![]() |
Happy Records telah menawarkan Fauziah Latiff kontrak rakaman dan album pertamanya DI GAMIT MEMORI diterbitkan pada tahun 1988. Pada usia semuda 18 tahun beliau berjaya menarik perhatian peminat muzik tanahair dengan vokalnya yang lembut dengan penampilan wajah yang menawan, personaliti yang cukup sopan lagi ceria. Populairitinya meningkat dari masa ke semasa seiring dengan penghasilan album tahun demi tahun. Setakat ini beliau telah menghasilan 11 album studio dan banyak koleksi album kompilasi. Di zaman kemuncaknya beliau telah merangkul Juara Pertandingan Pesta Pujaan Kingsway, memenangi anugerah 'Penghibur TV Wanita Popular' di Anugerah Bintang Popular Berita Harian selama dua tahun berturut-turut pada 1992 dan 1993. Manakala lagu 'Teratai Layu Di Tasik Madu' yang dipersembahkan di ANUGERAH JUARA LAGU 1993 telah memenangi anugerah utama iaitu JUARA LAGU disamping anugerah Juara Kategori Balada dan Persembahan Terbaik. Dalam kariernya sebagai artis versatil, Fauziah Latiff pernah muncul dalam pelbagai produksi drama tempatan antaranya teledrama Gelora Di Hati Sara, Roda Roda Kuala Lumpur, TAHYUL dan pewaris cinta. Manakala telefilem pula antaranya ialah LONTONG, Kudrat Iman, Ke Pintu Bahagia dan JANGAN MALU MENANGIS. Fauziah Latiff telah membuktikan meskipun telah menjangkau 3 dekad di arena muzik tempatan tetapi beliau masih utuh dalam kelasnya yang tersendiri. DISKOGRAFi lengkap FAUZIAH LATIFF ( menyenaraikan diskografi lengkap LP/CD/Kaset Fauziah Latiff termasuk album yang memasukkan lagu baru dalam album kompilasinya sendiri ataupun dalam album kompilasi pelbagai artis)
Album perdana Fauziah Latiff mendapat sentuhan komposer dan penyanyi terkenal Royston Sta Maria. Lagu yang paling popular dari album ini ialah 'Di Gamit Memori' dan populariti lagu tersebut sekadar memperkenalkan nama Fauziah Latiff sebagai pendatang baru dalam persada muzik tanahair.
Senarai lagu;
Bertemu Di Udara
Album
studio kedua Fauziah Latiff mendapat sentuhan komposer Manan Ngah sebagai
penerbit yang cukup terkenal ketika itu. Album ini mendapat sambutan
hangat peminat dan telah mengangkat nama Fauziah Latiff sebagai penyanyi remaja
yang cukup diminati. Banyak hit yang muncul dari album ini antaranya, 'Kau
Merubah Segalanya', 'Terima Kasih Teman', 'Di Landa Asmara', 'Mengapa
Aku Bukan Pilihanmu' dan 'Coretan Rindu Buat Teman'.
Senarai lagu;
Di Landa Asmara
Pada tahun 2016,
buat pertama kalinya album
ini diterbitkan dalam fomat CD oleh Universal Music.
Album
studio ketiga Fauziah Latiff masih mengekalkan Manan Ngah selaku penerbit.
Sebagai pencetus genre muzik pop/balada Nusantara Manan Ngah telah memperkenalkan
konsep tersebut untuk album terkini penyanyi remaja ini
Senarai lagu;
Biar Rindu
Membara
Pada tahun 2016,
buat pertama kalinya album
ini diterbitkan dalam fomat CD oleh Universal Music.
Album studio keempat Fauziah Latiff merupakan kerjasama pertama Fauziah Latiff bersama komposer Adnan Abu Hassan. Album ini menampakkan kematangan Fauziah Latiff terutamanya dari segi persembahan vokal. 'Tiada Noktah Cinta', 'Ku Ingin Bebas', 'Aku Masih Seperti Dulu' dan 'Bergantung Harap' menjadi pilihan ramai. Vokal Fauziah Latiff amat menyerlah terutamanya untuk lagu bergenre balada.Senarai lagu;
Tiada Noktah Cinta
Pada tahun 1997, album ini diterbitkan semula oleh EMI dan sekali lagi pada tahun 2011 album ini dirilis oleh EMI bersama Warner Music. Cover album rilisan semula agak sedikit berbeza berbanding dengan album asal.
