hanya
Waktu Yang Menentukan'. Bagaimanapun lagu tersebut belum memberi impak
positif ke atas perjalanan seni Ziana Zain.
Senarai lagu;
Ibarat Lilin (Mustaffa Yusoff)
Album studio solo pertama Ziana Zain mengandungi lagu 'Madah Berhelah' iaitu lagu pertama yang mempopularkan Ziana Zain di dalam bidang muzik tempatan. Boleh dikatakan melalui lagu inilah Ziana Zain dikenali sebagai penyanyi bernada tinggi yang hebat walaupun pada awal kemunculan beliau, ramai yang mempertikaikan kemampuannya di dalam sebuah pertandingan lagu kerana tidak mampu menyanyi lagu tersebut seperti didalam album. Bagaimanapun Ziana Zain tidak patah semangat dan terus bekerja keras menggapai impiannya untuk menjadi penyanyi yang berjaya dan disegani.Senarai lagu;
Riwayat Cinta
COLOURS OF LOVE menampilkan bakat bakat artis dari 5 negara Asean iaitu Ziana Zain dari Malaysia, Za nn (Chia Yee Ting) (Singapura), Bee (Kanakam Abhiradee) (Thailand), Jo (Josephine Yap Awayan) (Filipina) dan Novia Kolopaking (Indonesia). Kesemua penyanyi yang dipilih oleh syarikat rakaman masing masing akan menyanyikan kebanyakan lagu berorientasi pop termasuklah penyanyi yang sedang meningkat nama di tanahair, Ziana Zain menyanyikan rentak R&B 'Feel Me Out' dan berduet dengan Jo Awayan untuk lagu 'Groove Me'. Kelima-lima gadis berbakat ini bergabung untuk lagu 'Color Of Love' yang menjadi intipati album ini dan sebuah lagu lagi ialah 'Look What You Did'.
Senarai lagu;
Love In Your Heart
(Jo)
Album kedua Ziana Zain hanya
menggunakan namanya sebagai tajuk album. Lagu yang paling hit dari album
ini ialah 'Putus Terpaksa' dan 'Anggapanmu'. Juga yang
popular adalah lagu 'Kasih Ku Pertahankan', 'Mimpimu Bukan Mimpiku' dan 'Ku Cinta Padamu'.
Album ini terjual lebih 60,000 unit dan lebih baik penjualannya berbanding album
pertama beliau, MADAH BERHELAH.
Senarai lagu;
Putus Terpaksa
Album
kompilasi yang menyenaraikan sebahagian lagi seleksi lagu-lagu ciptaan Saari
Amri turut memuatkan sebuah lagu ciptaan terbaru beliau, 'Kekal' yang
dinyanyikan oleh Ziana Zain.
Senarai lagu;
Kekal (Ziana Zain)
'Kekal' menjadi
lagu hit dan hanya buat pertama
kalinya dimuatkan semula dalam album Ziana Zain, BEST OF ZIANA ZAIN
(BMG, 1998) iaitu album kompilasi pertama Ziana Zain yang mengandungi lagu lagu
hit beliau.
Senarai lagu;
Nico Berhari Raya
(Nico)
Senarai lagu;
Sensasi Hari Raya
(Ziana Zain & Awie)
Setia Ku Di Sini ialah album
studio ketiga oleh Ziana Zain. Antara lagu-lagu yang menjadi hit dari
album ini ialah 'Kemelut Di Muara Kasih', 'Sangkar Cinta', 'Tiada
Kepastian' dan 'Setia Ku Di Sini'. Album ini telah mengangkat
Ziana Zain menjadi pemenang Persembahan Vokal Terbaik di dalam Lagu di Anugerah
Industri Muzik (AIM3) pada tahun 1996.
