Quinary M bubar selepas bapa meninggal dunia

Kembali Ke Menu Utama Info Muzik

Tahukah anda, kumpulan Quinary M adalah kumpulan muzik yang dianggotai lima bersaudara yang pernah menghidupkan pentas seni hiburan tanah air era 1970-an.  Quinary M dianggotai Mahani yang bermain percussion, Mahayon (bass), Maznah (gitar), Mazlan (keyboard) dan Mazuin (drum dan vokal).

Kumpulan ini mula merakam album pertama pada 1979 berjudul Cinta Palsu diikuti dua lagi album iaitu Kasihku Bagaikan Debu pada 1980 dan Kini Kau Berubah (1981).  Kerjaya dan pembabitan muzik Quinary M secara serius bermula ketika Mazlan bergandingan bersama adiknya, Mazuin menyertai sebuah rancangan televisyen terbitan RTM pada 1974.

Ketika itu, Mazlan baru berusia 12 tahun, manakala adiknya berumur lapan tahun.  Rancangan yang disertai itu adalah sebuah rancangan pencarian bakat kanak-kanak kendalian Jamal Mohamad.  Dalam rancangan itu, Mazlan menunjukkan bakatnya bermain gitar manakala adiknya pula menyanyi.

Bagaimanapun, setahun selepas itu, mereka sekeluarga berpindah ke Moscow, Russia kerana mengikut bapanya Hamzah Ramli yang bertugas sebagai diplomat ketika itu.  Semuanya mula berubah ketika di Moscow dan perjalanan seni adik beradik ini pula mula berkembang. 

Apa yang membanggakan, ketika itu mereka sudah berpeluang mengadakan persembahan di stesen televisyen Moscow atas usaha ayah mereka.  Dia melihat bakat anak-anaknya dalam bidang muzik dan bermula detik itu menubuhkan 'The M' memandangkan pangkal nama anak-anaknya yang bermula dengan huruf M.

Tiga tahun selepas itu, mereka berpindah kembali ke Malaysia dan peluang ini terus diambil untuk memperkembangkan lagi bakat seni mereka.  Mazlan sendiri memenangi tempat keempat dalam pertandingan Bakat '78 terbitan RTM.  Berikutan itu, nama kumpulan juga ditukar menjadi Quinary M.  Quinary M diambil daripada bahasa muzik yang membawa maksud lima, tambahan pula Quinary M adalah kumpulan pertama seumpamanya di Malaysia yang menampilkan semua anggotanya adik beradik.

Dia yang pernah merakamkan album solonya pertama berjudul Aku Dan Diriku pada 1984 diikuti album kedua berjudul Refleksi tiga tahun kemudian.  Mazuin mengukir sejarah negara apabila menikahi sejarah negara apabila menikahi adinda Sultan Brunei, Pengiran Muda Sufri Bolkiah pada 1987.  Bagaimanapun, Mazuin yang kini hanya dikenali sebagai Hajah Mazuin Hamzah bercerai pada 2004.

Sumber:  Bintang Popular (Berita Minggu - 11 Januari 2009, oleh Suzan Ahmad)

 

Lagu Latar: Cinta Palsu Quinary M