![]() |
SEJARAH PERJALANAN SENI RAMLI SARIPnukilan: Bob Sumber: Daripada buku gambar berwarn a dengan informasi dan diskografi Ramli Sarip yang terkandung dalam Box Set ZIARAH SENI: RAMLI SARIP yang mengandungi 4CD (1994).1969 - Pergerakan awal Ramli Sarip dan teman-teman di dalam mencari posisi diri sebagai kumpulan yang berminat dengan irama dan lagu. Imbauan dan lambaian angan-angan menjadi deras sealir dengan kebangkitan 'Led Zeppelin', 'Deep Purple', 'Rod Stewart' dan lain-lainnya. Mereka berusaha secara santai dalam memenuhi kehendak mental dan jiwa pada masa itu. Kekerasan dan kedegilan yang sebiasanya dialami oleh setiap remaja tidak terlepas dari naluri mereka .
Dari mana datangnya idea-idea kepada Ramli untuk menjadikan penonton terpukau dengan persembahan Sweet Charity? 'Sebenarnya saya selalu mendapat cenderamata yang berupa buku-buku dan majalah-majalah dari barat, Kisah-kisah Rod Stewart, Joe Cocker, Deep Purple dan banyak lagi mengajar saya bagaimana cara terbaik untuk menjadi penyanyi rock. Apa yang saya perhatikan adalah penglibatan mereka di dalam muzik bukannya cara hidup mereka!!!" Itulah pengalaman awal Ramli bersama Sweet Charity. Tujuh album telah mereka abadikan dengan berbagai pengalaman di dalam perasaan. Mereka memecah tradisi di zaman 'Kung Fu Fighting' melalui era 'Saturday Night Fever' dan berakhir dalam kehangatan 'Thriller'. Namun Ramli Sarip secara solo masih gagah berdiri, terus menyanyi dalam kemelut arus percakaran kehendak manusia moden. Kawan yang lain-lain sudah melutut di dada usia tetapi bagi Ramli tiada titik noktah dalam perjuangan seni. Ini kerana Ramli bersama 'rambut dan Rock 'n Roll'nya sudah menyerahkan diri sebagai bahan 'experiment' sezaman. Seterusnya Ramli melakonkan wataknya sebagai 'soloist' tanpa bantuan dari 'character' utama yang lain. Puluhan ribu mata dan telinga yang selama ini sudah terbiasa menyebut Sweet Charity menjadi kaku seketika bila Ramli melepaskan 'Panah Beracun' ke lubuk sanubari mereka. Apa dah jadi? Apa Hal? Kenapa? Inilah soalan-soalan yang berlegar di persekitaran peminat seluruh Malaya dan Kota Singa. Kata Ramli begini ... "Pada saya Sweet Charity selepas beberapa album menjadi satu kebuntuan yang sukar dipecahkan. Jadi rasanya lebih baik kita 'freeze'kan keadaan itu dan tunggu masa yang sesuai untuk kita jadikan nostalgia itu seperti sepohon pokok yang bakal berbuah." Tetapi Rosli Mohalim pula ... "Saya tidak tahu apa yang hendak dicari oleh Ramli. Bagi saya perjalanan Ramli sebagai 'soloist' meninggalkan beban yang terlalu berat untuk saya dan kawan-kawan menanggungnya. Selama iitu dia menjadi 'leader' dan tiba-tiba membawa diri, saya rasa tersepit dalam diri saya sendiri." Lantas Ramli menjelaskan ... "Bukanlah niat saya untuk bertindak begitu sebenarnya. Tetapi cuba kita tengok situasi Sweet Cahrity pada masa itu! Kami kena coloured'!!! Sangkaan dan anggapan yang membuatkan kita jadi 'stagnant'. Apa salahnya kita 'explore'kan diri kita sebagai individu untuk mencari kekuatan dan pengalaman secara mutlak. Anggota Sweet Charity sebahagian besarnya mempunyai bakat yang menonjol dalam kemampuan masing-masing. Kalaulah dengan pengalaman yang ada sebelum ini, kita jadikan sebagai bekalan, saya rasa tiada siapa yang merasa kecewa. Terpulanglah ..!!! Begitu masa disuratkan, Ramli terus meniti 'perjalanan hidup' ini. Dan dia terus dengan imej 'soloist'nya, solo di dalam bas, solo di dalam teksi, solo di dalam pernerbangan, solo di atas sejadah dan sentiasa solo didalam bilik sewaannya. Apa hasilnya? Yang nyata perjalanan secara solo ini lebih banyak mendatangkan imbuhan. Masa yang terluang dijadikan lagu-lagu yang bertimbun bagaikan 'harta karun'. Siapa pun yang datang dalam apa cuaca sekalipin akan berhasil membawa pulang buah tangan. Tinggal pilih. Ramli bagaikan 'chef' yang menyediakan 