\

 

OSK Iringi Konsert Klasik

Kembali Ke Menu Utama INFO SENI

Orkestra Simfoni Kebangsaan (OSK) ditubuhkan pada 1989 apabila Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan Malaysia melantik 17 ahli muzik professional sebagai asas kepada penubuhan orkestra terbabit dengan bantuan kerajaan Jepun yang menyumbangkan sebahagian besar alat-alat muzik untuk pembangunan OSK.

Hanya pada 1993, OSK dilancar secara rasmi oleh Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan ketika itu, Datuk Sabbaruddin Chik dengan Abdul Fatah Karim dilantik sebagai konduktor OSK pertama.

Pemimpin OSK, Mustafa Fuzer Nawi bersama pemuzik OSKKini, OSK berada di bawah kepimpinan Mustafa Fuzer Nawi yang mengambil alih pimpinan kumpulan pemuzik itu sejak 2000.  OSK juga mengambil tempat di Istana Budaya sebagai rumah residen mereka.

Serampang Dua Mata

OSK bukan sekadar pembuat dan mengiringi persembahan, malah berperanan sebagai serampang dua mata untuk menyokong identiti nasional dan juga pelopor kepada pembangunan semula muzik klasik.  Bukan hanya mempersembahkan lagu klasik dengan baik dan bertaraf antarabangsa, OSK juga mempelopori lagu tempatan dan juga tradisional ke peringkat lebih tinggi.

Ini menyaksikan OSK diterima di peringkat antarabangsa apabila dijemput untuk mengadakan persembahan hingga ke luar negara, antaranya di Esplanade, Singapura (2003), Tokyo dan Osaka, Jepun sempena Asia Orchestra Week 2004.

Begitu juga di peringkat tempatan yang mana OSK ditawar mengadakan persembahan, selain mengiringi konsert antaranya Konsert Klasikal OSK Muiscal (Sound of Music International Piano), Festival Pop, Konsert Tanah Pusaka, Melodi Emas Ahmad Nawab I & II, Tribute to P Ramlee, Salam Terakhir Untukmu Sudir Siti Nurhaliza, Konsert Bahtera Merdeka Ahmad Jais, Aku Penghibur Jamal Abdillah.

Turut Diiringi OSK

Selain itu, sebagai residen orkestra di Istana Budaya (IB), konsert dan persembahan yang diadakan di IB turut diiringi OSK.

Komitmen OSK juga lebih besar untuk mencungkil bakat-bakat baru menerusi Program Asuhan Seni yang dianjurkan untuk mencari pemuzik muda yang berkemampuan, malah ada antara pemuzik ini berjaya menempatkan diri di Institusi Pengajian Tinggi (IPT), selain diserapkan dalam OSK dan juga Malaysia Philharmonic Orchestra (MPO) atau menjadi guru muzik

Sumber:  B*POP (Berita Minggu, 12 Mei 2013)

 

Lagu Latar: Salam Terakhir – Siti Nurhaliza diringi Orkestra Simfoni Kebangssan (OSK) untuk Konsert Live 'SALAM TERAKHIR SITI NURHALIZA: UNTUKMU SUDIR.'