Untuk produksi album GUBAHAN RINDU PUISI SYAHDU, komposer Adnan Abu Hassan masih dipertanggungjawab sebagai penerbit album. Fauziah Latiff masih terus mengekalkan popularitinya apabila lagu 'Gubahan Rindu Puisi Syahdu' menjadi hit bersama lagu-lagu lainnya seperti 'Tua Mengejar Kita', 'Cintamu Terbenam Di Hatiku' dan 'Sekilas Senyumanmu'. Senarai lagu;
Gubahan Rindu Puisi Syahdu
Pada tahun 1997, album ini diterbitkan semula oleh EMI dan pada tahun 2011 album ini dirilis sekali lagi oleh EMI bersama Warner Music. Cover album rilisan semula agak sedikit berbeza berbanding dengan album asal.
Setelah
melahirkan 5 album studio, KOLEKSI EMAS: TERIMA KASIH TEMAN merupakan album kompilasi pertama Fauziah Latiff
yang diterbitkan oleh Happy Records.
Senarai lagu;
Terima Kasih Teman
Album studio keenam Fauziah Latiff, EPILOG MEMORI GELITA masih mengekalkan Adnan Abu Hassan sebagai penerbit. Album ini juga memberi impak yang besar kepada kerjaya Fauziah Latiff sebagai penyanyi kerana lagu ciptaan Adam Ahmad dan lirik oleh S Amin Shahab, 'Teratai Layu Di Tasik Madu' meraih beberapa anugerah utama di ANUGERAH JUARA LAGU 1993 anjuran TV3 seperti 'Anugerah Juara Lagu', 'Juara Kategori Balada' dan 'Persembahan Terbaik'. Senarai lagu;
Epilog Memori Gelita
Pada tahun 1997,
album ini
diterbitkan semula oleh EMI dan pada tahun 2011 album ini dirilis sekali lagi
oleh EMI bersama Warner Music.
Album ini merupakan album kompilasi kedua Fauziah Latiff. Senarai lagu;
Antara Kini Dan Semalam
Album raya rakaman baru berkonsepkan
lagu-lagu rakyat dan klasik lama yang liriknya diubahsuai untuk mood Raya turut
menampilkan Fauziah Latiff menyanyikan dua buah lagu 'Kenek Kenek
Udang' dan 'Tari Selendang'. Bagaimanpun 'Tari Selendang' ditukar tajuknya menjadi 'Senandung Mulia'
dan lagu tersebut dinyanyikan oleh Fauziah Latiff bersama Sham (Visa).
Senarai lagu;
Rasa Sayang Hari Raya
Kalau sebelumnya album studio Fauziah Latiff sepenuhnya diterbitkan oleh komposer Adnan Abu Hassan tetapi tidak untuk album studio ketujuh beliau, APA SEBENARNYA kerana Fauzi Marzuki, Mac Chew & Jenny Chin turut berkerjasama sebagai penerbit . 'Apa Sebenarnya', 'Sandarkan Ke Bahuku' dan 'Dari Kaki Tangga Ke Menara' menjadi lagu hit.Senarai lagu;
Apa Sebenarnya
Pada tahun 1997, album tersebut
diterbitkan semula oleh EMI dan pada tahun 2011 album ini dirilis sekali lagi
oleh EMI bersama Warner Music.
BUATMU
WANITA sebuah album yang diterbitkan oleh
BAKTI, sebuah badan amal dan kebajikan tenaga isteri-isteri dari Jabatan Perdana
Menteri. Album ini diterbitkan sempena MAJLIS AMAL BAKTI 1994 'BUATMU
WANITA' yang berlangsung di Hotel Hilton, Kuala Lumpur pada 9 Oktober 1994.
Album ini juga telah melibatkan penyanyi-penyanyi ternama tanahair seperti
Salamiah Hassan, Yusni Hamid, Rohana Jalil dan Fauziah Latiff bersama ahli-ahli BAKTI yang terdiri daripada isteri-isteri orang
kenamaan yang turut menyumbangkan suara mereka.
