Screamo subgenre muzik rock

Kembali Ke Menu Utama Info Muzik

Tahukah anda, Screamo adalah subgenre kepada muzik rock yang melalui proses evolusi daripada muzik hardcore punk dan emo pada awal 1990-an.  Istilah Screamo pada awalnya digunakan untuk cabang muzik emo yang lebih agresif dan mula berkembang di San Diego pada 1991.  Muzik begini biasanya menggunakan tempo pendek dan kedengaran agak huru-hara dan sumbang namun dinamik.  Mesej cuba disampaikan pula biasanya ada kena mengena dengan politik.

Alat muzik yang biasanya digunakan ialah dram, bass, gitar dan vokal.

Sesetengah kumpulan lain lebih keras lagi pendekatannya sehingga boleh dikaitkan dengan noise rock dan gaya grindcore.  Begitupun pada awal 2000, nama genre itu mula diterjemahkan dalam nada lebih perlahan dan gaya kurang sumbang selepas meminjam elemen muzik alternatif rock.  Perubahan itu dilihat paling ketara sejak ia digunakan cukup meluas dalam artikel terbitan New York Times sekitar 2003.

Terjemahan berubah selepas dilanda pengaruh gelombang kedua itu dianggap cukup kontroversi oleh pengamal peminat gaya Screamo asal.  Ada sesetengah pemuzik melihat pemahaman pengikut muzik terhadap terjemahan itu semakin banyak cacat celanya terutama di Amerika Syarikat. 

Ketika gelombang pertama melanda San Diego pada 1991, Screamo sering diperdengarkan di Che Cafe menerusi kumpulan Heroin, Antioch Arrow, Angel Hair, Mohinder Swing Kids dan Potraits of Past.  Kumpulan muzik ini rata-rata dipengaruhi hardcore (seperti National of Ulysses dan Fugazi), Straight Edge dan kumpulan post punk seperti Joy Division dan Bauhaus.

Kumpulan muzik Screamo semakin berubah ke arah teatrikal dan disesuaikan dengan aspek yang wujud dalam gothic rock dan synthpop seperti dibawakan kumpulan VSS, Pleasure Forever, the Crimson Curse, The Locust dan The Rapture.  Sementara itu kumpulan seperti The Plot to Blow the Eiffel Tower menggabungkan gaya punk dan jazz.  Apapun sama seperti muzik emo, istilah Screamo masih dianggap kontroversi dalam gelanggangnya sendiri.

Gaya muzk Screamo asal masih lagi kedengaran dan dimainkan banyak kumpulan muzik terutama di Eropah.  Amanda Woodward, Louise Cyphere, La Quiete dan Raein antara contoh paling menonojol dalam gelanggang muzik Eropah.  Kumpulan muzik ini biasanya menerbitkan album mereka sendiri ataupun menerusi label bebas.  Biarpun, senario muzik screamo kontemporari bersifat "do it yourself" (DIY), ia tersebar meluas di Eropah, masih banyak lagi kumpulan yang aktif di Amerika.  Antaranya, Comadre dari Redwood, Off Minor (bekas Saetia) dari New York dan Who Calls So Loud (bekas Funeral Diner) dari San Francisco dan Tentacle's a Flower dari Texas.

Sumber:  Bintang Popular (Berita Minggu - 19 Oktober 2008, oleh Suzan Ahmad)

 

Lagu Latar: Introducing Elizabeth – Antioch Arrow