PERASAAN - Sudirman (1979)

PERASAAN Sudirman
(EMI 1979 / rilisan semula EMI & Universal Music, 2016)

  Ku Ingin Bersama

  Mat Disko

  Kerana Kau (Ku Kemari)

  Usah

  Gerimis Di Lautan

  Untuk Selamanya

  Senja Berulang Senja

  Engkau Segalanya

  Toyol

  Seniman Tua

  Airmata Kasih

  Anak Dunia

PERASAAN yang diterbitkan pada tahun 1979 adalah album kedua Sudirman bersama EMI.  Album ini diterbitkan oleh Ooi Eow Jin dan agak berbeza dengan album sulungnya AKU PENGHIBURMU yang diterbitkan oleh Ahmad Nawab.  PERASAAN pernah diterbitkan dalam format CD melalui siri TIMELESS yang menghimpunkan 4 album studio terawal Sudirman sebagai artis EMI.

AKU PENGHIBURMU - Sudirman (1978)

AKU PENGHIBURMU Sudirman
(EMI, 1978 / rilisan semula EMI & Warner Music, 2011)

  Aku Penghiburmu

  Mama (penghargaan buat Biduan Negara, Saloma)

  Bila Hati Terpikat

  Maya

  Jali Jali

  Kerana Mata

  Kasih

  Jika Kau Pergi

  Hanya Lagu

  Cinta Dan Cita

  Gugurmu Di Tangkai Madu

  Gadis Semalam

Sebelum menghasilkan album pertamanya bersama EMI, AKU PENGHIBURMU, Sudirman telahpun menghasilkan sebuah EP TERIRING DOA bersama Warnada.  Belum sempat album AKU PENGHIBURMU diedarkan, 3 lagu yang terdapat dalam album tersebut 'Kasih', 'Gugur Di Tangkai Madu' dan 'Aku Penghiburmu' telah dirakam dan dinyanyikan semula oleh Broery untuk album SENJA DI KUALA LUMPUR yang juga diterbit pada tahun yang sama oleh penerbit yang sama iaitu Ahmad Nawab yang ketika itu baru berhijrah ke Warner Music setelah meninggalkan EMI.  Cukup kontroversi apabila album SENJA DI KUALA LUMPUR muncul terlebih dahulu di pasaran dan dalam jarak yang terdekat barulah album yang telah siap terlebih dahulu, AKU PENGHIBURMU baru muncul di pasaran.  Yang pasti, ketiga-tiga lagu tersebut mendapat sambutan sama ada daripada versi Broery ataupun Sudirman.  Sepanjang kerjaya Sudirman sebagai artis rakaman, AKU PENGHIBURMU merupakan album tunggal beliau di bawah penerbitan komposer tersohor Ahmad Nawab.