Fauziah Latiff menyanyikan sebuah lagu, 'Doa Di Bibirnya'.
Senarai lagu;
Permata Bonda (Koir BAKTI)
SAHABAT merupakan album studio kelapan dan yang terakhir Fauziah Latiff di bawah label Happy Record sebelum menyertai EMI. Album ini diterbitkan oleh Adnan Abu Hassan bersama Fauzi Marzuki dan Ross Ariffin. Senarai lagu;
Sahabat
Pada tahun 1997,
album ini
diterbitkan semula oleh EMI dan pada tahun 2011 album ini dirilis sekali lagi
oleh EMI bersama Warner Music.
Album ini merupakan album kompilasi ketiga Fauziah Latiff yang turut menampilkan dua lagu baru, 'Enggan' dan 'Alam Ceria'. Senarai lagu;
Enggan (lagu baru)
Album ini merupakan album kompilasi keempat Fauziah Latiff yang turut menampilkan dua lagu baru, 'Dia' dan 'Bukan Berpatah Arang'. Senarai lagu;
Dia (lagu baru)
Banyak album penyanyi di bawah label Happy Records telah diambil alih oleh syarikat rakaman EMI. EMI telah melakukan tindakan terbaik dengan inisiatif menerbitkan semula album-album tersebut termasuk album-album solo dan kompilasi milik penyanyi Fauziah Latiff. Salah satunya adalah album kompilasi pertama beliau KOLEKSI EMAS: TERIMA KASIH TEMAN (1993) tetapi telah ditukar tajuk kepada KOLEKSI EMAS: aku masih seperti dulu. Cover album juga agak berbeza tetapi masih mengekalkan susunan trek lagu seperti album asal.Senarai lagu;
Terima Kasih Teman
Sebuah lagi album koleksi Fauziah Latiff di bawah label Happy Records, PETIKAN SYAHDU (1993) diterbitkan semula oleh EMI dengan menukar tajuk album asal kep ada KOLEKSI EMAS vol 2: ENGGAN. Cover album juga agak berbeza tetapi masih mengekalkan susunan trek lagu seperti album asal.Senarai lagu;
Enggan
DIA merupakan album kompilasi pengenalan Fauziah Latiff sebagai artis terbaru syarikat EMI ketika itu. Sebenarnya ia adalah trek lagu yang sama yang diambil dari album kompilasi PETIKAN SYAHDU vol 2 (1993) yang pernah diterbitkan oleh syarikat rakaman lama Fauziah Latiff. Susunan trek lagu-lagunya juga sama seperti terbitan asal, cuma ia ditambah dengan lagu 'Dia' yang ditampikan dengan pelbagai versi. Senarai lagu;
Dia (versi Akustika, versi baru)
Album kompilasi GEMPAQ RAYA turut memuatkan 3 buah lagu raya rakaman baru termasuk lagu asal nyanyian Aman Shah, 'Kepulangan Yang Di Nanti' dinyanyikan semula oleh Fauziah Latiff). 2 buah lagu lainnya adalah lagu raya ciptaan baru, 'Di Ambang Syawal' (Rabbani) dan 'Senandung Lebaran ' (Aishah).Senarai lagu;
Takbir Raya (Harakat Madani)
Dua orang artis yang pernah menggegarkan industri muzik tanah air, Ratu Pop Fauziah Latiff dan Ratu Rock Ella telah digandingkan bersama dalam sebuah album kompilasi THE BEST OF RATU ROCK & RATU POP yang menampilkan lagu-lagu terbaik mereka. Senarai lagu;
Sembilu (Ella)
JEE '98 merupakan album studio ke 9 Fauziah Latiff dan yang pertama diterbitkan di bawah label EMI. Album Fauziah kali ini tanpa sentuhan komposer Adnan Abu Hassan dan mungkin untuk sesuatu pembaharuan maka EMI telah memilih ramai penerbit bebas seperti Ross Ariffin, Zul Mahat, Helen Yap, Zuriani Khalid, Eddie Marzuki & Razman turut terlibat untuk produksi album Fauziah Latiff kali ini. Bagaimanapun album ini kurang berjaya jika dibandingkan dengan album-album Fauziah Latiff sebelumnya. Hit utama dari album ini ialah 'Ku Pohon Kemaafan'.Senarai lagu;
Ku
Pohon Kemaafan
A lbum kompilasi FAUZIAH LATIFF NO. 1 terbitan EMI turut memuatkan sebuah lagu baru karya Ly & Baiduri, 'Setia Ku Korbankan'. Album ini bukan saja menonjolkan 'Setia Ku Korbankan' sebagai lagu paling popular sepanjang tahun 2000 tetapi album kompilasi tersebut memang sarat dengan lagu hit Fauziah Latiff dan amat bertepatan dengan tajuk album tersebut, FAUZIAH LATIFF NO. 1s.Senarai lagu; Setia Ku Korbankan (lagu baru) ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() Pada tahun 2000 album kompilasi ini diterbitkan semula (repackaged) dengan penambahan 'Setia Ku Korbankan' dalam versi instrumental dan minus one.