Senarai
lagu;
Tiada Kepastian
Merangkumi 16 lagu hits terhebat Disney, album ini merupakan usaha bersama BMG Malaysia dan Walt Disney Co dengan menampilkan penyanyi tempatan, Ning Baizura, Ziana Zain dan Jatt. Ziana Zain menyanyikan 2 buah lagu iaitu 'A Whole New World' dari filem ALADDIN dan 'Beauty And The Beast' dari filem BEAUTY AND THE BEAST. Bagaimanapun kedua-dua lagu tersebut disampaikan secara duet oleh Ziana Zain bersama Jatt. Senarai lagu;
Color Of The Wind @
Pocahontas (Ning
Baizura)
Terdapat sebuah lagu baru karya penuh Johari Teh, 'Korban Kasih' yang dinyanyikan oleh Ziana Zain untuk album runut filem MARIA MARIANA. Filem bergenre aksi jenayah turut mempamerkan bakat lakonan cemerlang Ziana Zain yang memang telah teruji melalui dua filem box office beliau sebelumnya iaitu SEMBILU (1994) dan SEMBILU II (1995). Kesemua filem tersebut dibawah arahan pengarah tersohor Yusuf Haslam. Untuk album runut ini kesemua senarai lagu-lagunya adalah seleksi lagu lagu hit yang pernah dirakam oleh Ziana Zain.
Senarai lagu;
Korban Kasih (lagu baru)
Album ini menampilkan 11 lagu rakaman langsung dari konsert pertama Ziana Zain UNPLUGGED ZIANA ZAIN yang telah diadakan di Life Centre, Kuala Lumpur diiringi orkestra di bawah pengarah muzik Ramli MS. Turut dimuatkan 2 buah lagu baru rakaman studio karya penuh Johari Teh; 'Dekat Tapi Jauh' dan 'Gerhana'. 'Dekat Tapi Jauh' adalah lagu duet dan merupakan kolaborasi pertama Ziana Zain bersama penyanyi legenda Indonesia, Broery Marantika. Sayangnya lagu hit 'Gerhana' sehingga kini (pengakhiran tahun 2023) tidak pernah dimuatkan dalam mana-mana album kompilasi Ziana Zain!
Senarai lagu;
Sangkar Cinta
9 dari 10 lagu dari album raya ini adalah lagu raya ciptaan baru termasuk sebuah lagu 'Indah Di Hari Raya' nyanyian Ziana Zain. Lagu ini adalah ciptan penuh Khalil Shariff. Manakala lagu 'Satu Hari Di Hari Raya' nyanyian M Nasir adalah versi rakaman baru yang diambil dari album raya SENTUHAN HARI RAYA (BMG, 1994). Senarai lagu;
Kemeriahan Di Hari Raya (Along Sweet Child &
Liza)
Senarai lagu;
Di Akhir Garisan (Ziana Zain, Nora, Ning
Baizura & Dessy Fitri) (lagu baru)
Ziana Zain masih relevan sebagai
penyanyi pop yang cukup diminati apabila album studio keempat beliau PUNCAK
KASIH masih mendapat sambutan yang hebat daripada peminat. Antara lagu
yang muncul sebagi hit ialah 'Puncak Kasih', 'Satu Detik', 'Berpisah
Jua' dan 'Kalau Mencari Teman'. Album ini juga mendapat
pengiktirafan di Anugerah Industri Muzik (AIM4) pada tahun 1998 sebagai Album
Pop Terbaik.
Senarai lagu
Puncak
Kasih
Senarai lagu;
Masihkah
Ada Cinta (Ziana Zain)
(lagu baru)
PUTERI merupakan album studio ketiga
penyanyi popular Amy Mastura yang mana kebanyakan lagunya digunakan untuk filem
PTERI IMPIAN lakonan beliau sendiri. Filem komedi romantik PUTERI IMPIAN
arahan Aziz M Osman ditayangkan pada tahun 1997 tetapi tidak mempunyai album
runut sendiri. Album PUTERI turut menyenaraikan lagu
rakaman semula hits oleh penyanyi sensasi Rahim Maarof, 'Kasihku'
dan sebuah lagu hit klasik nyanyian penyanyi Indonesia, Anneke Gronloh, 'Gema
Rembulan'.
Senarai lagu;
Puncak Kasih
Senarai lagu;
Aduh Sayang (Ning
Baizura)
CD Edisi Khas ini
dikeluarkan pada tahun 1998 sempena temasya Sukan Komanwel XVI
yang diadakan di Kuala Lumpur, Malaysia.