'fast food'. Sejenak kita menyelam ke dalam hasil karya Ramli Sarip. Dia berusaha menghasilkan lagu, dia boleh menulis lirik dan dia mampu untuk menyusun letak bunyi-bunyian sewaktu kerja-kerja rakaman diajalankan. Apa lagi yang beliau perlukan untuk terus berkarya? Sudah pastinya para sahabat yang bisa mengerti dan ikhlas dengan keadaannya. Setiap sumbangan yang diberikan oleh sesiapa pun jua di dalam waktu beliau berkarya adalah satu ikatan yang tidak dapat dileraikan lagi. Teman-teman terlebih dahulu meneliti apakah corak yang diperlukan oleh Ramli, baik lirik mahu pun lagu. Terdahulu dari itu Ramli sendiri telah pun redha dengan apa yang bakal diterima. Kerana baginya, teman sekeliling adalah mereka yang tidak mahu melihat Ramli Sarip sebagai 'batu' keras tanpa hasil. Sekurang-kurangnya biarlah 'batu' itu boleh digunakan sebagai pemecah ruyung. Meneliti kepada bentuk lagu yang dihasilkan, beliau banyak membuahkan lagu-lagu 'hit' dalam 'major key', antaranya termasuklah 'Perjalanan Hidup', 'Istilah Bercinta', 'Doa Buat Kekasih', 'Senandnung Hidup Berbudi', 'Warisan' dan banyak lagi yang tidak dapat dipenuhkan di sini. Ini menunjukkan sedikit kelainan dari artis-artis tempatan yang popular dengan kebanyakan lagu dalam 'minor key'. Pun begitu ianya tidak sahaja terbatas dalam keadaan sedemikian. Seringkali Ramli melarikan sesuatu melodi secara bebas mengikut gerak hatinya dan diikuti 'chord'. Apa yang tidak dapat dinafikan ialah beliau selalu menjadikan 'keras' itu sebagai teras. Di sinilah cara Ramli berkomunikasi dengan situasi muzik itu sendiri. Perhatikan 'expression' muka dan tubuhnya ketika mendendangkan sebuah lagu. Dia bukannya 'menurun' atau berpura-pura melakukannya begitu. Perkara ini sering berlaku di depan mata teman-teman beliau. Malah setiap 'expression' yang ditunjukkan oleh Ramli juga berlaku di dalam studio rakaman. Dia bagaikan ingin memasukkan perasaannya ke dalam alat perakam. Juga ketika bersama-sama berdendang dengan handai taulan secara spontan Ramli tetap beremosi kepada setiap patah lagunya. Kita rasakan yang keadaan itu sebagai satu hiburan masa lapang tapi bagi Ramli ianya adalah serius. Buktinya Ramli merakamkan apa saja bentuk nyanyian yang didendangkan. Meskipun sekadar 'da-da-da-da' atau 'na-na-na-na'. Mengenai pemilihan lirik ketika setiap kali rakaman bermula segala-galanya nampak sesuai dan kena dengan Ramli. Kalau lirik yang bertemakan cinta, ianya nampak tulus dan benar. Andainya Ramli merayu-rayu memuji Tuhan, jelas beliau bersungguh-sungguh dan sekiranya Ramli mendendangkan simpati kepada alam sekeliling memang terserlah kejujurannya. Apakah ianya lakonan? Tidak! Bukan! Bagaimana boleh jadi begitu? Kerana Ramli sentiasa meletakkan sepenuh perasaannya kepada setiap suku kata dalam lirik-lirik yang dinyanyikan. Menang dia seorang penyanyi yang 'free flow'. Ramli sekali lagi meneruskan ziarah seninya. Kali ini dengan menoleh semula ke zaman lampau. Mungkin mindanya bergolak bila melihat hasil seni khazanah bangsa yang sedia kurang kualitinya tidak lagi menjadi perhitungan dalam pasaran kebangsaan. Dengan berbekalkan citarasa dari; suara hati, halwa telinga dan rentak orang timur, Ramli mengorak langkah berani untuk mengundang Khadijah Ibrahim, Jay Jay, SM Salim, Rosiah Chik dan A Romzi sebagai pasangan duet di dalam album yang menyerikan kembali rentak senandung Melayu dalam IHSAN dan LAGU ZAMAN. Sekali lagi manusia ramai terkejut dengan keadaan ini yang boleh dianggap sebagai satu fenomena oleh Ramli. Apatah lagi beliau sanggup untuk mencemarkan 'Duli Rocknya' ke arah peralatan muzik yang lebih kemelayuan. Beliau mencernakan hadrah, kompang, gendang dan seruling bambu ke dalam 'recording track' yang berasal dari teknologi moden. Ramli juga tidak merasa takut untuk melarikan sesuatu keadaan itu ke arah yang lebih