YANG
LEBIH KAU CINTA
merupakan album studio ke 10 dan yang kedua Fauziah Latiff di bawah label
EMI dan ditangani oleh ramai penerbit seperti Ross Ariffin, Helen Yap, Zul Mahat,
Amin Abdullah, Melly Goeslaw dan Manan Ngah. Dua lagu yang menonjol dari
album tersebut ialah 'Yang Lebih Kau Cinta' dan 'Kedinginan'.
Senarai lagu;
Yang
Lebih Kau Cinta
Album kompilasi FAUZIAH LATIFF NO. 1 yang pernah diterbitkan oleh EMI pada tahun 1999 dan 2000 kemudiannya diterbitkan sekali lagi pada tahun 2002 dengan penambahan 2 trek lagi dari album studio Fauziah Latiff, YANG LEBIH KAU CINTA.. Senarai laguu ;
Yang Lebih Ku Cintaa
Penerbitan album yang mengandungi lagu-lagu
patriotik ini adalah hasil sumbangan Persatuan Bekas Pelajar MRSM Malaysia (ANSARA)
dan Prima Muzik Sdn Bhd demi memartabatkan serta menghidupkan kembali lagu-lagu
patriotik yang semakin kurang diminati di kalangan rakyat khususnya generasi
muda. Album SUARA MERDEKA menampilkan lagu-lagu patriotik lama dan baru
yang dipersembahkan oleh artis-artis popular tanahair seperti Aris Ariwatan,
Nora, Rozita Izlyn, Roy, Camelia, Ruhil, Hattan, Adibah Noor dan Fauziah Latiff
yang mendendangkan sebuah lagu 'Jalur Gemilang'.
Senarai lagu; Negaraku (instrumental)
Putera
Puteri (nyanyian ramai)
Album komiplasi CD berkembar ini turut memuatkan 2 buah lagu baru berirama balada, 'Menjauhkan Diri' karya Ross Ariffin dan Juwie manakala 'Detik' karya bersama Rudy Etton, Darwish & Fauziah Latiff. Senarai lagu;
CD1:
Menjauhkan Diri
(lagu baru)
CD2:
Detik (lagu
baru)
Senarai lagu;
CD1:
T
CD2:
Aku Redha
PESONA menghimpunkan lagu-lagu hits penerbit terkenal dari
Amerika Syarikat, Jim Brickman dan dinyanyikan semula dengan
lirik bahasa Melayu oleh Fauziah Latiff. Kedua-duanya
dikenali begitu sinonim dengan lagu-lagu berirama perlahan penuh
syahdu. Selain menyanyikan himpunan lagu-lagu hit ciptaan
Brickman, Fauziah Latiff juga merakamkan semula lagu popularnya,
antaranya, 'Sahabat' tetapi kini berkolaborasi dengan
penyanyi Filipina, Phobe.
Album ini diterbitkan oleh Fauziah Latiff sendiri bersama komposer Sharon Paul.
