Genre 'glam rock' berkonsep teaterikal

Kembali Ke Menu Utama Info Muzik

Tahukah anda, genre glam rock berkembang dari gelanggang Psychedelic Inggeris dan art rock sekitar akhir 1960-an lagi.  Takrifan glam rock diperjelaskan lagi dengan kehadiran artis seperti T Rex, Roxy Music, Steve Harley dan Cockney Rebel dan David Bowie, tidak ketinggalan menerusi kemunculan kumpulan dengan aksi teaterikal seperti The Cocketters, selain penghibur seperti Lindsay Kemp dan Syd Barrett dari Pink Floyd.

Asal usul glam rock semakin diterima umum selepas kemunculan Tyrannosaurus Rex sebuah kumpulan yang diterbitkan Tony Visconti dan perjuangkan legenda John Peel.  Penyanyi utama kumpulan itu, Marc Bolan kemudian menukar nama kumpulan itu kepada T Rex dan mula melonjak naik menerusi lagu yang pernah menjadi nombor satu di United Kingdom berjudul Ride A White Swan sekitar Disember 1970.  Ini memberikan laluan kepada glam rock dan memperkenalkan kumpulan itu sebagai fenomena pop.

Menyusul selepas T Rex adalah kumpulan muzik terkemuka lain seperti Slade dan Roxy Music, tidak dilupakan persona Ziggy Stardust oleh David Bowie, yang bertanggungjawab membawa pengaruh glam rock serta popularitinya di Amerika Syarikat.

Pengaruh itu juga membawa kepada kehadiran artis Amerika seperti Lou Reed, Iggy Pop, New York Dolls, Jobriath  dan Alice Cooper yang turut membawakan genre glam atau gaya muzk dengan pengaruh glam. 

Glam sendiri sebenarnya adalah kombinasi pelbagai gaya muzik yang cukup nostalgia, termasuk seni visual dan muzik, bermula dari Hollywood glamor sekitar 1930-an sehinggalah 1950-an.  Glam juga cukup dikenali kerana kekaburan seksual, jantina dan androgini serta penggunaan elemen teaterikal.

Sepanjang era populariti glam rock, semakin banyak persembahan seperti Elton John, Slade, Gary Glitter dan Alvin Stardust menggunakan pendekatan yang lebih galak dan seksual pada gaya glam.  Penghibur sebelum ini yang lebih terkenal seperti The Rolling Stones dan Lou Reed juga pernah mengubah semula gaya mereka kepada fesyen glam, dan ia ternyata berjaya (termasuk hit single terkemuka Reed berjudul Walk On The Wild Side).

Bagaimanapun, kejayaan glam rock di Amerika agak sederhana namun masih popular, di mana artis seperti T Rex dan Roxy Music hanya menikmati kejayaan yang bersifat sementara berbanding kerjayaan yang diukir di United Kingdom.

Begitupun, glam terus hidup dan mempengaruhi banyak genre lain seperti punk, new wave, goth, jangle pop, college rock dan grunge, dengan barisan artis seperti Siouxsie Sioux, Johnny Rotten, Billy Corgan, Peter Murphy dan Adam Ant di mana artis glam dikatakan menjadi pengaruh utama.

Sumber:  Bintang Popular (Berita Minggu - 8 March 2009, oleh Suzan Ahmad)

 

Lagu Latar: Weilder Of Words Tyrannosaurus Rex