bebas tanpa terlalu terikat dengan gaya tradiisonal. Dengan menjadikan DONDANG sebagai pembuka selera muzik jelata dan ditutup dengan TAKDIR TUHAN nyanyian Khadijah, sudah cukup untuk memberikan jawapan kepaada setiap soalan ataupun cemuhan dari peminat yang selama ini yang menyanjung Ramli sebagai PAPA ROCK. Bila ditanya mengapa Ramli berDONDANG, maka jawapannya, ini semua TAKDIR TUHAN. Begitu senang, sesenang mereka yang 'senang' dengan eksperimentasi Ramli. Apa yang jelas di sini Ramli sekali lagi membuktikan 'feeling'nya begitu baik dalam menyampaikan lagu-lagu bercorak sedemikain. Teknik pengawalan suara dan klimaks perasaan yang dimainkan dalam penyampaian lagu-lagu itu, menunjukkan Ramli mempunyai ciri-ciri penyanyi serba boleh, sekaligus menolak dakwaan sesetengah pihak yang sebelum ini meragui kemampuannya dalam menyampaikan lagu bermelodikan Melayu asli. Apa perasaan Ramli? "Saya rasa, saya telah pun memenuhi kuota dua pertiga dalam tanggungjawab saya terhadap karya seni di rumpunan Melayu," Nah! Betapa beliau merasa yakin dan bersungguh-sungguh untuk melengkapkan ziarah seninya ke setiap pelusuk yang masih belum terbongkar sepenuhnya. Apa yang perlu kita sedar ialah Ramli memang 'Raja Rock and Roll' - seketul batu yang sentiasa bergolek dalam pergolakan tanpa dihakis oleh keadaan. Setiap pernyataan yang telah dibuat bukanlah untuk menunjukkan Ramli Sarip sebagai insan yang 'perfcet'. Tetapi ia hanya sekadar memberikan kesedaran kepada kita, betapa seorang insan seni seperti Ramli Sanggup menjelajah hidup kita tanpa dinanti. Mungkin secara sedar atau tidak lagu yang dihasilkan oleh beliau menjadi muzik latar kepada setiap lakonan kita sehari-hari. Bertolak dari rasa yang terpendam di zaman remaja hingga kepada usia empat puluhan beliau masih lagi berlegar di sekeliling kita. Apakah salah kalau sesekali kita menoleh kepadanya dan memberikan sokongan pada terhadap cita-cita yang didokongnya selama ini. Mungkin kita beranggapan bahawa beliau bukanlah intelek seni, tetapi Ramli sebagai individu telah pun berlaku adil dan bijak terhadap bakat yang ditelah dikurniakan oleh Tuhan. Mengapa tidak kita renung-renungkan bila ada masa terluang. Kalau pun kita tidak suka pada hasil kerja tangan dan mindanya, setidak-tidaknya berikanlah satu 'Standing Ovation' sebagai merestui karya beliau yang telah pun berada di persada sejarah perkembangan muzik Melayu. Ramli Sarip adalah RASA dan kita adalah sekelumit insan yang MERASA kerana ... KESENIAN JUGA SATU KEBAKTIAN. Diskografi lengkap SWEET CHARITY & RAMLI SARIP (menyenaraikan diskografi lengkap LP/Kaset/CD Sweet Charity & Ramli Sarip termasuk album yang memasukkan lagu baru dalam album kompilasinya sendiri ataupun dalam album kompilasi pelbagai artis)
Album pengenalan kumpulan Rock dari Singapura ini hanya menggunakan nama kumpulan ini, SWEET CHARITY sebagai tajuk album. Senarai lagu;
Bingung
Pada tahun 1995, buat pertama kalinya Warner Music menerbitkan album ini dalam format CD menerusi edisi terhad LEGENDA ROCK (CD EMAS). Pada tahun 2016, Warner menerbitkan sekali lagi album ini dengan kulit album penuh seperti kulit album asal (versi piringhitam). Dan pada tahun tersebut album ini juga diterbitkan dalam Boxset yang mengandungi 7 album studio Sweet Charity (tidak termasuk album kompilasi mereka iaitu PILIHAN TERBAIK vol 1 & 2).
Senarai lagu ;
Kamelia
Pada tahun 1995, buat pertama kalinya Warner Music menerbitkan album kedua Sweet Charity ini dalam format CD menerusi edisi terhad LEGENDA ROCK (CD EMAS). Pada tahun 2016, Warner menerbitkan sekali lagi album ini dengan kulit album penuh seperti kulit album asal (versi piringhitam). Dan pada tahun tersebut album ini juga diterbitkan dalam Boxset yang mengandungi 7 album studio Sweet Charity (tidak termasuk album kompilasi mereka iaitu PILIHAN TERBAIK vol 1 & 2).
