Asal muzik Rock & Roll

Kembali Ke Menu Utama Info Muzik

Tahukah anda istilah Rock & Roll pertama kalinya disebut oleh juruhebah radio (Deejay) bernama Alan Freed dari Cleveland, Amerika Syarikat pada 1951.  Dia mengambil istilah itu daripada lirik lagu 'My Baby Rocks Me With A Steady Roll'.  Sudah menjadi kebiasaan pada era itu, penggunaan perkataan rock, roll, rock & roll dan sebagainya dikaitkan dengan adegan ketika melakukan seks.

Pada era sebelum kemunculan rock & roll, muzik irama blues berkembang sekitar 1950-an.  Irama blues pula berpunca daripada rhythm and blues dengan muzik bangsa kulit putih country-and-western; perkataan rock pula adalah istilah yang dikeluarkan dari pelbagai gaya yang bercambah.

Antara artis rokc & roll yang menonjol pada era 50-an ialah Bill Haley (Rock Around The Clock), Buddy Holly (That Will Be The Day), Carl Perkins, Chuck Berry (Maybelline), Bo Diddley (Bo Diddley), Elvis Presley IMGIMamr&r01, Fats Domino, Jerry Lee Lewis, Little Richard (Lucille), Muddy Waters dan James Brown (I Feel Good).

Pada zaman itu, lagu Rock & Roll menggunakan solo saksofon tetapi sekitar 1956, gitar elektrik mula dijadikan alat solo utama.  Walaupun artis seperti James Brown masih menggunakan soksofon, tetapi gitar lebih digemari ramai.  Lagu hits seperti Jailhouse Rock (Elvis Presley) dan Rock Around The Clock (Bill Haley & The Comets) menggunakan gitar sebagai alatan utama. 

  Rock & Roll di Malaysia 

Di Malaysia, lagu Rock/Rhythm & Blues Melayu bermula pada tahun 1960-an, kebanyakannya berpangkalan di Singapura dan ketika zaman radio dipasarkan kepada rakyat.  Era ini juga adalah era saduran, yang mana lagu popular di Barat ketika itu disadur oleh artis tempatan dan dijadikan rakaman dan disiarkan menerusi radio.

Apabila kumpulan The Beatles meletup di Barat, serpihannya datang ke Malaysia dan Singapura.  Era Pop Yeh Yeh (dari lagu She Loves You ... Yeah Yeah Yeah) bermula dan yang dipercayai sebagai lagu pertama Melayu berirama pop yeh-yeh ialah lagu Suzana (1964) yang dinyanyikan oleh M Osman.

Antara lagu Rock & Roll Melayu ketika itu adalah Aku Debuk (Aziz Jaafar & Panca Sitara), Aku Senyum (Ahmad Daud), Berduka (the Steps), Angin Laut (Koes Plus, 1962 - Indonesia), Maity Maila, Salam Perpisahan oleh The Swallows (Singapura).  Juga lagu Hanya Si Dia ialah saduran daripada lagu House of The Rising Sun (1964) oleh the Animals; Untukmu oleh Koes Bersaudara (Indonesia).

Sumber:  Bintang Popular (Berita Minggu - 6 Julai 2008, oleh Suzan Ahmad)

 

Lagu Latar: Jailhouse RockElvis Presley