Kenali perjuangan Vai

Kembali Ke Menu Utama Info Muzik

Tahukah anda, Steven 'Steve' Siro Vai (lahir pada 6 Jun, 1960 di Carle Place, New York) bukan saja dikenali sebagai pemain gitar instrumental rock terkenal tetapi penggubah lagu, vokalis, penerbit dan pelakon yang cukup dikagumi.  Selepas memulakan kerjaya profesional sebagi 'music transcriptionist' untuk Frank Zappa, Vai merakam album dan menjelajah seluruh benua bersama kumpulan Zappa bermula 1980.

Gitaris ini mula bergerak solo bermula 1984 dan pernah menerbitkan 13 album solo sehingga 2008.  Selain sumbangannya terhadap Frank Zappa, Vai juga pernah merakam kerja seninya dan menjelajah ke seluruh dunia sebagai pemain gitar jemputan untuk Alcatrazz, David Lee Roth dan Whitesnake.  Vai juga adalah anggota wajib yang sering menyertai Jelajah Konsert G3 yang mula diperkenalkan pada 1996.  Pada 1999, Vai menubuhkan syarikat rakamannya sendiri, Favored Nations dalam usaha untuk cuba menampilkan seperti kata Vai sendiri: "... artist that have attained the highest performance level on their chosen instruments." 

Dari segi skil permainan, Vai cukup dikenali sebagai gitaris rock yang cukup advance dari segi skil teknikal dan digelar sebagai 'virtuoso' dalam gelanggang muzik gitar.  Dia menguasai banyak teknik persembahan termasuk legato, pinch harmonics dan volume swells.

Album Passion and Warfare (1990) menerusi lagu balada For The Love of God menerima pujian dan kritikan membina sebagai antara kerja dan hasil Vai yang terbaik.

Gaya permainan Vai juga dikatakan bersifat aneh dan canggung, semestinya kerana kepakarannya dan dibantu alat kemudahan teknikal serta pengetahuan dan teori muzik yang mendalam.  Dia sering menggunakan gitar ekostik bermain gitar jenis double dan triple neck dianggap sebagai pemuzik pertama menggunakan gitar tujuh tali dalam konteks muzik rock.  Bersama Ibanez, dia mereka cipta jenama gitar tujuh talinya sendiri dinamakan Ibanez Universe.

Pada 2005, Vai menjadi penyokong rasmi Little Kids Rock, sebuah organisasi bebas yang menyediakan instrumen muzik secara percuma dan kelas percuma kepada kanak-kanak di sekolah awam di seluruh Amerika Syarikat.  Vai juga menubuhkan Favored Nations, syarikat rakaman di peringkat antarabangsa.  Favored Nations terbahagi kepada tiga bahagian Favored Nations, Favored Nations Acoustic dan Favored Nations Cool (Jazz style).

Vai berkahwin dengan Pia Maiocco, bekas permain bass kumpulan Vixen.  Vai dan Maiocco mempunyai dua anak, Julian Angel dan Fire.  Pada waktu lapang, Vai suka menghabiskan masa dengan ternakan lebah miliknya dan hasil jualan madu lebah itu disalurkan untuk Make A Noise Foundation.

Sumber:  Bintang Popular (Berita Minggu - 16 November 2008, oleh Suzan Ahmad)

 

Lagu Latar: For The Love Of GodSteve Vai