Album raya yang menyenaraikan kesemua trek lagu lagu raya ciptaan baru kecuali sebuah lagu nyanyian solo kumpulan Sweet Charity, 'Seri Hari Raya' yang merupakan saduran daripada lagu Inggeris nyanyian Pat Benatar, 'I'm Gonna Follow You'. Senarai lagu;
Bergembira Di Hari
Raya (Uji Rashid, Hail Amir, Jamal Abdillah, Khadijah Ibrahim &
Azean Irdawaty)
Senarai lagu;
Sejuta Wajah
Pada tahun 1995, buat
pertama kalinya Warner Music menerbitkan album ini dalam
format CD menerusi edisi
terhad LEGENDA ROCK (CD EMAS). Pada tahun 2016,
Warner menerbitkan sekali lagi album ini dengan kulit album
penuh seperti kulit album asal (versi piringhitam).
Dan pada tahun tersebut album ini juga diterbitkan dalam
Boxset yang mengandungi 7 album studio Sweet Charity (tidak
termasuk album kompilasi mereka iaitu PILIHAN TERBAIK vol 1
& 2)
Senarai lagu;
Arahan
Pada tahun 2004, buat pertama kalinya Warner Music menerbitkan album ini dalam format CD menerusi edisi khas LEGENDA ROCK. Pada tahun 2016, Warner menerbitkan sekali lagi album ini dengan kulit album penuh seperti kulit album asal (versi piringhitam). Dan pada tahun tersebut album ini juga diterbitkan dalam Boxset yang mengandungi 7 album studio Sweet Charity (tidak termasuk album kompilasi mereka iaitu PILIHAN TERBAIK vol 1 & 2).
Senarai lagu;
Ada Kerja Ada
Gaji
Pada tahun 2004, buat pertama kalinya Warner Music menerbitkan album ini dalam format CD menerusi edisi khas LEGENDA ROCK. Pada tahun 2016, Warner menerbitkan sekali lagi album ini dengan kulit album penuh seperti kulit album asal (versi piringhitam). Dan pada tahun tersebut album ini juga diterbitkan dalam Boxset yang mengandungi 7 album studio Sweet Charity (tidak termasuk album kompilasi mereka iaitu PILIHAN TERBAIK vol 1 & 2).
Album koleksi pertama
kumpulan Sweet Charity turut menampilkan 3 buah lagu baru, Senarai lagu;
Ribut 10.59
Pagi (lagu baru)
Pertama kali album koleksi ini diterbitkan dalam format CD pada tahun 2016 dengan kulit album penuh seperti kulit album asal (versi piringhitam) dan pada tahun yang sama turut dimuatkan semula dalam Boxset yang mengandungi 7 album studio Sweet Charity (tidak termasuk album kompilasi mereka iaitu PILIHAN TERBAIK vol 1 & 2).
Album studio ini merupakan album solo pertama Ramli Sarip yang kekal memperjuangkan genre rock. Ternyata kemunculan Ramli Sarip sebagai penyanyi solo diterima oleh peminat khususnya peminat rock. Senarai lagu;
Jikalau Berkasih
Pada tahun 1995, buat pertama kalinya Warner Music menerbitkan album ini dalam format CD menerusi edisi terhad LEGENDA ROCK (CD EMAS). Pada tahun 2018, Warner menerbitkan sekali lagi album ini dengan kulit album penuh seperti kulit album asal (versi piringhitam).
BERITA GEMPA merupakan album studio terakhir
kumpulan Sweet Charity yang
menampilkan Ramli Sarip sebagai vokalis utama.
Senarai lagu;
Berita Gempa
Pada tahun 2004, buat pertama kalinya Warner Music menerbitkan album ini dalam format CD menerusi EDISI KHAS LEGENDA ROCK. Pada tahun 2016, Warner menerbitkan sekali lagi album ini dengan kulit album penuh seperti kulit album asal (versi piringhitam). Dan pada tahun tersebut album ini juga diterbitkan dalam Boxset yang mengandungi 7 album studio Sweet Charity (tidak termasuk album kompilasi mereka iaitu PILIHAN TERBAIK vol 1 & 2).
Senarai lagu;
Tajam
Pada tahun
1995, buat pertama kalinya Warner Music menerbitkan album ini
dalam format CD menerusi edisi
terhad LEGENDA ROCK (CD EMAS). Pada tahun 2018,
Warner menerbitkan sekali lagi album ini dengan kulit album
penuh seperti kulit album asal (versi piringhitam).
Album
studio solo ketiga Ramli Sarip turut menyenaraikan lagu duet
pertama beliau bersama Khadijah Ibrahim, 'Ku Miliki
Bayangmu'. Lagu tersebut cukup popular dan
menjadikan mereka sebagai pasangan duet yang ideal di penghujung
tahun 80'an.
Senarai lagu;
Dilema
Pada tahun
1995, buat pertama kalinya Warner Music menerbitkan album ini
dalam format CD menerusi edisi
terhad LEGENDA ROCK (CD EMAS). Pada tahun 2018,
Warner menerbitkan sekali lagi album ini dengan kulit album
penuh seperti kulit album asal (versi piringhitam).