Senarai lagu;
Hakikat Cinta
(Your Love)
Senarai lagu;
Batas Menanti
Senarai lagu;
CD1:
Terima Kasih Teman
CD2:
Gubahan Rindu Puisi Syahdu
Senarai lagu;
Di Gamit Memori
Buat julungkalinya, dua penyanyi pujaan era 80/90an yang telah pun bertapak di hati peminat arena seni tanahair, Fauziah Latiff dan Francissca Peter digandingkan bersama dalam sebuah album kompilasi yang bertemakan lagu-lagu cinta dalam irama balada yang mengasyikkan.
Senarai lagu;
CD1:
Dia (versi 1984) (Fran)
CD2:
Senarai lagu;
CD1:
Di Landa Asmara
CD2:
Album kompilasi yang menggabungkan dua penyanyi pop pujaan era 90'an; Ziana Zain dan Fauziah Latiff. Senarai lagu;
CD1
Ziana Zain:
Puncak Kasih
CD2
Fauziah Latiff:
Teratai Layu Di Tasik Madu
Sekali lagi Ratu Pop Fauziah Latiff
dan Ratu Rock Ella digandingkan bersama dalam sebuah album kompilasi tetapi kali
dalam 2CD berkembar yang pasti menampilkan lebih banyak lagu-lagu terbaik mereka
berbanding album kompilasi sebelumnya.
Senarai lagu;
CD1:
CD2:
Dia (Fauziah Latiff)
Senarai lagu; CD1: Aku![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() CD2: Bayangan Kenangan![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() CD3: Di Gamit Memori![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() CD4: Kalah Atau Mengalah![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() CD5: Menjauhkan Diri![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() CD6: Sekilas Senyumanmu![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]()
Senarai lagu;
CD1
Sheila Majid: ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() CD2 Ella: Sembilu![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() CD3 Fauziah Latiff: Di Gamit Memori![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() CD4 Seha: Seloka Cinta Remaja![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]()
Senarai lagu;
CD1:
CD2:
![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]()
Senarai lagu;
CD1:
CD2:
Gubahan Rindu Puisi Syahdu
CD3:
Senarai lagu;
CD1:
CD2:
Sudah 10 tahun lamanya sejak Fauziah Latiff mengeluarkan album studio terakhirnya, PESONA.
Penantian akhirnya berakhir apabila Fauziah Latiff mengeluarkan single 'Takdir
Cinta' ciptaan Sharon Paul dengan lirik yang ditulis oleh Ahmad Fedtri
Yahya. Lagu itu juga merupakan runut bunyi asal untuk
drama bersiri TV3, SEINDAH TAKDIR CINTA, diterbitkan oleh Zeel
Production. Single ini kemudiannya dimuatkan dalam album
kompilasi TAKDIR CINTA (Life Records, 2017).
Penyanyi Royston Sta Maria daripada duo pop terkenal era 80an,
Roy & Fran, kembali dengan dua buah lagu gubahan terbaru
beliau.
Tetapi kali ini, daripada berduet dengan Francissca Peter, Roy
telah bergandingan dengan penyanyi dekad 90an, Fauziah Latiff
dalam lagu 'Tanpa Noktah' dan 'Suka
Suka'. Roy merupakan penerbit penuh album studio
pertama Fauziah Latiff, DI GAMIT MEMORI (1988). Lagu balada 'Tanpa
Noktah' ditulis oleh penulis lirik Habsah Hassan,
manakala 'Suka Suka' yang sedikit lebih ceria
dan lebih banyak bercakap tentang kebebasan dan impian ditulis
liriknya oleh Slen Fadzil.
![]() Single 'Mencintaimuu' merupakan ciptaan Sharon Paul dan lirik oleh Rozisangsewi & Marr Mohamad. Lagu ini merupakan lagu tema untuk drama bersiri Astro Ria, PEWARIS CINTA yang turut dilakonkan oleh Fauziah Latiff. 'Mencintaimu' belum di muatkan dalam mana-mana album/kompilasi Fauziah Latiff ataupun album kompilasi pelbagai artis..
Single 'Tak Terpisah' merupakan satu projek istimewa Fauziah Latiff bersama penyanyi yang berasal dari Sarawak, JessC atau nama sebenarnya Jesie Chung. Lagu ciptaan John Zoe dan lirik oleh Paul Vision kemudiannya turut dimuatkan dalam mini album bahasa Melayu JessC yang bertajuk DEKATI yang terjual di seluruh platform digital. |