Asal usul koir misteri

Kembali Ke Menu Utama Info Muzik

Tahukah anda koir, chorale atau chorus mengikut kamus ensiklopedia Wikipedia, adalah kesatuan sekumpulan penyanyi.  Selain itu sekumpulan penyanyi yang membuat persembahan bersama juga dipanggil choir atau chorus.

Asalnya tidak pasti tetapi istilah lama ini biasanya lebih cenderung dikaitkan dengan sekumpulan persembahan ahli gabungan gereja (tidak semestinya ahli koir itu).  Bercakap mengenai struktur koir, ia biasanya diketuai oleh choirmaster.  Pada kebanyakan masa, koir mengandungi empat seksyen yang disasarkan untuk menyanyi dalam empat bahagian harmoni.  Bagaimanapun, tiada had dikenakan ke atas jumlah bahagaian itu selagi ada penyanyi yang boleh menyanyikan bahagian itu. 

Thomas Tallis pernah menulis , motet 40-bahagian berjudul Spem in Alium, untuk lapan koir yang mempunyai lima bahagian setiap satu; Krzysztof Penderecki (Stabat Meter) adalah untuk tiga koir dengan 16 suara setiap satu, jumlah keseluruhan 48 bahagian.  Selain empat bahagian, jumlah bahagian yang biasa dalam koir ialah tiga, lima, enam dan lapan.

The Russian Patriarchal Choir, adalah kumpulan koir lelaki yang menyanyi secara acapella.  Kumpulan koir boleh dipersembahkan dengan atau tanpa iringan instrumen muzik.  Nyanyian tanpa iringan instrumen dipanggil nyanyian acapella. 

Instrumen iringan secara praktikalnya boleh mengandungi sebarang instrumen, daripada satu hinggalah kepada orkestra penuh; untuk raptai iringan piano atau organ sering digunakan walaupun pada awalnya instrumen lain sepatutnya dirancang untuk digunakan, atau untuk tujuan raptai muzika acapella. 

Koir boleh dikategorikan menerusi variasi suara.  Koir campuran (contoh suara lelaki dan perempuan).  Ini adalah jenis paling biasa kita dengar.  Ia biasanya mengandungi soprano, alto, tenor dan bass, malah turut dikenali dengan singkatan SATB.  Koir lelaki, dengan pendekatan suara SATB sama seperti campuran, cuma lelaki menyanyi bahagan lebih tinggi (sering dipanggil treble atau boy soprano) dan penyanyi lelaki di bahagian alto (dalam nada falsetto), juga dikenali sebagai countertenor.  Format ini biasa diamalkan terutama di British cathedral choir.

Koir wanita, biasanya mengandungi vokal soprano dan alto, dua bahagian untuk setiap jenis vokal nama singkatannya SSAA.  Koir lelaki pula biasanya mengandungi dua tenor, baritone dan bass, sering dipanggil dengan singkatan TTBB.  Dalam keadaan tertentu, koir lelaki akan mengandungi Basso Profondo, iaitu vokal lelaki dengan laras nada terendah.  Koir kanak-kanak pula, sering terbahagi dua iaitu SA atau tiga bahagian SSA, atau kadangkala lebih.

Sumber:  Bintang Popular (Berita Minggu - 24 Februari 2008, oleh Suzan Ahmad)