Kalau
sebelumnya Khadijah Ibrahim menjadi penyanyi undangan untuk
berduet dalam album solo Ramli Sarip, PERJALANAN HIDUP untuk
lagu 'Ku Miliki Bayangmu' tetapi untuk album
studio solo Khadijah Ibrahim, KHADIJAH IBRAHIM '88, sebaliknya
Ramli Sarip pula menjadi penyanyi undangan untuk sebuah lagu 'Doa
Buat Kekasih' yang kemudiannya menjadi amat popular dan
kekal menjadikan mereka sebagai pasangan duet yang popular
walaupun dengan hanya 2 buah lagu duet sahaja. Album
studio Khadijah Ibrahim tersebut diterbit sepenuhnya dan susunan
muzik oleh Ramli Sarip.
Senarai lagu;
Cinta Rahsia
Setelah 3 tahun tanpa sebarang album baru, akhirnya pada
tahun 1988 Sweet Charity muncul dengan tajuk album SWEET CHARITY
'88 dengan menampilkan penyanyi wanita,
Zaitun sebagai vokal utama
dan merupakan satu-satunya album studio Sweet Charity tanpa
melibatkan Ramli Sarip sebagai vokalis.
Bagaimanapun selepas album ini kumpulan Sweet Charity terus
menyepi tanpa sebarang album.
Kalau sebelumnya kesemua album mereka
diterbit dan diedar oleh syarikat rakaman WEA tetapi tidak dengan album
'comeback' ini kerana ia dibawah penerbitan syarikat rakaman Antartic Sound
Production (ASP). Rosli Mohalim yang juga merupakan salah seorang ahli
kumpulan Sweet Charity menjadi penerbit album. Hit dari album ini ialah 'Cinta dan Cipta'.
Senarai lagu;
Padah
Pada tahun 2015, pertama
kali album ini diterbitkan dalam format CD dan diedarkan
semula oleh syarikat rakaman NSR.
A
Senarai lagu;
Lahirmu Bukan Untuk Dunia
CD PILIHAN TERBAIK yang mengandungi seleksi 14 lagu lagu
terbaik kumpulan Sweet Charity kemudiannya dirilis semula pada
tahun 2016.
Senarai lagu;
Keliru
'Lagu Untuk Teman' kemudian dirakam semula
oleh Khadijah Ibrahim dengan tajuk dan lirik yang berbeza iaitu 'Rintihan Dari Benua'
yang dimuatkan dalam album solo Khadijah Ibrahim 'KHADIJAH IBRAHIM '88 (WEA,
1988).
Pada tahun
1995, buat pertama kalinya Warner Music menerbitkan album ini
dalam format CD menerusi edisi
terhad LEGENDA ROCK (CD EMAS). Pada tahun 2018,
Warner menerbitkan sekali lagi album ini dengan kulit album
penuh seperti kulit album asal (versi piringhitam).
Senarai lagu;
Budaya
(lagu baru)
Album ini merupakan album kompilasi pertama nyanyian Ramli Sarip setelah
bergerak sebagai penyanyi solo. Walaupun SENI DAN SUARA 79-89 merupakan
album kompilasi tetapi ia cukup istimewa kerana ia bukan sahaja memuatkan 4 buah
lagu ciptaan baru, 'Budaya', 'Apa Mungkin', 'Galaksi'
dan 'Hamba Seni' tetapi ia turut memuatkan semula lagu-lagu
yang pernah dipopularkan oleh Ramli Sarip sendiri tetapi susunannya muziknya telah
diberi sentuhan baru iaitu 'Perjalanan Hidup' dan 'Jikalau
Berkasih'. Manakala 'Teratai' yang pernah
dipopularkan oleh Ramli Sarip bersama Sweet Charity kini dinyanyikan secara
solo. Ramli Sarip turut merakam semula dua buah lagu ciptaan beliau yang
pernah dipopularkan oleh kumpulan Lefthanded 'Ku Di Halaman Rindu'
dan Ruhil Amani 'Kawan'. Bagaimanapun lagu 'Kawan',
liriknya telah ditukar dan diubah tajuk lagu menjadi 'Teman'.
Pada tahun
1992, buat pertama kalinya Warner Music menerbitkan album ini
dalam format CD dengan kulit album
penuh seperti kulit album asal (versi piringhitam).
Senarai lagu;
Mahkota
Pada tahun
2006, buat pertama kalinya Warner Music menerbitkan album ini
dalam format CD dengan kulit album
penuh seperti kulit album asal (versi piringhitam).
Lahirnya album duet Ramli Sarip & Khadijah Ibrahim, IHSAN adalah
atas kejayaan lagu duet pertama mereka 'Ku Miliki
Bayangmu' yang didimuatkan dalam album studio solo
Khadijah Ibrahim. Walaupun IHSAN merupakan album duet
Ramli Sarip dan Khadijah Ibrahim tetapi turut menampilkan
penyanyi Jay Jay untuk berduet dengan Ramli Sarip.
