SPACE ROCK POPULAR SEJAK ERA '70-AN

Kembali Ke Menu Utama Info Muzik

Tahukah anda, Space Rock adalah subgenre kepada muzik rock.  Istilah ini asalnya merujuk kepada kepada kumpulan muzik kebiasaannya progresif rock British era 1970-an dan band psychedelic seperti Hawkwind dan Pink Floyd.

Muzik mereka dikategorikan sebagai perlahan, instrumental yang lama dan panjang serta didominasi synthesisers, kerja gitar yang sangat eksperimental dan tema lirik cenderung ke arah fiksyen sains.  Begitupun, terjemahan ini berubah dan merujuk pula band alternatif rock British sekitar 1980-an yang wujud hasil pengaruh kumpulan muzik terdahulu hingga terhasil irama lebih melodik dalam suasana dan bentuk muzik pop.

Space Rock bangkit sekitar akhir 1960-an dalam gelanggang muzik psychedelic di Britain dan sering dikaitkan gelombang pengaruh progresif rock pada ketika yang sama.

Album awal Pink Floyd dianggap merintis pembangunan Space Rock dalam trek tertentu.  Sebagai contoh, Astronomy Domine dan Interstellar Overdrive menerusi album sulung berjudul THE PIPER AT THE GATES OF DAWN.  Album kedua mereka, A Saucerful Of Secrets mengandungi beberapa lagi contoh relevan seperti Let There Be More Light dan Set The Controls For The Heart Of The Sun yang sarat dengan tema David Bowiefiksyen sains. 

Lagu The Beatles berjudul Flying pada asalnya diberikan judul Aerial Tour Instrumental, adalah contoh instrumental psychedelic mengenai perasaan berupaya untuk terbang sama ada dengan pesawat mahupun di ruang angkasa.  Lagu kumpulan The Rolling Stone pada 1967 berjudul 2000 Light Years From Home, juga banyak mengandungi pengaruh sama dalam lagu Pink Floyd.  Jimi Hendrix juga antara perintis terawal genre ini, dengan trek seperti Third Stone From The Sun (1983 - A Merman I Should Turn To Be) dan Stars That Play With Laughing Sam's Dice.

Lagu David Bowie, Space Oddity (1969) boleh dianggap sebagai contoh terbaik muzik Space Rock sehingga diiktraf sebagai muzik arus perdana. 

Sumber:  Bintang Popular (Berita Minggu - 2 November 2008, oleh Suzan Ahmad)

 

Lagu Latar: Space Oddity – David Bowie