Penggubah muzik 'segarkan' melodi

Kembali Ke Menu Utama Info Muzik

Tahukah anda, dalam dunia muzik, arrangement yang bermaksud penggubahan atau penyusunan merujuk kepada sama ada menggubah semula ciptaan lagu sedia ada dengan penambahan material baru dan lebih segar.  Ia bagi mengembangkan lagi sesebuah rangka komposisi sebuah muzik. 

Jika adaptasi sesebuah muzik tidak membabitkan material baru, ia lebih sesuai diterjemahkan sebagai transkripsi.

American Federation of Musicians menterjemahkan 'arranging' atau penggubahan sebagai seni menyediakan dan mengadaptasikan komposisi sedia ada untuk persembahan daripada bentuk yang asal.  Sesebuah arrangement mungkin dan boleh membabitkan pengharmonian semula, parafrasa, atau pembangunan sesebuah komposisi, supaya ia mampu mendukung struktur melodic, harmonic dan rhytmic.

Pengorkestraan pula berbeza di mana ia hanya menyesuaikan muzik untuk orkestra atau ensemble muzik, manakala arranging pula membabitkan penambahan teknik gubahan tertentu seperti material yang mendukung tema tertentu contohnya untuk pengenalan, transisi atau modulasi dan juga akhiran. 

Gubahan muzik adalah seni yang memberi melodi pelbagai kepada muzik sedia.  Sesebuah gubahan muzikal yang memuaskan biasanya memberikan 'kontras di antara bunyi nada tinggi dan rendah'.  Elakkan berlaku pertindanan berat dalam gubahan dengan memberi penekanan terhadap seksyen solo.

Bersikap telus secukupnya bagi membenarkan jalinan muzikal itu didengar dengan jelas dan nyata dan tidak membebankan instrumen dengan terus bermain sepanjang persembahan.  Dalam rakaman muzik popular atau muzik pop, penggubah sering menambah bahan tertentu dalam orkestra atau instrumen band membabitkan material baru.  Penggubah begini sering dikenali sebagai komposer bersama.

Bahagian 'Rhythm section' biasanya diberi improvisasi atau jika tidak dicipta oleh artis sendiri menggunakan simbol chord atau lembaran utama 'lead sheet' sebagai garis panduan.  (Instrumen rhythm section termasuk gitar, gitar bass, bass string, piano dan instrumen keyboard lain juga dram.)

Lagu pop sedia ada boleh dirakam semula dengan penggunaan gubahan berbeza daripada versi asal.  Seperti penggunaan instrumen berbeza, tempo, tanda masa dan kunci utama juga boleh diubah, kadangkala terlalu drastik.  Akhirnya terhasillah sebuah lagu yang masih mengekalkan frasa dan lirik yang kita kenal, namun menawarkan sesuatu yang baru.  Amalan ini cukup popular sekitar lewat 1960-an.  Contoh paling kuat ialah versi Joe Cocker yang menyanyikan semula lagu The Beatles' With a Little Help from My Friend.

Kumpulan muzik yang berasal dari Amerika Syarikat, Vanilla Fudge dan kumpulan British, Yes menyandarkan peringkat awal kerajaya mereka pada muzik hit kontemporari radikal yang digubah semula.  Kebanyakan remix, terutama dalam muzik dance, juga boleh dianggap sebagai muzik yang digubah semula dalam gaya muzik ini.

Sumber:  Bintang Popular (Berita Minggu - 13 April 2008, oleh Suzan Ahmad)

 

Lagu Latar: With A Little Help From My Friend – Joe Cocker