Pemuzik Heavy Metal Sering Terima Ancaman

Kembali Ke Menu Utama Info Muzik

Tahukah anda, muzik heavy metal (juga dikenali sebagai metal) ialah cabang genre muzik rock yang mula berkembang akhir 1960-an dan awal 1970-an.  Berakar daripada irama blues-rock dan psychedelic rock, kumpulan muzik yang mencipta muzik heavy metal menghasilkan sound berpusat kepada bunyi gitar dan dram berat dan pekat, karakter sound itu juga dikuatkan distortion yang tinggi dan petikan gitar solo yang pantas.

Berdasarkan buku All Musiz Guide, dalam banyak-banyak bentuk rock & roll, heavy metal adalah yang paling ekstrim dari segi volume, sifat macho dan teaterical.  Sejak awal terbentuknya heavy metal, ia sudah punya pengikut setia di seluruh dunia dikenali sebagai metalheads atau headbanger.

Walaupun kumpulan heavy metal di peringkat awal seperti Led Zeppelin, Black Sabbath dan Deep Purple menarik sejumlah penonton yang ramai, mereka sering dikritik dan dicerca ketika itu.  Status ini memang sudah sebati dan menjadi sejarah genre itu.

Pada pertengahan 1970-an, Judas Priest membantu menyebarkan evolusi genre ini dengan membuang sebahagian besar pengaruh blues.  Gelombang baru heavy metal British menyusul dan bekembang dalam urat saraf yang sama, membentuk punk rock yang lebih daya kepekaan dan memberi penekanan kepada kelajuan. 

Pada pertengahan 1980-an, pengaruh pop dalam glam metal menjadi faktor utama wajah heavy metal berubah menjadi lebih komersial.  Senario undergound menyaksikan lebih banyak lagi gaya lebih ekstrim dan agresif, contohnya thrash metal, yang mula menular ke arus perdana, selain juga death metal.

Sejak pertengahan 1990-an, gaya seperti metal, yang sering mewujudkan elemen funk dan hip-hop; dan metalcore, yang digarap bersama extreme metal dan hardcore punk, lebih memperluaskan lagi definisi genre ini.

Tahukah anda genre ini berasal dari United Kingdom dan Amerika Syarikat pada akhir 1960-an.  Instrumen muzik yang sering digunakan ialah gitar elektrik, bass, dram dan keyboard.  Di Malaysia, kumpulan muzik thrash metal yang cukup ternama bukan saja di tanah air malahan luar negara adalah Cromok.

Cromok yang aktif sekitar 1990 sehingga 2005 adalah kumpulan thrash metal terbaik negara, malah digelar sebagai band otai di kalangan penggiat muzik thrash metal di tanahair.  Dianggotai Sam, Karl, Miji dan Din, mereka asalnya adalah pelajar yang sedang menuntut di Australia dan di sanalah kumpulan ini ditubuhkan.

Sumber:  Bintang Popular (Berita Minggu - 23 Disember 2007, oleh Suzan Ahmad)

 

Lagu Latar: UnicornCromok