Limbo sebenarnya berasal dari Trinidad

Kembali Ke Menu Utama Info Muzik

Limbo ialah sejenis tarian yang berasal dari kepulauan Trinidad, biarpun dalam kebanyakan masa, orang sering menganggap ia berasal dari Hawaii apabila sering dikaitkan dengan limbo.

Penari bagi tarian jenis ini menari mengikut irama berentak Caribbean, kemudian melenturkan badan ke belakang dan terus melalui bawah kayu yang diletak secara mendatar tanpa menyentuhnya.  Sekiranya mana-mana bahagian tubuh menyentuh palang kayu atau ia terjatuh ke belakang, penari itu dikira batal.

Apabila beberapa penari bertanding, mereka bergerak secara perseorangan manakala kayu akan diturunkan sehingga hanya seorang penari saja tidak menyentuh kayu dan lantai, tinggal.  Dalam tahun-tahun sebelumnya, tarian limbo dikenali sebagai tarian sosial untuk menyambut tetamu atau perlawanan untuk pelancong di Caribbean dan resort tropikal yang lain.

Penari yang menang akan diberikan hadiah.  Perkataan ini berasal dari dialek Bahasa Inggeris Trinidad, iaitu mengikut kamus Merriam-Webster, limba bermaksud untuk melenturkan badan.

Limbo yang digunakan untuk menggambarkan satu bentuk tarian mula popular sekitar 1950-an.  Limbo adalah perkataan yang diambil dari India Barat Inggeris iaitu limber Limber ialah perkataan yang wujud sejak turun ke-16 digunakan secara dialeknya untuk merujuk pergerakan ke depan dan ke belakang. 

Sejajar kepercayaan orang Afrika, tarian itu menggambarkan keseluruhan putaran kehidupan manusia.  Penari pula bergerak melalui kayu yang diturunkan dari paras dada, seorang penari lain akan muncul ke sebelah lain, di mana tatkala kepala mereka melepasi kayu, ia seolah pertembungan antara kehidupan dan kematian.  Tarian ini juga digunakan sebagai tarian kematian dan turut dikaitkan dengan African legba atau tarian legua.

Sumber:  Bintang Popular (Berita Minggu - 18 Mei 2008, oleh Suzan Ahmad)