dikemaskini
|
Selamat datang ke lelaman MY CD COLLECTION. Lelaman ini memaparkan info senarai lagu kesemua CD yang menjadi milik peribadi saya. Lelaman utama MY CD COLLECTION akan memaparkan KOLEKSI 10 CD TERKINI yang baru menjadi milik peribadi, tidak kira sama ada CD itu baru dipasarkan atau sebaliknya. KOLEKSI 10 CD TERKINI hanya akan dikemaskini pada setiap Sabtu sahaja. Terima kasih kepada rakan yang menaruh minat terhadap CD tertentu (terutamanya yang mungkin sukar dicari di pasaran) dan untuk pengetahuan anda setakat ini saya belum bersedia untuk menjualnya. Kamal MS (Carmahl MS) |
||||
|
||||
|
HAVOC RAYA –
Various Artist
Terdapat sebuah lagu raya rakaman baru dari ForUToC (dulunya dikenali '42UC') yang juga pernah mereka rakamkan untuk mini album ❤2CU (BMG, 1993). Tajuk asal lagu ini ialah 'Syawal' dan merupakan lagu raya baru yang amat popular ketika itu. Manakala lagu raya 'Tak Dapat Cuti Raya' merupakan lagu asal 'Suasana Hari Raya' nyanyian Anuar & Ellina yang telah diubah liriknya. |
|||
|
LEMBARAN SYAWAL –
Hijjaz, UNIC, Mestica, Ae-man & Suhaimi Saad
Album raya yang menampilkan lagu-lagu baru dan rakaman semula lagu klasik raya turut memeperkenalkan pendatang baru Diana Naim. Dalam tahun yang sama, Hijjaz Records telah menerbitkan album mini Diana Naim, DUHAI HATI. |
|||
|
SALAM LEBARAN ... MESTI BALIK RAYA
–
Akademi Fantasia AF1 & AF4 CD 1: Salam Raya - Akademi Fantasia (2001)
CD 2:
SALAM LEBARAN ... MESTI BALIK RAYA menampilkan 2CD. CD 1 adalah trek penuh dari album SALAM RAYA AKADEMI FANTASIA (edaran NAR, 2001) nyanyian artis Akademi Fantasia musim pertama. Manakala CD 2 merupakan album raya terbaru terbitan terkini Maestro dengan menampilkan 2 lagu baru raya dan selebihnya adalah lagu raya klasik yang dinyanyikan semula oleh artis Akademi Fantasia AF4. Dua lagu baru tersebut ialah 'Mesti Balik Raya' nyanyian artis AF4 dan lagu balada raya yang cukup menarik 'Ayah Aku Rindu Padamu' dinyanyikan oleh Mawi dari AF3. |
|||
|
QASIDAH
–
Bimbo
|
|||
|
MELAKAR CINTA DI PINTU SYURGA – Various Artist(Gurindam Entertainment / EMI, 2006)
|
|||
|
NGAM HO
– Spider
Album terbitan semula ini agak berbeza dari kulit album cetakan pertama. Bagaimaanpun susunan trek lagu tiada perubahan. NGAM Ho merupakan album pengenalan Kumpulan Spider yang bergenre rock yang mempunyai pengaruh ska. Spider Ditubuhkan pada tahun 1996 dan dianggotai 4 orang anak muda dari Johor iaitu Tam Spider (Vokal/Gitar), Hanafi (Gitar), Tony (Bass) dan Yem (Drum). Bakat mereka diasah oleh komposer terkenal M Nasir di bawah syarikat rakaman Luncai Emas. |
|||
|
MELETUP – Various Artist (SRC, 1998)
Bonus VCD-MTV
Album kompilasi MELETUP turut memuatkan dua lagu baru nyanyian Siti Nurhaliza; 'Tiga Malam' dan 'Betapa Ku Cinta Padamu'. Sebelumnya 'Tiga Malam' telah dirakam oleh Siti Nurhaliza secara duet dengan kumpulan 2 by 2 untuk album 2 by 2 PAK PUNG PAK MUSTAFE (1997). Untuk pasaran di Indonesia, lagu 'Aku Cinta Padamu' telah dirakam semula dan ditukar tajuk kepada 'Betapa Ku Cinta Padamu' dan setakat ini lagu versi Indonesia ini hanya boleh didapati melalui album MELETUP sahaja. |
|||
|
LAGU-LAGU DARI FILEM
& KENANGAN LAMA vol
3
– Abdullah Chik &
Noraniza Idris
|
|||
Boxset istimewa yang mengandungi 4 CD koleksi sensasi Tan Sri P Ramlee merupakan koleksi album rilisan semula yang buat pertama kalinya diterbitkan dalam format CD pada tahun 1990 & 1991. Bagaimanapun untuk pakej istimewa tahun 2022, kesemua lagu lagu dari album tersebut telah melalui proses 'digital remaster' di Abbey Road Studios, London. Boxset yang terhad ini juga menghadiahkan wajah-wajah klasik P Ramlee & Saloma intuk set kalendar 2022. Senarai 4 CD yang terkandung dalam boxset TAN SRI P RAMLEE: |
||||
|
CD 1:
SIRI KENANGAN ABADI vol I (1939-1973)
–
Tan Sri P Ramlee
|
|||
|
CD 2:
SIRI KENANGAN ABADI vol II (1939-1973)
–
Tan Sri P Ramlee
|
|||
|
CD 3:
SIRI KENANGAN ABADI vol III (1939-1973)
–
Tan Sri P Ramlee
|
|||
|
CD 4:
LAGU LAGU TERBAIK
DARI TEATER
–
Tan Sri P Ramlee
|
|||
|
BIOGRAFI
–
Nora CD 1:
CD 2:
|