Senarai lagu;
Dondang
(Ramli Sarip & Teman teman)
Senarai lagu;
Di Persada Ingatan
Album duet kedua pasangan ideal awal dekad 90an, Ramli Sarip &
Khadijah Ibrahim turut menampilkan penyanyi veteran SM Salim dan
Rosiah Chik sebagai pasangan duet mereka.
Senarai lagu;
Zapin Berperi
(Ramli Sarip & Khadijah
Ibrahim)
ZIARAH ZENI sebuah album kompilasi
yang dihadirkan
dalam Box Set yang mengandungi 4 CD bersama sebuah buku gambar berwarna dengan
informasi dan diskografi Ramli Sarip.
Setiap CD mempunyai koleksi lagu lagu yang mempunyai tema
tersendiri:
CD 1: Litar Api Rock
menghimpunkan lagu-lagu terbaik Ramli Sarip bersama kumpulan rock berpengaruh Sweet Charity, CD 2:
Muzik Jalan Terus menghimpunkan lagu-lagu rock
Ramli Sarip secara solo, CD 3: Asli Dan Tulus merupakan himpunan lagu-lagu yang lebih bermesej memuji Tuhan, simpati terhadap
alam sekeliling dan tema cinta yang lebih tulus dan CD 4: Muzik Jelata
adalah seleksi lagu yang konsepnya agak lari dari imej rock Ramli Sarip
iaitu seni khazanah bangsa yang lebih kemelayuan. Walaupun
album ini merupakan album kompilasi tetapi ia agak istimewa
kerana turut memuatkan lagu-lagu rakaman semula yang diberi
sentuhan baru terhadap susunan muziknya dan juga vokal terkini
Ramli Sarip untuk beberapa lagu yang pernah dipopularkan oleh
Ramli Sarip secara solo mahupun ketika bersama kumpulan Sweet
Charity. Terdapat juga lagu ciptaan baru yang disampaikan
secara 'live unplugged' iaitu 'Blues Yang Hilang',
'Puisiku Yang Hilang' dan 'Oh Rohani'.
Manakala lagu 'Negeri Cinta' merupakan lagu
asal 'Hijrah Percintaan' yang pernah
dipopularkan oleh Khadijah Ibrahim yang dirakam semula oleh
Ramli Sarip dengan susunan muzik yang baru.
Senarai lagu;
CD1
Litar Api Rock:
CD2
Muzik Jalan Terus:
CD3 Asli Dan Tulus:
CD4
Muzik Jelata:
Dua dekad kemudian iaitu pada tahun
2015 box set ini dirilis semula oleh Warner Music.
Album istimewa
'tribute' yang dipersembahkan khusus buat seluruh peminat seni
muzik terhadap seniman Ramli Sarip yang telah 15 tahun mewarnai
persada muzik tanahair. Album ini menampilkan senarai lagu
petikan dari ilham serta dendangan Ramli Sarip dengan 13 artis
berpadu tenaga bergabung suara mengembalikan nostalgia Ramli
Sarip.
Senarai lagu;
Istilah Bercinta (Dessy Fitri)
Senarai lagu;
Zakiah
CD PILIHAN TERBAIK vol 2 yang mengandungi seleksi 14
lagu lagu terbaik kumpulan Sweet Charity kemudiannya dirilis semula pada tahun
2017.
Album ini adalah sebagai penghormatan pemuzik-pemuzik Malaysia kepada kumpulan rock legenda antarabangsa, Led Zeppelin yang selama ini telah memberikan muzik yang terhebat kepada mereka. Album ini dirakam secara langsung di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur pada 16 dan 17 Ogos 1995. Projek istimewa ini memberi peluang kepada Ramli Sarip untuk merakamkan dua buah lagu iaitu 'Whole Lotta Love' dan 'Custard Pie'. Senarai lagu; Whole Lotta Love (Ramli Sarip) ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]()
Senarai lagu;
Bingung
![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]()
Album ini adalah rakaman 'live' dari KONSERT SEJUTA WAJAH SWEET CHARITY yang telah diadakan di Stadium Merdeka pada 6 Januari 1996. Senarai lagu;
Introduksi
![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() Album ini kemudiannya dirilis semula oleh Warner Music dalam format CD pada tahun 2017.
Senarai lagu;
Iqra
Album ini dirakam secara langsung di ruang legar Studio Synchrosound dengan kehadiran tetamu jemputan yang terhad yang terdiri daripada rakan rakan dan peminat tegar Ramli Sarip. Kebanyakan material yang dipersembahkan adalah lagu-lagu baru yang dibuat khas untuk projek ini. Senarai lagu;
Di Tahun 2000
Pada tahun 2013 album ini dirilis semula dengan senarai lagu yang sama tetapi dengan tajuk dan pembungkusan album yang berbeza; RAMLI SARIP LIVE 2000: BLUES FELDA BLUES DI SYNCROSOUND.