Album ini dihasilkan secara eksklusif oleh kakitangan Malaysia
Airlines, termasuk tenaga utama album ini, Nasir Musif (Aceh) yang menyertai syarikat
penerbangan itu pada 1988. Nasir Munif merupakan seorang
pemain saxophone yang berbakat. Ia turut menampilkan
penyanyi berbakat dari MAS, Khaifizan dan
ShahGee (Shawal & Roslan Gee). Album ini
mewakili kerjasama kakitangan Malaysia Airlines bersama penerbit
dan pemuzik terkenal seperti Johari Teh, Mac Chew, Aubrey Suwito,
Jenny Chin, Helen Yap dan Azlan Abu Hassan serta Ziana Zain dan Amy Mastura yang
pernah bekerja
dengan MAS sehingga mereka keluar untuk menjadi penyanyi yang
berjaya. Untuk album ini, Ziana Zain menyanyikan dua buah
lagu, 'Perjuangan' dan berkolaborasi dengan Amy Mastura
untuk lagu dwibahasa (Melayu-Inggeris), 'Strive For The Best'.
Senarai lagu;
Journey/Kembara (Nasir Musif)
Album studio kelima Ziana Zain hanya
menggunakan namanya sebagai tajuk album sebagaimana album kedua yang dikeluarkan
pada tahun 1993. Lagu balada romantis 'Syurga Di Hati Kita' ciptaan
dan lirik pasangan suami isteri Ly & Baiduri muncul sebagai lagu hit dari album
ini. Lain lagu yang juga mendapat sambutan ialah 'Penawar Semalu'.
Senarai lagu;
Syurga Di Hati Kita
Senarai lagu;
Setia Ke Akhir Hayat (Ziana Zain) (lagu
baru)
Belum berani membuat pembaharuan kerana peminat masih mahukan Ziana Zain terus dengan imej lama. Trademark Ziana Zain membawa lagu bernada tinggi diteruskan namun kematangan dan pengalaman membuatkan penyampaiannya tetap hebat. Lagu yang menarik dari album ini ialah 'Terkenang Jua' dan 'Menadah Gerimis'. Buat pertama kalinya, Ziana Zain mencuba membawa irama pop etnik untuk lagu 'Bagai Gahara'. AKU CINTAKAN MU merupakan album studio terakhir Ziana Zain di bawah label BMG sebelum memutuskan untuk berhijrah ke syarikat rakaman EMI.
Senarai lagu;
Terkenang Jua
NO. 1s 'LIVE' merupakan album
kompilasi yang menghimpunkan seleksi lagu terbaik rakaman langsung nyanyian
Ziana Zain menerusi 2 buah konsert beliau ZIANA ZAIN ... IN THE PARK CONCERT
yang telah diadakan di World Tarde Centre (WTC) pada tahun 2001 dan ZIANA ZAIN
UNPLUGGED CONCERT yang diadakan di Jerudong Park Amphitheatre, Brunei pada tahun
2002. NO. 1s 'LIVE' merupakan album pertama Ziana Zain dibawah
label EMI yang turut menampilkan 2 buah lagu baru rakaman studio, 'Lembah
Asmara' ciptaan Ajai dan lirik oleh Slen; manakala lagu 'Bukan'
adalah ciptaan pertama Ziana Zain dan lirik oleh Amran Omar.
Senarai lagu;
Lembah Asmara
(lagu baru)
RATU: SATU PENGHARGAAN merupakan album
Senarai lagu;
Puncak Kasih
Album ini diterbitkan untuk filem
bergenre
drama romantik SEMBILU 2005: MENGAPA HARUS CINTA arahan pengarah tersohor Yusuf
Haslam. Ia merupakan 'reboot' dari filem SEMBILU terbitan tahun 1994.
Terdapat 3 buah lagu ciptaan baru khusus untuk filem tersebut dan salah satunya
adalah lagu 'Sembilu Kasih' nyanyian Ziana Zain.
Senarai lagu;
Sembilu 2005
KEUNGGULAN merupakan album kompilasi ke 3 penyanyi Ziana Zain yang mengandungi 28 lagu lagu hit beliau yang dihadirkan dalam CD berkembar. Senarai lagu;
CD1:
Madah
Berhelah
CD2:
Puncak
Kasih
10 tahun kemudiannya iaitu pada tahun 2015 Sony Music Entertainment menerbitkan semula album kompilasi dengan cover yang berlainan tetapi masih mengekalkan susunan trek lagu seperti penerbitan album asal.
