Kembali Ke Menu Utama Info Muzik

 

 

 

   Bunyi sompoton merdu, harmoni

sompotonTahukah anda, Sompoton atau Sumpoton adalah sejenis alat muzik tempatan di Sabah.  Ia diperbuat daripada labu air yang dikeringkan.  Lapan batang buluh kecil disusun dalam dua lapisan dan dimasukkan ke bahagaian buah labu berkenaan dengan menebuk.  Gam kelulut digunakan untuk melekatkan batang buluh terbabit, selain untuk menahan angin daripada keluar melalui celah buluh apabila tiupan dilakukan.

Satu daripada buluh ini tidak berfungsi hanya untuk memperseimbangkan kedudukan bentuk alat itu.  Beberapa kepingan kecil plat buluh diletakkan pada dasar tiap-tiap tepian buluh untuk menghasilkan bunyi mengikut kod muzik yang telah ditentukan.

Dengan meniup atau menyedut mulut labu, pemain sompoton boleh menghasilkan satu bunyian harmoni yang merdu.

Beberapa kepingan kecil polod (seperti dalam Bungkau) diletakkan pada dasar tiap tepian paip yang berbunyi.  Paip itu dimasukkan ke dalam lubang pada sisi labu kemudian ditampal dengan lilin lebah.  Kepingan kecil polod diletakkan dalam labu dan menambah salun alat yang baru disiapkan. 

Paip buluh diikatkan bersama dengan rotan yang diraut nipis.  Untuk memainkan sompoton, seseorang pemain menutup dan membuka tiga daripada empat paip terpendek pada hujungnya dengan tiga jari tangan kanan dan tiga lubang kecil pada dasar paip terpendek serta hadapan dan belakang paip yang lebih panjang dengan jari tangan kiri.

Alat SOMPOTON boleh dimainkan dengan cara meniup atau menyedut untuk menghasilkan bunyi harmoniPemain boleh meniup atau menyedut mulut labu dengan menutup dan membuka tiga daripa empat buluh terpendek pada hujungnya dengan tiga jari tangan kanan dan tiga lubang kecil pada dasar buluh terpendek serta hadapan dan belakang paip yang lebih panjang dengan jari tangan kiri.  Ia akan mengeluarkan nada bergetar dan menghasilkan satu bunyian harmoni yang merdu.

Sompoton ini boleh dimainkan secara perseorangan untuk hiburan persendirian atau dalam kumpulan untuk mengiringi tarian.  Alat muzik ini cukup popular di kalangan suku kaum Kadazan dusun. 

Sumber:  Bintang Popular (Berita Minggu - 4 Mei 2008, oleh Suzan Ahmad)