Senarai lagu;;
Tiada Lagi Kidungmuu (Lefthanded)
Senarai lagu;;
Suci Dalam Debu (Saleem-Iklim)
Senarai lagu;
Bukan Kerana Nama (duet A Romzi)
Senarai lagu;
Hati Emas (Kembara)
Senarai lagu;
Nyanyian Serambi
Album raya ini turut menyenaraikan
dua buah lagu raya ciptaan baru dan salah satu daripadanya
adalah nyanyian Ramli Sarip yang bertajuk 'Ramadhan Dan
Syawal'. Sebuah lagi lagu raya ciptaan baru
adalah nyanyian M Nasir yang bertajuk 'Salam Dunia'.
Walaupun lagu 'Salam Dunia' dicacat sebagai
lagu baru untuk CD tersebut tetapi sebenarnya lagu ini telahpun
dimasukkan sebagai lagu baru untuk koleksi lagu-lagu raya GILANG
GEMILANG AIDILFITRI yang diedarkan oleh WEA pada penghujung
tahun 2001 sempena hari raya awal tahun 2002.
Senarai lagu;
Ramadhan
Dan Syawal (Ramli Sarip) (lagu baru)
Disamping menyenaraikan seleksi lagu lagu popular nyanyian solo
Ramli Sarip, album kompilasi yang diterbtikan sempena 35 tahun
Ramli Sarip di persada seni muzik ini turut memuatkan lagu-lagu hit
Ramli Sarip bersama kumpulan Sweet Charity. Terdapat juga 4
buah lagu yang pernah hit sebelumnya telah diberi nafas baru
oleh Ramli Sarip termasuk lagu duet beliau bersama Khadijah
Ibrahim, 'Ku Miliki Bayanganmu' yang kini
disampaikan bersama Francissca Peter, manakala versi baru 'Kita
Insan Biasa' nyanyian asal Dayangku Intan dan Jay Jay,
Ramli Sarip tetalh memilih Shima sebagai pasangan duetnya.
Ramli Sarip turut berkolaborasi bersama Jamal Abdillah untuk
lagu rakaman semula 'Syair Laila Majnun' yang
sebelum ini dirakam secara solo oleh beliau. Bersama
kumpulan Kopratasa, Ramli Sarip memilih lagu yang pernah
dipopularkan oleh Sweet Charity; 'Bersenda' dan
'Sama Sama Merasa' yang dilagukan secara
medley.
Senarai lagu;
CD1:
Kita Insan Biasa (duet Shima) (versi baru)
CD2:
Ku Miliki Bayangmu (duet Francissca Peter) (versi baru)
CD RUH ZAMAN juga diterbitkan dalam Edisi Terhad Digipack kotak
panjang.
Senarai lagu;
Sejuta Wajah (Sweet Charity)
Senarai lagu;
Senarai lagu;
CD1:
Kita Insan Biasa
(duet Shima)
CD2:
Ku Miliki Bayangmu
(duet Francissca Peter)
Senarai lagu;
CD:
Teman
VCD:
Ku Miliki Bayangmu
(duet Francissca Peter)
Senarai lagu;
CD1:
Mustika (M Nasir)
CD2:
Mentera Semerah Padi (M Nasir)
SWEET CHARITY BAGAIKAN BERMIMPI merupakan naskhah terhad setebal 64 helaian berserta 2CD dan VCD yang mengandungi perjalanan konsert SWEET CHARITY BAGAIKAN BERMIMPI yang telah diadakan di Dewan Esplanade, Singapura pada 31 Mei 2009. Kebanyakan foto-foto yang dilampirkan di dalam naskhah tersebut adalah hasil daripada koleksi peribadi kumpulan Sweet Charity dan vokalisnya, Ramli Sarip sendiri. Dalam naskhah itu juga, diceritakan kisah perjalanan dan kegemilangan kumpulan Sweet Charity sepanjang berada di dalam persada muzik Malaysia/Singapura.
Senarai lagu;
CD1:
Hilang Gelap Terbitlah Terang
CD2:
Bagaikan Bermimpi
DVD:
Senarai lagu;
Istilah Bercinta
Senarai lagu;
CD1 J
CD2
CD3
Ramli Sarip:
Kau Yang Satu
CD4 Khatijah
Ibrahim:
Tangisan Hati Yang Derita
MUTIARA ZAMAN sebuah album koleksi yang menghimpunkan lagu duet nyanyian Ramli Sarip bersama dengan ramai artis popular tanahair. Walaupun album ini menyenaraikan seleksi lagu-lagu duet Ramli Sarip yang pernah popular sedikit masa lalu turut memuatkan 3 lagu duet ciptaan baru nyanyian Ramli Sarip dengan penyanyi popular terkini iaitu Dayang Nurfaizahuntuk lagu 'Musafir Rindu' dan Ana Rafalli untuk lagu 'Sayang Abang'. Manakala 'Keroncong D'Sape' telah mengundang pemain sape popular, Leslie Eli. Lagu 'Nyanyian Serambi' yang pernah dirakam secara solo oleh Ramli Sarip untuk album KALAM KESTURI (2002) kini diberi nafas baru dengan menampilkan kumpulan Suara Asrama Kasih YPK. Senarai lagu;
CD1:
Bukan Kerana Nama
(featuring A Romzi)
CD2:
Musafir Rindu
(featuring Dayang Nurfaizah)
(lagu baru)
Senarai lagu;
CD1:
Jikalau Berkasih
(versi asal)
CD2:
Selamat Malam
Album
kompilasi 6CD yang mengandungi koleksi lagu kumpulan Sweet Chairty dan Ramli
Sarip sebagai penyanyi solo.
