Bila Anugerah Grammy bermula?

Kembali Ke Menu Utama Info Muzik

Anugerah Grammy (atau nama asalnya Gramophone Awards) atau Grammys dianjurkan setiap tahun oleh National Academy of Recording Arts and Sciences, Amerika Syarikat atas pencapaian mengagumkan dalam industri muzik.

Setiap tahun majlis anugerah ini menyajikan persembahan daripada artis ternama, malah dalam acara Grammy yang cukup menonojol ia disiarkan secara langsung dan meluas di televisyen hingga ke seluruh dunia.  Sehingga kini, jawatan Presiden Akademi Nasional itu disandang Neil Portnow.  Anugerah Grammy dianggap sebagai penganugerahan tertinggi dalam dunia muzik, sama seperti Anugerah Akademi atau Oscar untuk bidang perfileman.

Grammy mula diperkenalkan pada 1958.  Selepas pertama kalinya Grammy dipancarkan secara langsung pada 1971 menerusi ABC, siri rancangan tahunan khas diterbitkan pada 1960-an dipanggil The Best on Record dan disiarkan di NBC.  Siaran pertama Anugerah Grammy berlangsung pada malam 29 November 1959, sebagai satu episod dalam siri antologi program hari minggu di NBC.  Slot ini biasanya disediakan khas untuk rancangan berbentuk teater, drama TV tulen dan program pelbagai.

Sehingga 1971, acara penganugerahan dilangsungkan di kedua-dua bandar iaitu New York dan Los Angeles, di mana pemenangnya menerima penganugerahan membabitkan antara dua bandar berkenaan.  Pierre Cossette membeli hak eksklusif penyiaran majlis anugerahan itu daripada National Academy of Recording Arts and Science dan menganjurkannya secara langsung buat pertama kalinya. 

CBS kemudian membeli hak eksklusif penyiarannya pada 1973 selepas memindahkan majlis anugerah berkenaan ke Nashville, Tennessee; bertitik tolak daripada perkembangan itu, lahirlah pula idea untuk menganjurkan American Music Awards yang diterbitkan ABC.

Majlis anugerah ini biasanya dianjurkan pada setiap Februari.  Malah Anugerah Grammy ke-50 berlangsung 10 Februari lalu di Staples Center, Los Angeles.  Majlis Grammy kali ke 51 pula akan berlangsung pada 8 Februari 2009 juga di Satples Center.

Kumpulan Rock Metal England 'MOTORHEAD' antara penerima anugerah iniTrofi Grammy yang asli dikilangkan secara eksklusif oleh Billings Artworks di Ridgway.  Untuk pengetahuan umum, semua trofi Grammy adalah hasil kerja tangan dan dipasang secara manual.  Tidak lama dulu, bentuk gramophone asal yang lebih kecil terpaksa melalui perubahan kerana logam yang digunakan terlalu lembut dan banyak masalah timbul seperti mudah lekuk dan patah.

Kini, trofi Grammy dibuat dalam saiz lebih besar dan menawan.  Trofi Grammy ini juga dipasang secara manual sebelum disudahi dengan salutan emas pada platnya.  Trofi yang digunakan semasa siaran langsung ke udara ini dekenali sebagai 'stunt' Grammy.

Sehingga 2007, sebanyak 7,578 trofi Grammy sudah dianugerahkan kepada penerima.

Sumber:  Bintang Popular (Berita Minggu - 28 Disember 2008, oleh Suzan Ahmad)