Senarai lagu;
Musafir Di Aidilfitri (oa S
Jibeng) (Awie) (versi baru)
Album single ini hanya memuatkan dua buah lagu; 'Dingin' adalah ciptaan Azlan Abu Hassan dan lirik oleh Azalea, manakala 'Melara Jiwa' adalah karya Ajai bersama penulis lirik Amran Omar. Manakala 2 buah lagi adalah minus one. Senarai lagu; Dingin ![]() ![]() ![]()
Senarai lagu;
Magika (Maya Karin)
Album kompilasi yang menggabungkan dua penyanyi pop pujaan era 90'an; Ziana Zain dan Fauziah Latiff. Senarai lagu;
CD1
Ziana Zain:
Puncak Kasih
CD2
Fauziah Latiff:
Teratai Layu Di Tasik Madu
HITS TERBAIK adalah kompilasi pertama yang menggabungkan dua penyanyi ternama Awie & Ziana Zain. Mereka berdua memang merupakan pasangan duet yang serasi walaupun hanya menghasilkan beberapa buah lagu duet. Sayangnya, walaupun pada awalnya ada ura ura syarikat rakaman untuk menggabungkan mereka berdua dalam sebuah album duet sepenuhnya tetapi akhirnya perancangan tersebut gagal direalisasikan. Senarai lagu;
CD1
Awie:
Senja Nan Merah (duet)
CD2
Ziana Zain:
Madah Berhelah
Album
kompilasi yang menggabungkan 4 penyanyi pop pujaan era 90'an; Aishah, Ziana Zain,
Amy Mastura dan awal
milenium, Misha Omar.
Senarai lagu;
CD1:
Janji Manismu (Aishah)
CD2:
Bunga Bunga Cinta (Misha Omar)
Album kompilasi yang menggabungkan dua penyanyi pop pujaan era 90'an; Aishah dan Ziana Zain. Senarai lagu;
CD1
Aishah:
Janji Manismu
CD2
Ziana Zain:
Senarai lagu; CD1: Salam Aidilfitri (oa Jamal Abdillah) (Fazli Zainal)![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() CD2: Joget Aidilfitri (Sanisah Huri)![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]()
Album raya yang kesemua lagu-lagunya adalah gubahan terbaru termasuk sebuah lagu solo yang dinyanyikan oleh Amy Mastura, 'Setahun Sekali' yang dicipta oleh Fauzi Marzuki dan lirik oleh Amran Omar.Senarai lagu;
CD1:
Melara
Jiwa
CD2:
Menadah
Germis
Setelah hampir 15 tahun menyepi
tanpa muzik dan lagu terkini, Ziana Zain muncul dengan naskhah muzik istimewa, 'Waktu'
dikongsi bersama artis sosial media, Hasif Upin. 'Waktu' adalah lagu duet
Zaina Zain dengan artis sosiak media, Hasif Upin telah dicipta oleh
penyanyi dan komposer yang semakin meningkat naik iaitu Firdaus Rahmat bersama
dengan Iqie Hugh dan John Jeeves. Kali terakhir Ziana Zain muncul dengan
lagu baru adalah pada tahun 2008 menerusli lagu 'Dingin' dan 'Waktu' buah tangan
terbaru.
Lagu 'Semangat
Wira' nyanyian Ziana Zain menggambarkan keseluruhan
perjuangan tanpa lelah dan putus asa yang ditujukan khusus untuk
ahli CSA Academy. CSA Academy memberi perkhidmatan sebagai
perunding kewangan untuk memperbaiki isu hutang yang semakin
serius yang melanda di kalangan masyarakat Malaysia. Ziana
Zain telah diberi penghormatan sebagai duta rasmi terkini CSA
Academy dan lagu 'Semangat Wira' yang
dinyanyikan beliau adalah buah tangan komposer Jia Wang dan
lirik ilham bersama Shazee Ishak, Rao Hui Bing dan Wu Zhen Zhao. |