Senarai lagu;
CD1 Sweet
Charity:
Teratai
CD2 Sweet
Charity:
CD3 Sweet
Charity:
Mengapa Sangsi
CD
CD5
Ramli Sarip:
Kepastian
CD6
Ramli Sarip:
Orang Kota
Album kompilasi nyanyian solo dan duet Ramli Sarip dan Khadijah Ibrahim turut
menampilkan SM Salim, Rosiah Chik, Jamal Abdillah dan Jay Jay
yang pernah menjadi pasangan duet mereka.
Senarai lagu;
CD1:
Keroncong D'Sape (Ramli Sarip featuring
pemain sape, Leslie Eli)
CD2:
Senarai lagu;
CD1:
Teratai
CD2:
Terharu
CD3:
Perjalanan
Senarai lagu;
Jikalau Berkasih (versi asal)
HAYAT: 45 TAHUN SENIMAN RAMLI SARIP
merupakan kotak istimewa yang menghimpunkan yang terbaik dari
Ramli Sarip untuk peminat beliau sempena meraikan kerjaya 45
tahun seniman Ramli Sarip yang diraikan dengan konsert istimewa
di Istana Budaya pada 17-19 Oktober 2014 dan di Esplanade
Singapura pada 21 Oktober 2014. Konsert tiga malam di
Istana Budaya menjadi satu pertanda aras bagi seniman ini yang
memulakan karier sejak 1969 bersama kumpulan rock legenda Sweet
Charity di Singapura. Edisi terhad ini mengandungi sebuah CD+DVD
video kotak panjang
'TAFSIRAN ALAM
●
WISDOM OF NATURE' dan sebuah DVD video 'BLUES BUAT TEMAN: TOUR
2014' bersama sticker, nota sekalung penghargaan dan poskad
kenangan sempena pameran seni visual Konsert HAYAT ... 45 TAHUN
SENIMAN RAMLI SARIP.
Tafsiran Alam Widsom of Nature
(CD+DVD Video
- Rasa Music RM2014/010, 2014)
Lagu-lagu yang disenaraikan dalam CD audio + DVD video kotak
panjang ini adalah lagu-lagu yang telah
dipersembahkan oleh Ramli Sarip dalam konsertnya yang bertemakan
'Tafsiran Alam (Wisdom of Nature)' di Dewan
Filharmonic Petronas pada 10 Mei 2010 lalu.
Senarai lagu;
CD:
Tersendiri
DVD
Video:
Tersendiri
Blues Buat Teman: Tour 2014
(DVD Video
- Rasa Music RM2014/012, 2014)
DVD video yang mengandungi 7 buah lagu
ini merupakan showcase untuk mereka yang terlibat dalam album
RAMLI SARIP LIVE 2000.
Senarai lagu;
DVD:
Doa (dipersembahkan di Hard Rock Cafe Kuala Lumpur - 19 Jan
2014)
Album Edisi Terhad ini diterbitkan
sempena konsert mereka RAMLI & NASIR yang akan berlangsung di
Esplanade Singapura pada 1 Januari 2016. Album CD
berkembar ini adalah kandungan lagu-lagu daripada trek asal
album studio penuh yang pernah diterbitkan untuk Ramli Sarip dan
M Nasir iaitu SYAIR TIMUR (1997) dan SRIKANDI CINTAKU (1999).
Senarai lagu;
CD1
Ramli Sarip - Syair Timur:
Iqra
CD2 M
Nasir - Srikandi Cintaku:
Srikandi Cintaku
Album studio RASA diterbitkan oleh produksi Ramli
Sarip sendiri iaitu
Rasa Karya Sdn Bhd. RASA adalah sebuah perjalanan muzik beliau yang ada
sentuhan folk, blues, pop soul rock dengan feel nusantara. Dari sudut
melodi, lirik dan susunan muzik pula, ia menjadi sempurna dengan suntikan dan
ilham yang dicurahkan dari setiap pemuzik jemputan. Tatkala merancang
untuk meneruskan pembikinan album ini, pandemik Covid-19 telah mula menyerang
dunia, ia sekaligus menjejaskan usaha 'the living legend' ini untuk menyiapkan RASA.
Senarai lagu;
Cinta Di
Sebalik Musimm
|